Klik!
Adrian menolak daun pintu itu perlahan-lahan lalu dia terkaku berdiri memandang seorang wanita yang jelita yang dirantai dan digari. Zayn di belakangnya berkerut kening.
"Eh pahal kau kejung ni? Tepilah sikit." soal Zayn lalu dia menolak Adrian ke tepi. Zayn juga terkaku memandang Zameera.
Zayn terus memaut lengan Adrian kerana tidak dapat menstabilkan dirinya apabila memandang Zameera.
Zameera memandang dua orang lelaki itu silih ganti. Hampir sahaja tawanya terletus memandang kerenah lelaki yang mahu terjatuh itu.
"S-siapa dia ni... Ad...?" soal Zayn kepada Adrian. Adrian meraup mukanya apabila dia sedar dia terleka memandang wanita ini.
"Aku... Tak tahu." jawab Adrian lalu dia berjalan perlahan mendekati Zameera. Zayn turut mengikuti langkah Adrian. Hampir sahaja dia tersadung dek kerana lututnya tiba-tiba menjadi lemah.
Zameera memandang mereka berdua dengan wajah berkerut. Wajah dua lelaki ini seakan-akan familiar.
"Siapa kau ni? Macam mana boleh masuk sini?" soal Adrian seraya memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar. Zayn yang berada di sebelah Adrian itu ralit memandang Zameera tidak berkelip. Terpesona sungguh dengan kejelitaan Zameera.
Zameera hanya berdiam diri. Soalan yang diajukan kepadanya dibiarkan sepi. Otaknya ligat cuba mengemaskini wajah dua orang lelaki ini.
"Ad, aku rasa dia bisu lah. Kau kena guna bahasa isyarat ni." celah Zayn tiba-tiba. Adrian berkerut kening.
"Bahasa isyarat? Aku mana reti. Kau reti ke?" soal Adrian pula. Zayn tersenyum sinis.
"Tch... Itulah kau, kecil-kecil tak nak belajar. Besar-besar bodoh. Sini budak bijak tunjuk kebijaksanaan dia." ujar Zayn bongkak. Zayn melangkah satu tapak kehadapan lalu tangannya sudah bersiap sedia ingin menggunakan bahasa isyarat.
"Tengok ni eh," arah Zayn kepada Zameera. Zameera hanya memandang tiada riak.
Zayn menggosok kedua tapak tangannya lalu tiba-tiba dia buat mini love. Zameera terus berkerut kening.
"Haa nampak tak! Dia faham apa yang aku buat ni." jelas Zayn bangga. Adrian terus memukul belakang kepala Zayn. Zayn mengaduh kecil lalu menggosok belakang kepalanya.
"Kau dah kenapa bodoh? Bangang sia." maki Adrian. Zayn mencebik bibir.
"Aku saja je nak try masuk line." omel Zayn perlahan.
"Kepala otak kau lah." balas Adrian lalu menjeling Zayn tajam.
"Tolong..." celah Zameera. Adrian dan Zayn memandang Zameera lalu mereka memandang sesama sendiri.
"Kau dengar tak tadi?" soal Adrian kepada Zayn. Zayn mengangguk laju.
"Aku dengar weh aku dengar aku dengar." balas Zayn pula. Mereka berdua memandang Zameera kembali.
"Tolong... Lepaskan aku." ujar Zameera lembut. Setelah beberapa minit dia berperah otak saat dua badigol ini bergaduh, kini dia sudah mengecam wajah dua lelaki ini. Lelaki yang menyerangnya di tasik sunyi 2 minggu lepas.
"L-lepaskan... Kau?" soal Zayn. Matanya melirik memandang Adrian yang sedang bingung.
"Ya, tolong lepaskan aku. Aku kena selamatkan kucing aku. Dia nak beranak," jelas Zameera dengan nada meminta belas kasihan. Zayn dan Adrian memandang sesama sendiri.
"Kalau aku tak ada, dia tak nak beranak. Kau tak kesian ke?" sambung Zameera lagi.
"Apa dia cakap tu Raju?" soal Zayn kepada Adrian. Adrian hanya mengangkat kedua bahunya.
"Ni anak sulung. Tolonglah lepaskan aku." rayu Zameera. Habis jatuh maruahnya. Tak mengapa, dia buat semua ini hanya kerana ingin melarikan diri dan maklumkan kepada Zeke tentang rencana Mike.
"Weh anak sulung doh, kesian dekat kucing dia," ujar Zayn. Adrian memandang Zayn sekilas lalu dia memandang Zameera kembali.
"Kita tolong dia lah Ad. Nanti kucing dia mandul macam mana?" sambung Zayn. Adrian menggigit kecil bawah bibirnya.
"Ha yelah yelah, mana kunci?" soal Adrian. Zameera melepaskan keluhan lega. Maruahnya, nanti-nantilah dia kutip balik.
Zayn terus menuju ke meja Mike lalu kunci diambil di atas meja dan dicampak kepada Adrian. Adrian menyambut dengan cekap lalu dia terus membuka kunci dan gari Zameera. Zameera merenggangkan tubuh dan tangannya seketika. Langkah terus diatur ke meja Mike.
Komputer Mike dihidupkan lalu sistem cctv di buka dan segala rakaman di padam dan dimatikan. Selesai memastikan semuanya dipadam dan dimatikan, Zameera terus berjalan menuju ke pintu keluar.
Baru sahaja tangannya ingin memusing tombol pintu, Zameera menoleh ke belakang memandang Adrian dan Zayn.
"Terima kasih tolong lepaskan aku. Aku janji, lepas semua ni selesai aku cari korang berdua balik. Kerja dengan aku. Bos korang takkan hidup lama. Satu je aku minta, jangan mati. Aku perlukan korang." ujar Zameera lalu terus keluar meninggalkan Zayn dan Adrian. Zayn dan Adrian memandang sesama sendiri.
"Aku syak perempuan tu tukang tilik la Ad. Macam mana dia boleh tahu yang sir hidup tak lama? Musykil ni musykil." jelas Zayn. Adrian memusingkan kedua anak matanya ke atas lalu terus berjalan menuju ke pintu keluar.
"Kau selalu tinggal aku sia. Apa salah aku?" soal Zayn lalu membuntuti langkah Adrian.
"Sebab kau anak pungut." balas Adrian selamba. Zayn terkejut lalu tangan kanannya di letakkan di dada.
"Auch... sob sob..."
YOU ARE READING
[C] Bodyguard's Girl
Romance(Beautiful cover by @peanurts-) HIGHEST RANKING🎖 #1 on Cold (9, 18 June 2021) #1 on Psycho (14, 16 June 2021) #1 on Badgirl (18, 20 June, 17 July 2021) #1 on Mafiagirl (26 June 2021) #1 on Heartless (17, 22 July 2021) #1 on Story (30 July 2021) #1...