6

5.8K 601 14
                                    

Zameera memarkirkan superbike nya di depan pagar sebuah rumah banglo. Alamat yang diberikan kepadanya semalam di buka kembali.

Setelah memastikan alamat rumah itu benar, Zameera terus menekan loceng rumah itu. Dalam beberapa saat, muncul figura seorang wanita berumur dalam lingkungan 40 tahun mendekati Zameera.

"Kamu ni... Zameera ke? Bodyguard Zay?" soal wanita tua itu. Zameera mengangguk kecil seraya tersenyum nipis. Wanita tua itu terus menjemput Zameera masuk ke dalam rumah itu.

"Nama makcik Ita, makcik orang gaji dalam rumah ni," jelas Cik Ita. Zameera mengangguk faham.

"Jemput duduk dulu ya? Kejap lagi Dato' turunlah." ujar wanita tua itu. Zameera mengangguk faham.

Inilah Zameera. Memang sukar untuk mengeluarkan suaranya. Boleh dikatakan dingin seperti iceberg.

Zameera membuka zip jaket kulit berwarna hitam itu. Cermin mata hitam dicabut lalu di sangkut di kolar baju. Telefon pintar di keluarkan lalu dibuka.

"Meera," panggil seseorang membuatkan Zameera menoleh memandang suara itu. Wajah Dato' Razif menghiasi pandangannya.

"Dah lama ke sampai?" soal Dato' Razif. Zameera tersenyum kecil lalu terus bangun dari duduknya. Tangan dihulur dan di sambut baik oleh Dato' Razif.

"Tak ada lah lama sangat, baru jugalah." balas Zameera tanpa nada. Dato' Razif mengangguk faham.

"Dato', Zameera, sarapan dah siap" jelas Cik Ita. Dato' Razif terus melawa Zameera untuk bersarapan sekali bersamanya. Zameera hanya menuruti.

----------------------------------------------------------------

Radzif menyarung kemeja putih lalu dibutang satu persatu. Rambutnya disisip kemas. Jam tangan dicapai lalu di pakai ke tangan. Kot berwarna hitam itu disarung. Radzif memandang ke arah pantulan cermin itu buat kali terakhir sebelum beg bimbit di capai dan dia terus melangkah keluar dari bilik.

Kakinya laju menuruni anak tangga. Hujung tie disentuh. Pergelangan tangan di usap lembut. Dia terus melangkah masuk ke ruangan dapur. Namun langkahnya terhenti apabila sosok tubuh wanita menyapa matanya.

Radzif mendengus kecil. Langkah terus diatur mendekati meja makan tersebut. Tempat duduk diambil berhadapan dengan wanita itu dan bersebelahan dengan Dato' Razif. Pandangan tajam diberikan kepada Zameera. Namun sikit pun wanita itu tidak memandangnya.

"Morning pa," sapa Radzif tanpa nada. Dato' Razif membalas sapaan Radzif.

"Zay," panggil Dato' Razif. Radzif memandang wajah Dato' Razif.

"Hari ni Zay pergi kerja dengan Meera ya? Papa nak jumpa client kejap lagi." jelas Dato' Razif. Radzif melepaskan keluhan berat. Memang dia sudah mengagak ini akan terjadi.

"Hmm..." gumam Radzif. Dato' Razif mengangguk faham.

"Papa pergi dulu." ujar Dato' Razif. Zameera mengangguk faham lalu senyuman kecil diberikan kepada Dato' Razif. Kini tinggal mereka berdua sahaja di meja makan ini.

"Seronoklah kau kan? Dapat makan free." sinis sahaja kata kata Radzif. Zameera hanya mendiamkan diri.

'Tolonglah kenapa nak ajak aku bergaduh?' getus Zameera lalu keluhan dilepaskan perlahan.

"Makan pun lembab! Cepatlah sikit! Aku dah lambat!" tempik Radzif kasar. Zameera terus mengangkat kepala memandang wajah Radzif di hadapannya. Pinggan Radzif dipandang.

Makanan masih bersisa di pinggannya manakala di pinggan Zameera sudah licin. Iluminati apakah ini?

Zameera terus bangun dari duduknya lalu terus melangkah keluar dari dapur meninggalkan Radzif seorang diri di meja makan tanpa sebarang kata. Radzif tersentak.

'Anjing betul! Dia tinggalkan aku sorang-sorang? Memang nak kena betina ni,' gumam Radzif perlahan.

Beg bimbit disebelahnya dicapai lalu Radzif terus bangun mendekati Zameera.

"Woi!" jerkah Radzif kuat. Zameera terus berhenti melangkah. Keluhan berat dilepaskan.

'Tak matang betul perangai' getus Zameera lalu dia menoleh memandang Radzif yang sedang meluru ke arahnya.

"Apahal kau tinggalkan aku ha? Aku ni bos kau tahu tak?" soal Radzif kasar. Zameera menarik nafas lalu menghembuskan kembali dengan perlahan.

'Kenapalah dia ditakdirkan harus menjaga orang seperti ini?' getus Zameera lagi.

"Kau dah lambat kan? Jom kita gerak." balas Zameera tanpa nada. Radzif memandang Zameera atas bawah lalu dia melangkah setapak ke hadapan. Zameera sedikit pun tidak berganjak.

"Aku akan pastikan kau tak akan tahan dengan perangai aku," jelas Radzif lalu dia terus berjalan meninggalkan Zameera. Zameera tertawa kecil.

"Cepatlah!" jerkah Radzif. Zameera terus melangkah mendekati Radzif. Kunci kereta dicampak kepada Zameera dan Zameera menangkap kunci kereta itu dengan cekap.

"Kau drive." jelas Radzif. Zameera berkerut kening. Setahunya, Dato' Razif mengarahkan dirinya untuk menjadi bodyguard dan bukan driver.

"Mana driver kau ha?" soal Zameera. Radzif tersenyum sinis.

"Kau bodyguard aku jadi automatik kau jadi driver aku." jelas Radzif lalu terus masuk ke dalam perut kereta. Zameera memejamkan matanya sesaat.

"Ya tuhan kau berikanlah aku kesabaran." omel Zameera perlahan lalu terus masuk ke dalam perut kereta bahagian pemandu.

Zameera terus memandu kereta itu keluar dari perkarangan rumah tersebut.





Vote lah kawan kawan ayuh vote. Saya nak active update ni hm ;)

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now