Radzif memarkirkan kenderaannya di hadapan bangunan apartment Zameera.
"Kau tak payah turun, tunggu je dalam kereta." jelas Zameera. Radzif berkerut kening.
"Apahal pula? Malas aku nak tunggu sini. Aku nak ikut naik atas." balas Radzif. Zameera memusingkan anak matanya ke atas. Buat hal sudah perangai dia ni.
"Tak payah lah, aku bukannya perlukan kau pun." ujar Zameera. Radzif tersenyum sinis.
"Eleh nak menipu agak-agaklah. Tadi siapa yang sibuk tahan kereta aku?" soal Radzif seraya tersenyum sinis. Zameera menarik nafasnya dalam-dalam. Nak membalas nanti, lambat pula dia ke lapangan terbang.
"Suka hati kau lah!" balas Zameera lalu terus keluar dari perut kereta meninggalkan Radzif. Radzif dengan pantas mematikan enjin kereta lalu membuntuti langkah Zameera.
Saat mereka melangkah masuk ke lobi, mereka ditegur oleh security guard.
"Eh? Hari ni datang sama-sama ya? Dah berbaik dengan suami ke Puan?" soal security guard itu. Radzif yang berada di belakang Zameera itu membuat bahasa isyarat menyuruh security itu diam dan tidak melontarkan soalan.
Zameera berkerut kening memandang security itu lalu dia menoleh memandang Radzif dibelakangnya. Radzif hanya mengangkat bahu tanda tidak mengerti apa-apa.
Zameera mengeluh kasar lalu dia menyambung langkah menuju ke lif.
"Ha nampak tak? Faham-fahamlah ya encik." ujar Radzif. Security itu mengangguk kecil. Radzif menepuk bahu security itu dua kali lalu dia menyambung langkah mengikuti Zameera.
Sampai di tingkat 17, Zameera dan Radzif melangkah keluar dari perut lif. Langkah diatur menuju ke rumah Zameera. Zameera menekan pin password lalu pintu ditolak. Kaki melangkah masuk dan Zameera terus melangkah masuk ke dalam bilik.
Radzif hanya memerhati gerak geri Zameera. Langkahnya diatur ke ruang tamu. Setiap sisi ruang tersebut diperhati. Radzif menceletkan jari telunjuknya ke atas tv. Tiada habuk.
Radzif mengangguk perlahan seraya mencebik. Tingkap cermin pula dituju. Pintu koridor di buka. Pemandangan dari atas dan angin sepoi-sepoi sedikit sebanyak melegakan hatinya.
Alangkah bagusnya jika dia menetap disini juga. Amboi.
Langkah diatur menuju ke bilik di mana Zameera tuju sebentar tadi. Sampai sahaja dipintu, Radzif menyandarkan tubuhnya di tepi lalu berpeluk tubuh. Zameera yang sedang memasukkan pakaiannya ke dalam beg baju itu dipandang pelik.
"Kau nak kemana ni?" soal Radzif. Zameera hanya diam. Soalan Radzif dibiarkan sepi.
"Oi, aku tanya ni." soal Radzif lagi. Zameera mengeluh perlahan.
"Tak payah sibuklah." balas Zameera perlahan. Radzif memuncung kecil.
"Apahal aku tak boleh sibuk? Kenapa kau ni selalu berahsia ya?" soal Radzif diselitkan nada pelik. Zameera memejamkan matanya sesaat.
'Aku nak cepat kau banyak soal pula..!' getus Zameera. Zameera melangkah keluar dari bilik melintasi Radzif bersahaja. Langkah diatur ke sebuah bilik. Radzif mengikuti langkah Zameera dari belakang memerhatikan setiap perbuatan Zameera.
Zameera membuka pintu bilik itu lalu kaki melangkah masuk. Radzif berdiri di hadapan pintu tersebut.
(Honestly, I hate this part😌)
Terus terbeliak mata Radzif. Pelbagai senjata yang tergantung di tepi dinding. Bermula dari saiz kecil sehingga besar. Semuanya disusun mengikut turutan.
YOU ARE READING
[C] Bodyguard's Girl
Romance(Beautiful cover by @peanurts-) HIGHEST RANKING🎖 #1 on Cold (9, 18 June 2021) #1 on Psycho (14, 16 June 2021) #1 on Badgirl (18, 20 June, 17 July 2021) #1 on Mafiagirl (26 June 2021) #1 on Heartless (17, 22 July 2021) #1 on Story (30 July 2021) #1...