Aaisyah mengangakan mulutnya melihat apa yang dipersembahkan di hadapannya itu. Wajah Amsyar dan Zikri dipandang silih berganti.
"Anything Amsyar?" Aaisyah menyilangkan tangan di dada sambil mengangkat keningnya.
"Kau boleh membacakan? Ke nak aku translate into bahasa Melayu?" sinis darinya.
"Eyy what the fish is this?! Orang jadi assistant awak? Oh my God! Orang kena fikir beribu eh, berjuta kali untuk accept this!" Aaisyah sudah hilang arah.
Dia mencekak pinggang memandang Amsyar yang hanya selamba dari tadi.
"Er..Aaisyah, bawa bertenang..chill dulu. Nah minum air ni.." Zikri menghulurkan sebotol air mineral kepadanya dan disambut sedikit kasar oleh gadis itu.
"Huh..okay fine. Now, explain."
"Actually budak kecik, bukannya aku ni nak sangat kau kerja sini and jadi assistant aku pula. Kolot betul..
"Ni semua sebab assistant lama aku tu dah kahwin and dia kena ikut suami dia balik JB." jelas Amsyar.
"Oh i wish, i'm in her shoes. At least, tak ada kena mengena dengan awak!"
"Gila. Zikri kau bawa budak tak cukup umur ni pergi tempat dia and ajar dia apa kena buat kat sini. Bukan kerja makan tidur je macam dekat rumah tu.." ejek Amsyar.
"Eh, dia ni-
"Aaisyah..jom kita keluar dulu. Jom-jom.."
Zikri segera menghentikan perbalahan tadi. Aaisyah menjeling suaminya lantas mengikuti jejak lelaki itu.
Pintu bilik dibuka Zikri lantas mata Aaisyah memandang sekeliling ruang itu.
"Okay Aaisyah, this is your room. Berhadapan je dengan 'boss' awak tu..hehe."
"Heh! I'll never treat him like my boss! Apa saya kena buat? Jauh terpesong dari landasan kos saya ni.." Aaisyah mengeluh perlahan.
"Alah senang je jadi assistant. Awak catat apa yang saya cakap dalam buku nota ni.."
Buku kecil berwarna merah itu dikerling. Setiap butir kata Zikri didengarkan dengan jelas dan dicatat.
"Ohh macam simple. Thanks Zikri..or i need call you as brother?"
"No need sis..Zikri is good enough. Okay, saya nak sambung kerja. Have fun!" Zikri berlalu keluar.
"Hope it'll be fun. Heh! Habis terkubur niat aku nak jadi ustazah.."
Interkom yang tetiba berbunyi itu mengejutkan Aaisyah kerana ia pertama kali berlaku baginya.
'Hoi makcik! Aku ada apa-apa meeting ke harini?'
"Assalamualaikum Encik Amsyar..encik tak ada apa-apa meeting, cuma encik perlu melawat tapak pusat beli-belah di area KL tu pada jam 2.00 petang nanti.." Aaisyah sengaja mahu menjadikan perbualan itu formal.
'Ceh! Acah je lebih. Nanti kau ikut aku pergi..'
Bib..bib..
Talian dimatikan serta-merta. Aaisyah mengeluh perlahan memikirkan nasibnya yang perlu menghadap wajah Amsyar setiap hari, setiap masa dan setiap saat mulai sekarang.
*****
Aaisyah hanya membuntuti Amsyar yang mula melangkah ke dalam tapak pembinaan yang 90% hampir siap itu. Dia berasa kagum dengan seni bina yang sangat memukau dan menarik perhatiannya.
"Kau ni nak buat kerja ke mengelamun? Jangan cari pasal dengan aku ya." ujar Amsyar tegas.
"Awak ni cuba chill sikit. Ni tak, setiap masa nak garang macam singa. Macam mana lah pekerja awak tahan dengan perangai awak ni?" balasnya selamba.
DU LIEST GERADE
KERNA DIA ♡
RomantikSesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya... "Apa hal awak ni? Jangan sesuka hati pegang orang boleh tak?" -Aaisyah Hani "Eh suka hati aku la. Kau suami ke aku suami? Jangan la tinggal aku sorang sorang. Nanti jadi macam tadi lagi." -Amsya...