47

3.8K 293 7
                                    

Zameera membuka matanya perlahan-lahan. Bibir yang kering dibasahkan. Pandangan dibuang ke luar tingkap.

Matahari memancar tepat ke ruang biliknya. Perlahan-lahan Zameera bangun dari baringnya. Pelipis disentuh lalu diurut kecil.

"Miss, are you okay?" sapa Travie. Zameera terus menoleh memandang Travie lalu kepala diangguk perlahan sebagai jawapan.

"Hari ni, hari apa?" soal Zameera. Travie mengeluarkan telefon pintarnya lalu skrin telefon dihidupkan.

"Saturday. Anything wrong?" soal Travie. Zameera berkerut kecil.

Seingatnya, sewaktu dia bertemu Mike tempoh hari itu hari khamis. Bermakna, dia tidur selama dua hari?

Atau lebih kepada, pengsan?

"Miss tak sedarkan diri sebaik sahaja kita keluar dari bangunan tu." celah Lucifer yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik. Zameera terus memandang Lucifer.

Dion juga turut masuk ke dalam bilik. Kotak first aid dibawa bersamanya.

Dion membuka first aid kit itu lalu dia memeriksa kesihatan Zameera. Zameera hanya membiarkan sahaja. Itulah posisi Dion.

"You're stable now," jelas Dion. Zameera tersenyum tawar. Wajahnya pucat, bibirnya juga kering. Dua hari pengsan, mana tak pucat. Kebulur.

Lucifer menghulurkan secawan air kosong kepada Zameera dan Zameera menyambut baik. Air kosong itu dihirup kecil.

"You need to rest." arah Dion. Travie dan Lucifer mula melangkah keluar dari bilik bagi memberi ruang kepada Zameera untuk merehatkan diri.

Dion juga turut melangkah keluar dari bilik Zameera.

"Dion," panggil Zameera. Dion berhenti melangkah lalu terus menoleh memandang Zameera.

"I want to go back to Malaysia, next week." jelas Zameera. Dion memandang Zameera tiada riak lalu perlahan-lahan dia mengangguk. Langkah disambung ke pintu keluar.

Zameera mengalihkan pandangannya ke luar. Tubuh disandarkan ke kepala katil. Keluhan berat dilepaskan.

Hidupnya terasa,

kosong dan sunyi.

Tanpa sedar, air mata Zameera mengalir. Dadanya menjadi sebak. Mata di pejam rapat.

Entah mengapa, dia merasakan hatinya seperti dicucuk dengan belati tajam.

Sakit,

sebak,

air mata semakin lebat mengalir.

Zameera terus memeluk lututnya lalu wajah disembamkan ke lutut.

Keheningan petang itu dihiasi dengan tangisan Zameera di dalam bilik.

-----------------------------------------------------------------

Beberapa hari kemudian...

Zameer yang sedang asyik menyapu halaman rumah itu terbantut kerana Puan Zahidah tiba-tiba melaung namanya.

"Yaa!" balas Zameer. Dia menajamkan pendengarannya. Namun Puan Zahidah hanya sepi.

Zameer berkerut kecil. Bahu diangkat perlahan lalu dia menyambung menyapu halaman rumah. Namun seketika, cuping telinganya menyapa suara Puan Zahidah memanggilnya kembali. Zameer berhenti menyapu.

"Yaa ibu kenapa!" soal Zameer. Namun tiada jawapan dari Puan Zahidah. Zameer menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aih... tadi macam dengar ibu panggil. Bila nyaut tak balas pula. Haih..." gumam Zameer lalu dia menyambung kembali perbuatannya.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now