Bush bush bush!!
"Jangan harap aku akan lepaskan kau."
Bush bush!!
"Kau patut bersyukur aku tak bunuh kau bodoh!!"
Bush bush bush!!!
"Kalau aku dapat tahu kau lari, mampus aku kerjakan kau!"
"Oi!"
Zameera terus berhenti menumbuk punching bag apabila terdengar suara seseorang. Kepala di toleh sekilas memandang suara tersebut. Zameera mengeluh kecil.
"Apahal kau ni? Marah semacam je, okay ke?" soal Mike. Penjaga Zameera dan juga merangkap sebagai sahabatnya.
Sewaktu dia dibawa ke markas Zeke 11 tahun dahulu, Mike diarahkan untuk menjaga Zameera serta mengawasi Zameera. Mike tua setahun dari Zameera sebab itu mereka boleh berkawan sehingga sekarang. Mike telah dijaga oleh Zeke sewaktu dia berumur 6 tahun jadi Mike sudah tahu selok belok serta pantang larang lelaki durjana itu.
"Takde apa lah." balas Zameera pendek lalu terus menyambung memukul punching bag itu kembali.
"Apahal kau datang sini? Zeke tak marah ke?" soal Mike lalu dia berjalan menuju ke kerusi bersebelahan punching bag itu. Zameera terus berhenti dari memukul punching bag itu lalu air dicapai dan diteguk rakus.
"Zeke tahu la, takkan aku nak blah macam tu je. Silap hari bulan aku mampus dekat tangan dia." sinis Zameera. Mike tertawa kecil.
"Lagipun aku tengah tunggu next position aku. Lambat lagi, tu yang aku datang sini. Nak tengok family aku." jelas Zameera lagi. Mike hanya mengangguk faham.
"Kau okay ke dekat sini? Dapat habuan?" soal Zameera sambil tersenyum nakal. Mike hanya membuat muka lalu menjeling Zameera. Zameera melepaskan tawa kecil.
"Habuan apa bendanya tak ada," ujar Mike lalu bawah bibirnya digigit kecil. Zameera terus tersenyum senget.
"Fuh! Dah pandai berahsia dengan aku," ujar Zameera lalu dia menyenggol bahu Mike dengan sikunya.
"Eh kau ni, mana ada jangan nak merepek." balas Mike. Zameera tersenyum sinis. Mike perlahan lahan tersenyum kecil.
"Hahahaha... kau senyum-senyum ni ada makna lah ni," ujar Zameera. Mike hanya menggaru dahinya perlahan seraya membasahkan bibirnya.
"Ni aku nak minta tolong ni," ujar Zameera. Mike hanya mengangkat kening sebelah.
"Tolong carikan aku kerja, aku nak kerja bodyguard. Kau kan ada agensi bodyguard, tolong aku weh." jelas Zameera sedikit merayu. Mike berkerut kening.
"Serious la kau nak kerja bodyguard?" soal Mike tidak percaya. Zameera hanya mengangguk kecil.
"Ya, kenapa? Ada masalah ke?" soal Zameera kembali. Mike terus menggeleng.
"Good, nanti dah jumpa bagitahu aku. Aku nak jaga lelaki, senang sikit. Sambil-sambil tu boleh la aku upgrade skill aku." jelas Zameera. Mike hanya mengangguk faham.
"Nanti aku bagitahu kau kalau dah jumpa." balas Mike. Zameera mengangguk kecil lalu terus bangun dari duduknya. Langkah diatur ke pintu keluar meninggalkan Mike keseorangan di situ. Mike tercengang.
"Woi! Main pakai tinggal je kau! Tunggu la!" jerit Mike dari dalam bilik itu.
"Lambat!" jerit Zameera kembali. Mike terus bangun dari duduknya lalu berlari anak mengejar Zameera yang sudah jauh ke hadapan.
-----------------------------------------------------------------
Rumah teres dua tingkat itu diperhati dari jauh. Seorang pemuda lelaki yang sedang tekun membasuh kereta itu dipandang tajam.
Apabila kehadirannya disedari oleh pemuda itu,dia terus menghidupkan superbike dan terus memecut laju meninggalkan perkarangan rumah tersebut.
Zameer berkerut dahi. Superbike yang dipandang sebentar tadi berlegar-legar di dalam fikiran. Pelik sungguh.
"Siapa pula ni? Tak pernah nampak pun." omel Zameer perlahan. Keretanya dibasuh kembali namun fikirannya jauh menjelajah. Semuanya gara-gara motor itu.
"Zam?"
Panggil seseorang terus mematikan lamunan Zameer. Zameer terus menoleh memandang ke arah suara tersebut. Wajah wanita tua separuh abad itu dipandang lembut. Zameer tersenyum kecil.
"Kenapa tu? Termenung jauh nampak, teringat dekat girlfriend ke?" soal wanita tua itu sambil tersenyum nakal.
"Eh apa pulak ibu ni, Zam mana ada girlfriend Zam single lah siapa je nak dekat Zam ni." balas Zameer. Puan Zahidah tersenyum kecil.
"Elehh ramai je yang nak dekat Zam, Zam tu yang jual mahal sangat." balas Puan Zahidah. Zameer tersenyum nipis.
"Zam nak tunggu akak." jelas Zameer. Perlahan-lahan senyuman Puan Zahidah mati. Puan Zahidah mendekati anaknya lalu bahu Zameer di usap lembut.
"Zam, dah 11 tahun akak hilang. Zam kena redha ya?" pujuk Puan Zahidah. Zameer tersenyum kecil. Superbike misteri itu berlegar kembali di dalam kotak fikiran.
Zameer mengeluh kecil.
Wajah ibunya dipandang kembali lalu Zameer tersenyum manis. Kasih sayangnya terhadap ibunya itu amat besar. Selepas kehilangan kakaknya, ibunya la segala-galanya buat Zameer. Banyak nya ya.
"Zam okay je bu, ibu jangan risau ya? Dah jom masuk. Zam lapar." ujar Zameer lembut. Puan Zahidah tersenyum geli hati. Lengan Zameer dicubit perlahan. Zameer terus mengaduh kecil.
"Mengada-ngada, dah besar pun nak manja manja." ujar Puan Zahidah. Zameer tersengih.
"Manja dengan ibu jee." bahu Puan Zahidah dipeluk lalu mereka terus melangkah masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
[C] Bodyguard's Girl
Romance(Beautiful cover by @peanurts-) HIGHEST RANKING🎖 #1 on Cold (9, 18 June 2021) #1 on Psycho (14, 16 June 2021) #1 on Badgirl (18, 20 June, 17 July 2021) #1 on Mafiagirl (26 June 2021) #1 on Heartless (17, 22 July 2021) #1 on Story (30 July 2021) #1...