Zameera terpaksa memakai cermin mata hitam serta mask hitam di dalam kereta untuk melindungi wajahnya daripada dilihat oleh Zameer. Walaupun cuaca agak mendung hari ini, lantaklah asalkan boleh tutup muka.
Memang ajaib. Macam mana Zameer boleh kenal dengan Radzif? Diorang nampak rapat dan macam dah kenal lama.
Sesekali mata Zameera menjeling cermin pandang belakang memandang wajah Zameer. Tidak senang Zameera hendak memandu begini kerana setiap kali dia memandang Zameer, Zameer juga turut memandangnya. Nasib baik Zameera pakai cermin mata hitam.
"Kau dah kenapa pakai macam ni?" soal Radzif. Zameera menelan air liurnya.
"Aku... ehem... sakit mata dengan selsema." jawab Zameera.
'Nice Zameera nice, good answer.' getus Zameera.
"Heh... yela tu." balas Radzif. Zameera mengetap giginya. Disabarkan sahaja hatinya ini.
"Hai, nama saya Zameer." sapa Zameer mesra. Mata Zameera meluas sedikit mendengar sapaan Zameer. Tak sangka Zameer akan menegurnya begitu mesra.
'Ya tuhan Zameer... kepala otak kau hai aku kakak kau setan.' getus Zameera dalam hati. Zameera mengangguk kecil tanpa menjawab mahupun menoleh.
Zameer memandang wajah wanita yang sedang memandu itu di cermin pandang belakang. Melihat wanita itu hanya merespon hambar, Zameer membatalkan sahaja niat untuk mengorat wanita ini. Entahlah, walaupun wanita ini kelihatan sombong dan dingin, hatinya meronta-ronta ingin berkenalan dengan wanita ini lebih dalam.
"Bodyguard kau ni memang sombong eh Zay?" soal Zameer.
Zameera menjeling cermin pandang belakang memandang Zameer. Detak jantung Zameera semakin laju. Sampaikan Zameera tidak dapat fokus memandu kerana terdapat pelbagai persoalan di mindanya ketika ini.
Apa hubungan mereka berdua?
Bagaimana mereka boleh rapat?
Kenapa Zameer panggil Radzif, Zay?
"Woi!" dek kerana teguran mengejut oleh Radzif, Zameera tidak sengaja terbrek mengejut keretanya.
"ALLAHUAKBAR ABE AZIZ JATUH BOT!" latah Radzif. Mukanya tersembam ke seat di hadapannya. Zameer sempat menahan tangannya dari terhantuk ke seat Zameera.
"Aduh...!! Apahal kau ni!" marah Radzif sambil menggosok hidungnya yang terhantuk kuat.
"Kau lah! Apahal sergah aku!" soal Zameera kasar. Zameera terus menoleh memandang belakang.
"Zam okey?" soal Zameera risau. Zameer mengangguk janggal. Zameera melepaskan keluhan lega.
"Sorry." pinta Zameera. Radzif menjeling tajam.
"Sorry, sorry... naik lorilah." balas Radzif kasar. Zameera menghiraukan Radzif.
"Tak apa." jawab Zameer seraya tersenyum manis. Zameera mengangguk kecil lalu Zameera memandu kereta kembali.
-----------------------------------------------------------------
Zameera duduk di meja berlainan dengan Radzif dan Zameer. Suasana ketika ini adalah hujan. Zameera masih setia memakai cermin mata hitam serta mask hitam.
Kedudukan mereka jarak 1 meja. Bukan apa, dia kena halau dengan Radzif tadi. Memang kurang ajar jantan tu. Katanya,
"Ehh kau buat apa duduk sini?" soal Radzif. Zameera berkerut kening.
"Duduk meja lain. Ni hal lelaki perempuan tak boleh campur." jelas Radzif. Zameera mengetap bibirnya lalu terus berjalan ke meja lain.
Hmm...
"Kenapa kau halau dia?" soal Zameer kepada Radzif. Radzif memandang Zameera sekilas lalu pandangan dialihkan kembali ke arah Zameer.
"Buat apa dia nak duduk dengan kita? Sibuk je lah." jawab Radzif.
"Macam mana kau boleh ada bodyguard ni? Pelik betul. Apa kau tak reti jaga diri ke?" soal Zameer. Radzif terus memandang Zameer tajam.
"Oi! Mulut tu jaga sikit eh, papa aku lah yang paksa. Apa kau ingat aku nak sangat ke bodyguard? Perempuan pulak tu! Jaga apa je dia tu? Silap hari bulan aku yang jaga dia." jelas Radzif panjang lebar. Luahan hati tu. Zameer tertawa kecil.
"Eh tapi cantik apa dia tu? Tapi tu lah, bodoh pula." kutuk Zameer. Radzif berkerut kening tanda tidak mengerti.
"Apa maksud kau?" soal Radzif. Zameer tersenyum sinis.
"Dia pakai speck dalam kedai. Tak ke bodoh tu? Elok jugalah kau suruh dia duduk meja lain. Jatuh maruah kita kalau dia duduk dengan kita. Aku dahlah single lagi." jelas Zameer. Radzif terus tertawa besar.
"Hahahaha... Haah lah... Aku tak perasan pula." ujar Radzif lalu mereka berdua tertawa bersama-sama.
Zameera yang hanya jarak 1 meja dari mereka itu memandang tajam. Zameera mencabut cermin mata hitamnya lalu telefon pintar di keluarkan. Aplikasi WhatsApp dibuka dan mesej Mike dibuka. Zameera mula menaipkan pesanan.
Mike😒
Mike.
Tolong aku.Tolong apa nyah
Tolong siasat hubungan Zameer dengan Radzif.
Ha okay no hal
Nanti dah jumpa aku bagitahu.Alright
ThanksUinajo
Tak pernah-pernah kau terima kasih dengan akuBuat kerja kau bodoh
Yela...
😌Zameera hanya membaca tanpa membalas pesanan Mike. Radzif dan Zameer dipandang dari jauh.
Pelik.
Mereka berbual seperti kawan lama.
Apa hubungan mereka berdua?
YOU ARE READING
[C] Bodyguard's Girl
Romance(Beautiful cover by @peanurts-) HIGHEST RANKING🎖 #1 on Cold (9, 18 June 2021) #1 on Psycho (14, 16 June 2021) #1 on Badgirl (18, 20 June, 17 July 2021) #1 on Mafiagirl (26 June 2021) #1 on Heartless (17, 22 July 2021) #1 on Story (30 July 2021) #1...