Bab 5 : "Orang"

948 51 2
                                    

Amsyar memeluk erat bahu Aaisyah membuatkan Aaisyah sedikit terdorong ke tepi. Dia menghiraukan persoalan Aaisyah tadi dan..

"Jom balik." katanya mendatar.

Aaisyah mahu melepaskan pelukan itu namun Amsyar semakin mengeratkannya. Akhirnya, dia menyerah saja.

"Awak, ni siapa?" tanya Intan yang terkejut melihat adegan di hadapannya.

Amsyar hanya diam tak berkutik. Dia mengalihkan pandangannya ke arah sekitar pasar raya itu tanpa menghiraukan gadis itu. Aaisyah mengeluh perlahan sebelum memulakan bicara.

"Er..saya Aaisyah. Isteri dia ni. Kenapa ya?" Aaisyah memperkenalkan diri memandangkan Amsyar tidak mahu bercakap.

"I..isteri? A..awak dah kahwin? Hurm tak apa lah kalau macam tu. Saya gerak dulu.." pamit Intan sebelum berlalu.

Setelah Intan hilang dari pandangan, Aaisyah segera melepaskan pelukan Amsyar tadi dan memandang tajam wajah suaminya itu.

"Apa masalah awak ni? Suka hati je peluk orang kat tempat macam ni. Tak ada kerja ke? Tak tau malu?" marah Aaisyah.

Amsyar hanya menunjukkan wajah tidak bersalahnya itu lantas tangan kanan diseluk ke dalam poket.

"Kau nampak kan perempuan tadi kacau aku? Kau je la yang boleh aku 'gunakan' untuk selamatkan aku. Gelilah dengan perempuan macam tu.." balasnya tak berperasaan.

"Cantiknya bahasa awak..tak baik la cakap macam tu. Awak pergunakan saya untuk kepentingan awak sendiri! Dah la saya nak pergi ambil aiskrim. Stres!" ujar Aaisyah lalu melangkah kaki ke tempat jualan aiskrim.

"Eh, tunggu kejap!" Amsyar mencapai pergelangan tangan Aaisyah.

Pergerakan Aaisyah terhenti dan ditarik ke belakang.

"Apa hal dengan awak ni? Jangan sesuka hati pegang orang boleh tak? Ergh!" marah Aaisyah. Mukanya penuh kerutan sambil memandang lelaki yang berlagak selamba itu.

"Suka hati aku la. Sekarang ni, kau suami ke aku suami? Jangan la tinggal aku sorang-sorang. Nanti jadi macam tadi lagi macam mana?" pinta Amsyar.

Aaisyah tidak dapat menahan diri dari ketawa melihat wajah suaminya yang kegusaran itu.

"Aduh..kenapa? Harap badan je sado macam artis-artis yang main gim tu..dengan perempuan pun awak takut ke?" Aaisyah menjongketkan sebelah keningnya.

"B..bukan takut. Just, tak suka. Geli." Amsyar pantas membidas.

"Ohh habistu orang ni? Bukan perempuan? So tak suka juga la?" dia semakin menduga.

"Kau tu nama je perempuan tapi perangai tak macam perempuan. Dah jangan asyik banyak cakap..tadi nak aiskrim kan? Ha jom ambil, lepastu balik."

Kata Amsyar untuk mengelakkan diri dari disoal siasat oleh Aaisyah. Pergelangan tangan isterinya digenggam dan dibawa ke tempat aiskrim.

*****

"Letak je dulu barang kat dapur. Lepastu datang sini balik..aku nak cakap sikit. Faham?" arah Amsyar setibanya di rumah.

"Iye.." setelah selesai, Aaisyah kembali ke ruang tamu.

"Ha nak apa?" soal Aaisyah seraya mengambil tempat duduk di sebelah Amsyar.

Tangannya ligat mencari telefon pintarnya dari dalam beg tangan.

"Erm..okay, dengar sini betul-betul..aku nak pesan something dekat kau. Now, rumah ni jadi rumah kita. Aku ada beberapa pantang larang. Aku tak suka kau sentuh barang aku like alihkan dari satu tempat ke tempat lain..

"Kalau kau nak masuk dalam bilik aku hanya untuk sediakan pakaian kerja aku or kemas bilik tu je. Then, dapur tu aku serahkan pada kau. Suka hati kau la nak buat apa. Faham?"

Aaisyah menayangkan muka bosan.

'Pantang larang konon! Mengalahkan orang beranak pula dia..gediknya pakcik ni!'

"I'm talking to you, Aaisyah. Faham ke tak ni?" Amsyar merampas telefon yang berada di tangan gadis itu.

"Iye faham..bagilah balik telefon saya tu!" Aaisyah mencebik.

"No! Selagi tak habis discuss pasal ni, no phone allowed." Amsyar melarikan telefon dibelakangnya.

"Haih..cerewet betul. Erm..ha saya nak tanya boleh?"

"Apa?"

"Esok orang nak pergi uni macam mana? Kereta kat rumah umi. Kita pergi ambil harini ye?"

"Orang? Orang mana? Orang gila?" Amsyar kebingungan.

"Orang tak biasa la nak bahasakan diri 'saya'. Lebih suka 'orang'. Boleh kan?" soal Aaisyah seraya mengerdipkan matanya beberapa kali.

"Heh suka hati kau lah. Pasal kereta buruk kau tu, tak payah ambil. Kau pergi dengan aku.." Amsyar menunjal kepala Aaisyah.

Gadis itu mengaduh sakit seraya menggosok dahinya.

"Ey suka hati dia je kata kereta kita buruk! Tak nak lah..baik orang pergi naik teksi je." Aaisyah menjeling.

"Kau jangan nak mengada please. Aku cakap naik dengan aku, means naik dengan aku. Degil punya budak." Amsyar berkata sambil menekankan perkataannya.

"Ishh orang tak nak susahkan awak, lepastu nak paksa-paksa pula! Annoying betul.." kata Aaisyah seraya memeluk tubuh.

"Haih..budak kecik ni. Tak payah nak merajuk sangat lah..aku ni tak ada masa nak pujuk. Esok kelas kau pukul berapa?"

'Tak sweet langsung! Nyampah!' rungut Aaisyah di dalamnya hati.

"Start pukul 8.30, habis 4.30. Tapi orang tak nak terus pergi uni, nak singgah rumah sewa dulu." pantas Aaisyah menjawab.

"Haa yela. Esok aku hantarkan kau kat sana.." kata Amsyar sambil mencari channel televisyen untuk ditonton.

"Hurm okay. Harini nak makan apa?"

"Tak nak. Kau tak reti masak. Harini makan luar je." balas Amsyar senada.

"Amboi mulut tu! Sesedap rasa je kutuk masakan orang. Silap-silap, dia tu nak bezakan kobis dengan kangkung tak pandai..

Nafas ditarik sebelum sambung membebel.

"Tadi tu baru nasi goreng tauu. Esok lusa orang masak macam-macam nanti ha menyesal tak sudah nanti. Herm! Malas orang layan awak ni. Werk!"

Aaisyah berlalu meninggalkan Amsyar seorang diri di ruang tamu.

"Pot pet pot pet membebel macam mak nenek je dia ni.." kata Amsyar sendirian.

"Apa awak cakap?!" lelaki itu terkejut apabila diherdik tiba-tiba.

"Kau dengar apa yang aku cakap kan? Tadi nak naik, kenapa turun balik?" Amsyar tersenyum sinis.

"Phone." Aaisyah menadah tangan di depan wajah Amsyar.

Dia hanya membiarkan tangan Aaisyah menadah. Amsyar terus bangun dari duduk dan bergerak ke arah almari yang agak tinggi di situ. Telefon tadi diletakkan di atas almari itu dan pantas dia meninggalkan gadis itu.

"Bye-bye budak! Good luck ambil phone kau tu.."

"Amsyar! Awak ni sengaja kan?! Orang mana sampai nak ambil! Ish!!"

Hatinya menyumpah seranah lelaki bernama Amsyar Haqiem itu. Sedaya upaya dia cuba mendapatkan semula telefonnya sementara suaminya hanya tersengih mengejek saja dari tepi tangga.

KERNA DIA ♡Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora