Bab 31 : Game

916 48 12
                                    

Amsyar dan Aaisyah tiba di lapangan terbang itu sejak 10 minit yang lalu. Sekejap lagi mereka akan bertolak ke Langkawi untuk berbulan madu.

Bukan kedekut untuk ke luar negara tapi Amsyar yang tidak menginginkannya..

"Buat apa nak kaya kan negara orang sedangkan negara sendiri pun jauh lebih baik. Aku ni rakyat yang bertanggungjawab sebab dah promosikan kawasan pelancongan negara kita ni.."

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut lelaki bernama Amsyar.

"Ni seat kita. Kau masuklah dulu.." ujar Amsyar lantas di ikut saja oleh Aaisyah.

"Lama ke kita nak sampai? Berapa jam lagi?"

"Sejam lebih je. Kenapa?" tanya Amsyar semula sambil membuka cermin mata hitamnya dan diselit pada t-shirt.

"Oh sekejap je..ingatkan lama. Saja tanya.."

Pada jam 10 pagi itu, kapal terbang mula membelah awan yang indah itu. Aaisyah sangat teruja melihat pemandangan dari tingkap itu memandangkan itu kali pertama dia menaiki kapal terbang.

Setiap kali Aaisyah menjerit kecil kerana kegembiraannya itu, Amsyar akan memarahi dan menyuruhnya untuk senyap.

"Subhanallah! Cantik awan tu!"

"Aku tau lah cantik..boleh tak kau ni cover sikit jakun tu? Malu la orang pandang.."

11.15 pagi..

"Yeay dah sampai! Awak tengok tu! Cantiknya.."

"Woi makcik! Kau ni cuba jangan macam budak kecik sangat. Over excited betul..chill sudahlah." marah Amsyar sambil menarik bagasi itu keluar dari lapangan terbang.

"Suka hati oranglah! Awak ni membebel je dari tadi. Orang teruja sangat tengok semuaaa kat sini. Tak sangka kat Malaysia ada tempat secantik ni.."

"Ada je alasan dia..suka sangat menjawab. Ha tu driver kita dah sampai. Jom cepat.."

Amsyar memegang lengan Aaisyah menuju ke arah kereta yang sudah disediakan khas untuk merek gunakan sepanjang masa di sini. Pemandunya yang sudah lama dikenali oleh Amsyar itu lebih mesra di panggil Pakcik Hamid.

"Ha Amsyar, dah sampai dekat villa ni. Nanti kalau nak ke mana-mana, call je pakcik ye. Pakcik akan hantarkan.."

"Baiklah pakcik, terima kasih banyak. Ni pakcik ambil buat belanja.." Amsyar menghulurkan beberapa keping duit RM50 kepada Pakcik Hamid.

Mereka berdua berjalan masuk ke dalam resort yang telah ditempah oleh Amsyar itu. Sekali lagi, Aaisyah terkesima dengan kecantikan reka bentuk tempat itu.

"Dah kenapa kau ni? Berdiri macam tiang kat sini? Tak suka ke?" Amsyar menurunkan cermin matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah kenapa kau ni? Berdiri macam tiang kat sini? Tak suka ke?" Amsyar menurunkan cermin matanya.

"Eh, gila tak suka! Cantik lah! Orang nak tengok kat dalam pula! Tepi sikit!"

KERNA DIA ♡Where stories live. Discover now