Bab 48 : Tangkap

686 44 7
                                    

"Angah ingat tak Meera pernah cakap yang Ara tu bukan perempuan baik? Masa dia kantoi seludup dadah a few years ago, Meera dengan ibu yang pergi balai settle kan hal dia..

"Ibu malu tau sebab orang sekeliling cakap yang 'anak' dia masuk lokap.." cerita Ameera dengan nada marah.

"What?! Kenapa angah tak pernah tau hal ni? Why tak cerita awal-awal dekat along tu?"

Nafas keluhan dilepaskan. Dia membetulkan kedudukan di sofa itu.

"Ibu, semuanya sebab ibu tak nak Meera cerita aib si Ara tu. Meera senyap kan hal ni dah lama and terasa hilang beban otak Meera lepas dah bongkarkan rahsia dia.." Ameera mengusap dadanya beberapa kali.

Haqiemi terdiam sejenak. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa adik angkatnya sebegitu rupa.

Tidak lama kemudian, pintu utama dibuka dari luar. Amsyar yang tersembul masuk ke dalam itu diperhatikan dua manusia tadi.

"Ha along. Kak Aaisyah mana? Dia okay?" Haqiemi memulakan perbualan.

"Dia okay.." Amsyar mengambil tempat di sofa ruang tamu itu. Badan direbahkan untuk menghilangkan kepenatan.

"Cara along jawab macam tak okay je..kenapa ni?"

"Nothing. Just, risau kan dia. Due dah dekat, tapi dia kena hadap semua ni. Salah along la..pity her.." jawab Amsyar lemah.

"It's okay..at least kita tau dia selamat. Sekarang, Lim tu ada bagitau bila dia nak mula buat kerja? Aku dah tak sabar nak hadap muka si Zahra tak guna tu!" ujar Haqiemi dengan nada geram.

"Soon..very soon.."

🌼🌼🌼🌼🌼

"Tuan, saya dah pastikan suspek ada di dalam bersama seorang lelaki. Bila-bila masa saja kita boleh pecah masuk."

Lim khusyuk mendengar laporan anggota polis itu. Pantas dia berdiri dan membetulkan pakaiannya.

"Minta semua ready. Kita pergi sekarang.." Lim keluar dari bilik pejabat itu dan terus turun ke bawah.

Seramai 6 orang anggota polis sudah siap naik kenderaan khas itu untuk bergerak ke lokasi. Segalanya berada di bawah tanggungjawab Lim selaku ketua pergerakan itu.

Setelah Lim menyusun semua anggotanya, pintu utama rumah itu ditendang kasar lantas terbuka lapang.

"Polis! Jangan cuba buat apa-apa!" lantang Lim bersuara sambil menayangkan lencana polis itu di hadapan Zahra.

Gadis itu terkejut dengan kehadiran mereka lantas berdiri sambil mengundur ke belakang.

"A..apa kau nak ni?! Aku tak ada buat salah! Keluar sekarang!" tempik Zahra.

"Heh. Cik ditahan atas kes penyeludupan dadah dan siasatan kes penculikan seorang perempuan. Jangan banyak cakap! Tahan dia!" Lim berkata terus sambil tersenyum sinis.

"Zul, cari lagi sorang suspek. Lepastu, cek semua sisi rumah ni. " tanpa banyak soal, dia bergerak ke tingkat atas

"K..kau! Kau yang ambil dia hari tu?! Damn you!"

Seorang anggota polis itu bergerak mendekati Zahra sambil mengacukan pistol ke arahnya. Belum sempat dia menyentuh gadis itu, Zahra turut menghalakan pistol ke arah anggota tadi.

"Kau ingat senang nak tangkap aku?! Korang semua ni menyusahkan!" satu peluru dibenamkan ke dalam lengan lelaki di hadapannya.

"Azmi!" jerit Lim ke arahnya yang sudah terbaring di lantai dan berlumuran darah itu.

"Heh, mati la kau!"

"Masuk! Masuk!" Lim memanggil anggotanya yang lain melalui walkie talkie.

Dua orang lelaki tiba di ruang itu. Masih cuba mendapatkan Zahra yang semakin agresif itu. Lebih banyak das tembakan yang dilepaskan oleh Zahra.

Oleh kerana situasi yang amat tegang, Lim melakukan perkara yang sama dan ia mengena pada betis Zahra dan membuatkan dia jatuh terduduk.

"Gari tangan dia. Then, bawa kat kereta.."

Lim melepaskan nafas lega. Telefon pintar dikeluarkan dari poket dan nombor Amsyar di cari.

'Hello bro..'

"Heh. Perempuan tu dah settle, easy peasy.." ujar Lim dengan bangga.

'W..weh serius la?! Sekarang kau nak bawa dia ke mana?'

"Aku terus nak bawa balai. Asal?"

'Okay, sku datang sana lagi 20 minit. Thanks bro.'

"Alright."

Lim tersenyum setelah meletakkan panggilan tadi. Situasi agak kelam-kabut apabila Zahra yang masih memberontak itu cuba untuk melepaskan diri namun dikawal ketat oleh anggota polis lain.

Pagi itu..

Haqiemi mengelap rambutnya yang masih basah menggunakan sehelai tuala. Tiba-tiba, telefonnya berdering minta diangkat. Nombor yang tidak dikenali itu direnung seketika.

"Hello.."

'Assalamualaikum Qiemi..'

Setelah mendengar suara itu, Haqiemi terdiam lama. Wajahnya berkerut seribu dan banyak persoalan lalu di ruang fikirannya.

'Qiemi..tolong mummy..ambil mummy dekat airport. Mummy nak jumpa Ara..'

"O..okay mummy. Less than 15 minutes.."

Segera panggilan itu dihentikan. Otak masih mencerna situasi yang tiba-tiba berlaku itu. Pakaian disarungkan dan pantas dia keluar dari biliknya.

"Meera, ikut angah."

"Aik? Pergi mana?"

Pang!

"Lama aku sabar dengan kau tau tak?! Berani kau buat macam ni dekat isteri aku!"

Hambur Amsyar setelah melepaskan satu penampar di wajah Zahra. Lim di sebelahnya cuba menenangkan kawannya itu.

"Relax Amsyar. Settle baik-baik.."

"Apa masalah kau?! Apa motif kau buat semua ni?! Kau tak ada otak ke hah?!" kepala Zahra ditunjal kasar.

Belum sempat dia menjawab, pintu bilik itu di tolak dari luar.

"Ara! Amsyar!"

Mereka berpaling memandang wanita tua itu. Kedua-duanya tercengang dengan kehadirannya yang turut disertai dengan adik-adik amsyar.

"M..mummy. Abang Amsyar..dia tampar Ara.." Zahra mula mengeluarkan suaranya dengan disertai tangisan.

"Apa Amsyar buat dekat Ara?! Kenapa Amsyar buat macam tu?!" Puan Hajar, ibu kepada Zahra membela anaknya itu.

"Heh. Mummy tengok anak mummy ni macam mana. Mummy tanya dia apa yang dia dah buat dekat keluarga Amsyar!"

Amsyar meninggikan suaranya kepada wanita itu walaupun dia tidak pernah melakukan itu sebelum ini.

"Sabar amsyar..Meera dah ceritakan dekat mummy tadi. Semua ni..salah mummy..mummy yang tak jujur dengan Ara pasal Am dah kahwin. Maafkan mummy Am.." wanita itu turut mengalirkan air matanya.

"Am tak salahkan mummy dalam hal ni. Perempuan tak guna ni yang cari pasal dengan Am! Aku takkan maafkan kau! Sampai mati!" Amsyar keluar dari ruang penyiasatan itu untuk menenangkan diri.

Dia khuatir sekiranya dia terus disitu, Zahra akan teruk di hentamnya nanti.

"Din, tolong bawa dia masuk.." Lim memberi arahan kepada anggotanya untuk membawa Zahra masuk ke dalam lokap.

"No! Mummy! Tolong Ara mummy!" rayu gadis itu namun diendahkan oleh Puan Hajar.

"Mummy redha kalau ni jalan terbaik untuk Ara.."

Ameera hanya menggosok bahu Puan Hajar untuk melegakan tangisannya. Sementara, Haqiemi keluar mendapatkan Amsyar.

KERNA DIA ♡Where stories live. Discover now