"Aduhai..macam mana ni? Aku stuck pula dekat sini. Betul ke tak aku buat ni? Aku pun tak tau. Ya Allah.." Aaisyah mengeluh panjang sebelum pandangan beralih ke arah bilik Amsyar.
"Haah lah! Kenapa aku tak terfikir nak tanya Amsyar je pasal masalah aku. Dia mesti dah pro bab-bab ni.." dia mengumpulkan semua kertas kerja itu dan bergerak ke bilik bossnya.
Tok Tok Tok
"Ya, come in!"
Aaisyah melangkah dengan senyuman manis menghiasi bibirnya. Amsyar menjadi pelik melihat senyuman itu lantas dahinya berkerut seribu.
"K..kau ni tak sihat ke?"
"Eh, kenapa awak tanya macam tu pula?" tanpa dijemput Aaisyah menarik kerusi di hadapan Amsyar.
"Tadi pandai pula kau ketuk pintu sebelum masuk. Selama ni, main terjah je ikut suka hati kau je. Then, sekarang kau tersenyum-senyum macam orang tak betul pula. Apahal?" Amsyar berkata tenang.
"Uish sakitnya hati dengar apa yang awak cakap tu. Tapi, it's okay lah..better dari awak yang langsung tak pandai nak senyum. Ada emas kot dalam mulut tu.." bidasnya.
"Heh. Kalau tak ada benda yang penting, aku persilakan kau keluar sekarang juga. Banyak kerja aku nak buat sekarang ni. Kacau je.." Amsyar kembali mencapai papan kekunci komputernya.
"Ehh ada..ada benda penting. Ni ha!" kertas kerja diletakkan di atas meja Amsyar.
"What? Ni kan kerja kau. Apa yang kau nak?"
"Itulah..orang nak minta tolong awak sikit. Ada problem sikit pasal projek taska tu. Awak kan master dalam bidang ni. So, masalahnya-
"No. Aku tak nak tolong." potong Amsyar.
Aaisyah berhenti tersenyum. Dia menayangkan riak kecewa.
"Alaa..kenapa tak nak tolong pula? This problem ada kena mengena dengan syarikat awak ni.."
"Yes, but that's your work..your project."
"No need to remind me about that..ergh. But, orang nak minta tolong awak ajarkan je..tu pun tak boleh?" Aaisyah semakin naik angin dengan Amsyar.
"Don't care. Don't know. Aku tak nak tolong. Kau cakap kau boleh buat benda tu..so, go for it." Amsyar tersenyum senget.
"Eyy! Kedekut ilmu betul awak ni! Tunggulah nanti satu hari Allah tarik apa yang awak tahu tu sebab tak nak ajar orang. Baru awak tau langit tinggi rendah!" bentak Aaisyah.
Dia mula berdiri dan merampas semula kertas tadi.
"Kedekut dengan kau je, tak apa. Kau tu kena usaha juga bukan harapkan orang.."
"Shut up you! I hate you Amsyar!" Aaisyah menghempas pintu bilik itu.
"Lama-lama dia asyik menghempas je, hancur pintu aku tu. Kena tukar pintu besi lah kalau macam ni. Hahaha.." Amsyar tertawa kecil seraya tersenyum lebar.
"Minta tolong ajar je bukan suruh buatkan. Benci betul dekat pakcik annoying tu! Ergh!" bebel Aaisyah dalam biliknya sambil memeluk tubuh.
Tiba-tiba, dia ternampak kelibat Zikri yang melintasi biliknya.
"Haa Zikri kan ada! Amsyar tu bukan penting sangat pun. Baik aku minta Zikri ajarkan!" tanpa berlengah dia mengejar lelaki itu sehingga tiba di bilik pejabatnya.
"Yes, Aaisyah. Ada apa?"
"Huh..huh. Sekejap, penat." Aaisyah duduk seketika sambil menenangkan dirinya yang kepenatan.
"Okay, saya ada benda nak minta awak ajarkan. Tadi saya dah minta dekat boss awak yang bakhil tu tapi dia tak nak ajar. So, saya harap awak tak macam Amsyar tu.." ujarnya serius.
"Wo-wo tenang Aaisyah. Takkanlah saya nak jadi macam Amsyar..kitorang ni bagai langit dengan bumi. Tell me what's wrong."
Aaisyah tersenyum lebar selebar-lebarnya. Dia mengeluarkan segala kertas tadi dan diajukan satu-persatu soalan kepada Zikri. Setiap penjelasan lelaki itu didengarnya dengan teliti tanpa ada satu tu maklumat tertinggal.
"Ohh senang je rupanya! Terima kasih Zikri..lega saya lepas dah tau semua ni."
"My pleasure. Lain kali kalau Amsyar buat hal lagi, refer je saya insya Allah saya boleh tolong."
"Okay! Terima kasih sangat. Nanti minta boss awak naikkan gaji awak sebab dah tolong saya. Bye-bye!" Aaisyah keluar dari situ dengan senang hati.
"Uish tak berani aku nak cakap macam tu dekat Amsyar. Bukan dinaikkan gaji tapi dibuang kerja je nanti.." Zikri menggeleng perlahan sebelum menyambung kerjanya.
🌼🌼🌼🌼🌼
Aaisyah menutup mulutnya yang sudah asyik menguap dari tadi. Kuliah subuh itu didengarnya bagaikan angin yang berlalu saja. Matanya dilelapkan seketika sambil bersandar pada tiang masjid itu.
"Kau ni nak balik ke tak? Ke nak tidur sini je?" matanya terus segar apabila mendengar sapaan itu.
"Erm..jomlah balik." Aaisyah berdiri dan mengikuti Amsyar ke kereta yang diparkir di perkarangan masjid.
"Aku dah cakap..kau ni lepas subuh mesti terbongkang tidur balik. Buat malu je orang tengok tadi.."
"Orang terlelap je, mana ada tidur. Kecoh je awak ni.." seperti biasa Aaisyah duduk bersila di atas kerusi kereta Amsyar sambil memeluk tubuh.
"Esok tak payah ikut lagi. Duduk rumah je lagi bagus.."
"Ehh mana boleh! Nak ikut juga! Best tau tadi ada kawan..ramai tegur orang. Tak kira, orang nak ikut awak hari-hari."
"Heh. Suka hati kau lah." tiba-tiba Amsyar memberhentikan keretanya di tepi jalan yang cahayanya agak malap di situ.
"Kenapa awak berhenti ni?"
"Diam."
Amsyar terus keluar dan menuju ke bonet kereta itu. Satu plastik berwarna merah dikeluarkan dan dia berjalan semula ke sisi kereta.
Aaisyah yang semakin pelik dengan sikap suaminya itu turut turun dari kereta. Dari jauh dia melihat beberapa ekor kucing berlari mendapatkan mereka berdua.
Amsyar menuangkan makanan kucing yang berada di dalam plastik tadi ke dalam sebuah mangkuk besar. Air mineral dituang pula ke dalam mangkuk yang lain.
Kira-kira 13 ekor kucing tadi menikmati makanan itu dengan rakusnya. Dia bercakap-cakap dengan kucing-kucing itu sambil membelai mereka.
Terdetik perasaan kagum dalam diri Aaisyah dan dia tersenyum kecil di situ.
10 minit kemudian. Aaisyah tidak berani menyoalkan tentang hal itu dan Amsyar yang turut berdiam diri membuatkan dia berasa janggal.
"Memang hari-hari awak bagi makan kat kucing-kucing tu ke?"
3 saat kemudian..
"Haah. Kenapa?"
"S..saja tanya. Kenapa awak buat macam tu? Jangan fikir bukan-bukan pula..orang nak tau je.."
"Bagi makan kucing ni kan mengundang rezeki. Ibu dulu ajar yang dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. Aku pernah cakap dekat kau yang aku ni cat lover..
"Lagipun, kesian semua kucing liar tu tak ada siapa yang ambil kisah pasal diorang.." jelas Amsyar tenang.
Dia terkedu mendengar kata-kata itu lantas bibirnya mengukir satu senyuman.
"Untung orang ada suami baaaik macam awak ni. Patutlah rezeki awak melambung-lambung..berkat buat macam ni rupanya."
"Tak payah nak untung sangat. Kalau kau nak ikut aku hari-hari pergi masjid, kau kena buat benda yang sama aku buat ni. Boleh ke?" Amsyar memalingkan mukanya ke arah Aaisyah seketika.
"Mestilah boleh! Orang pun nak juga dapat pahala macam awak. Mana adil awak sorang je!" ujarnya semangat.
Mendengar itu, Amsyar turut tersenyum. Senyuman yang jarang sekali Aaisyah lihat.
ESTÁS LEYENDO
KERNA DIA ♡
RomanceSesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya... "Apa hal awak ni? Jangan sesuka hati pegang orang boleh tak?" -Aaisyah Hani "Eh suka hati aku la. Kau suami ke aku suami? Jangan la tinggal aku sorang sorang. Nanti jadi macam tadi lagi." -Amsya...