Zameera membuka matanya perlahan-lahan. Berkerut dahinya menahan rasa pening di kepala. Cahaya matahari yang memancar tepat ke matanya membuat Zameera berasa silau.
Setelah dia membuka matanya luas, Zameera terus bangkit dari baringnya. Kertas yang berada di dahi itu dipandang lalu dicabut. Setiap bait tulisan itu di baca.
Kau ponteng kerja eh semalam. Nak kena denda kau ni. Jangan lupa datang kerja esok. Hari ni cuti. Jangan lupa makan.
-Boss Handsome kau-
Zameera menggeleng seraya tertawa kecil.
"Haih... Macam-macam lah kau ni Zay." ujar Zameera sambil senyuman tidak lekang dibibirnya. Lengan yang dibalut bandage itu disentuh.
Zameera memandang lengannya lalu perlahan-lahan dia tersenyum. Wajah Radzif sedang tersenyum itu terlayar di kotak fikirannya.
Zameera terus menggeleng kecil.
'Apa kau buat ni Meera. Jangan nak merepek.' getus Zameera lalu perlahan-lahan dia bangun dari duduknya. Langkah diatur ke biliknya bagi membersihkan diri. Ada perkara yang harus dia selesaikan hari ini.
-----------------------------------------------------------------
Radzif elabuhkan punggungnya di permukaan kerusi. Beg bimbit diletakkan di tepi kakinya. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Nombor Zameera di dail.
Panggilan pertama tidak diangkat. Radzif mendail lagi nombor Zameera. Namun masih sama, tidak diangkat. Radzif mengeluh kecil.
Aplikasi WhatsApps di buka lalu Radzif menaipkan pesanan kepada Zameera.
One tick.
Radzif mengeluh lagi. Telefon pintar diletakkan di atas meja. Kertas kerjanya dibuka lalu dia melakukan kerjanya.
----------------------------------------------------------------
Zameera menyarung jaket kulit hitamnya. Telefon pintar dihidupkan. Terpapar mesej Radzif di notifikasi. Zameera terus menekan mesej tersebut.
Ditaipkan pesanan lalu dihantar. Telefon pintar disimpan ke dalam poket seluar. Kunci motor berkuasa tinggi di ambil di atas meja.
Mujur dia memiliki motor lain dek kerana minatnya kepada motor berkuasa tinggi. Kasut but hitam disarung. Zameera terus melangkah menuju ke lif. Kad di tapkan beberapa saat sebelum pintu lif terbuka. Zameera terus melangkah masuk ke dalam perut lif. Butang lobi ditekan.
Sampai di lobi, Zameera menuju ke tempat parkir. Motor berkuasa tingginya dituju lalu enjin motor dihidupkan. Di saat Zameera sedang menyarung sarung tangannya, ada seseorang menegurnya. Zameera terus menoleh.
"Puan okey ke?" soal security guard itu. Zameera berkerut kening.
"Tak adalah, semalam suami puan cari puan. Tu yang saya tanya puan okey ke?" soal security guard itu lagi. Zameera terkebil-kebil memandang security guard itu.
"Err... Kalau puan okey, saya minta diri dulu." ujar security guard itu lalu terus beredar. Zameera memandang security guard sehingga hilang bayangnya.
Pandangan dialih memandang hadapan. Kepala digaru perlahan. Kedua bahu diangkat lalu Zameera terus menyarung helmet ke kepala. Motor dinaiki dan Zameera terus memandu keluar dari basement tersebut.
-----------------------------------------------------------------
Zameer sedang asyik menonton televisyen yang menayangkan cerita Jujutsu Kaisen. Memandangkan hari ini dia cuti, maka dia meluangkan masa cutinya dengan sebaik mungkin. Tergeleng-geleng kepalanya apabila melihat babak aksi di cerita tersebut.
Sedang dia khusyuk menonton cerita itu, tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Zameer berkerut kening. Cerita itu di pause kan lalu Zameer bangun dari duduknya menuju ke pintu.
Pintu dibuka lalu terpapar sosok tubuh seseorang berhelmet hitam dan berjaket kulit. Terkejut Zameer.
"Eh siapa kau ni? Macam mana boleh masuk sampai sini? Pintu pagar tak kunci ke?" soal Zameer. Namun orang dihadapannya itu hanya mendiamkan diri. Radzif berkerut kening.
"Eh bisu ke kau ni? Datang rumah orang lepastu main masuk je." soal Zameer lagi. Namun masih sama, orang itu hanya membekukan diri.
Zameer memandang orang ini atas bawah lalu dia memandang sebuah motor berkuasa tinggi terparkir di depan pagar. Pandangan dialih kembali memandang orang dihadapannya. Mata dipincing sedikit.
"Kau ni, yang selalu perhatikan rumah aku kan? Kau nak apa ha! Apa yang kau nak! Kau ni mesti budak-budak dia kan! Eh berhambus la kau!" tengking Zameer kuat. Orang itu masih kaku berdiri di hadapan Zameer.
Zameer mengetap giginya kuat. Urat dikepalanya mula kelihatan. Mukanya merah menahan marah.
Orang itu perlahan-lahan berundur dua langkah lalu terus berpaling ingin beredar dari situ. Namun di saat dia melangkah, Zameer meragut lengan orang itu.
"Eh kau nak pergi mana ha! Aku-" tergantung kata Zameer apabila mukanya tiba-tiba ditumbuk. Terbuntang mata Zameer.
"Zam! Apa bising-bising tu!" soal Puan Zahidah dari dalam rumah. Langkah diatur menuju ke pintu. Terkedu Puan Zahidah apabila melihat Zameer ditumbuk. Puan Zahidah terus mendapatkan Zameer.
"Ya Allah Zam kenapa ni! Siapa ni!" soal Puan Zahidah lalu terus berpaling memandang orang dihadapannya. Terbuntang mata Puan Zahidah.
Zameer menyentuh tepi bibirnya yang merah dan sedikit lebam perlahan-lahan. Pandangan dikalihkan memandang orang yang menumbuknya itu kembali. Helmet sudah dicabut dari kepala orang ini. Terkedu Zameer apabila memandang orang dihadapannya ini.
Tidak dia sangka, dia ditumbuk oleh seorang wanita. Tumbukkan yang bukan biasa-biasa dia dapat.
Di saat Zameer ingin bersuara, Puan Zahidah mencelah.
"M-M... Meera?" bergetar suara Puan Zahidah memanggil. Zameer terus memandang Puan Zahidah pelik. Pandangan dikalihkan kembali memandang wanita dihadapannya ini. Puan Zahidah dan wanita dihadapannya ini dipandang silih ganti.
"I-Ibu..." sahut Zameera. Air mata mula bertakung di tubir mata Zameera. Puan Zahidah terus mendakap tubuh Zameera dan Zameera membalas pelukan Puan Zahidah erat. Air matanya terus berjujuran jatuh.
Segala kerinduan yang terpendam, akhirnya terungkap hari ini.
"Jap-jap... Apa ni?" celah Zameer tiba-tiba. Zameera terus memukul kepala Zameer.
"Aduh! Sakitlah bodoh!"
YOU ARE READING
[C] Bodyguard's Girl
Romance(Beautiful cover by @peanurts-) HIGHEST RANKING🎖 #1 on Cold (9, 18 June 2021) #1 on Psycho (14, 16 June 2021) #1 on Badgirl (18, 20 June, 17 July 2021) #1 on Mafiagirl (26 June 2021) #1 on Heartless (17, 22 July 2021) #1 on Story (30 July 2021) #1...