Zameera meletakkan helmetnya di meja makan. Kaki diatur ke sofa lalu tubuh di hempaskan ke atas permukaan sofa. Sarung tangan kulit dicabut.
Fikirannya melayang memikirkan kejadian yang berlaku beberapa hari lalu.
Kejadian kejar mengejar di Melaka,
Walaupun di Malaysia, masih tetap ada musuh mengejar nya.
Apa susah ke melihat orang hidup dengan senang dan bahagia?
Niatnya ke Malaysia ingin bertemu dengan keluarganya pada satu masa nanti.
Bukan bermusuh.
Zameera mengeluh kecil. Mata dipejamkan sesaat. Namun tiba-tiba dia teringat sesuatu. Terus mata dibuka luas.
Di atas meja Mike, dia ternampak sekuntum mawar hitam. Mawar hitam yang sama dia dapat sewaktu di Melaka tempoh hari.
Mengapa berada di bilik Mike?
Tidak mungkin Mike yang memberikan mawar hitam itu kepadanya tempoh hari. Untuk apa?
Atau mungkin Zeke yang mengirimkan kepadanya?
Zameera meraup mukanya. Fikirannya terganggu. Banyak perkara berlaku ketika ini. Sehingga dia tidak sempat melawat rumah ibunya.
Zameera terus bangkit dari permukaan sofa. Langkah diatur ke bilik tidurnya untuk membersihkan diri. Di saat dia lalu di bilik tengah, bagaikan ada sosok tubuh memerhatikan dia disebalik pintu itu.
Zameera berhenti melangkah. Pintu yang terbuka sedikit itu dipandang.
Hairan.
Tidak pernah dia membuka pintu bilik itu. Kaki diatur mendekati pintu. Tangannya sudah bersiap sedia menyentuh pistol di belakang seluarnya. Bila-bila masa sahaja pistol itu ditarik keluar dan picu pistol ditekan.
Tangan perlahan-lahan menyentuh tombol pintu lalu pintu bilik di buka kasar.
Kosong.
Tiada sesiapa.
Matanya meliar ke seluruh sisi bilik tersebut.
Di saat dia berpaling, ada sekuntum mawar hitam di atas meja solek. Langkah diatur mendekati meja solek.
Mawar hitam disentuh. Saat dia menyentuh mawar hitam itu, ada satu cecair menitik ke atas meja solek. Cecair itu disentuh.
Pekat dan merah.
Zameera memandang sekeliling bilik lalu kaki diatur ke pintu keluar bersama mawar hitam. Pintu bilik ditutup rapat.
Bilik tidurnya dituju. Zameera terus masuk ke dalam bilik air dan pemetik api dikeluarkan. Tanpa membuang masa, Zameera membakar mawar hitam itu.
Perasaan marahnya membuak-buak apabila melihat mawar hitam itu menjadi abu. Menggigil-gigil tangannya menahan marah.
Tidak tahan dia hidup seperti ini. Bagaikan ada satu petanda yang diberikan oleh pemilik mawar hitam ini.
Mungkin ibu dan Zameer dalam bahaya.
Atau mungkin...
Zayden.
Dia tidak boleh berdiam diri. Dia harus lakukan sesuatu. Kaki diatur keluar dari bilik air menuju ke ruang tamu. Telefon pintar di capai.
Dengan pantas Zameera mendail nombor Mike. Namun di saat dia ingin menekan butang 'call', bagai ada sesuatu perasaan yang menghalangnya untuk menelefon Mike.
Zameera terdiam sejenak. Nombor yang didail itu dipandang.
Pelik.
Zameera mengeluh perlahan lalu nombor yang didail itu tadi dipadam kembali. Dia membuat keputusan untuk melakukannya seorang diri. Tidak memerlukan bantuan Mike.
Telefon dicampak ke tepi lalu kaki diatur ke bilik tidurnya kembali. Dia perlu merehatkan diri. Mungkin esok akan menjadi hari yang berat untuknya.
Lebih-lebih lagi apabila menghadap Zayden. Satu hari tidak bertekak memang tidak sah. Ada sahaja tingkah lakunya membuatkan Zayden sengaja mengajaknya untuk bertekak.
Umur sudah besar panjang, masih berkelakuan kanak-kanak kecil.
Sorry pendek.
YOU ARE READING
[C] Bodyguard's Girl
Romance(Beautiful cover by @peanurts-) HIGHEST RANKING🎖 #1 on Cold (9, 18 June 2021) #1 on Psycho (14, 16 June 2021) #1 on Badgirl (18, 20 June, 17 July 2021) #1 on Mafiagirl (26 June 2021) #1 on Heartless (17, 22 July 2021) #1 on Story (30 July 2021) #1...