Bab 36 : Lawan

773 47 2
                                    

"Awak."

"Hmm.."

Aaisyah mendecit.

"Awak!"

"Eish apahal kau ni?! Dah gila ke?" marah Amsyar apabila Aaisyah menarik kasar lengannya.

"Eyy orang bosanlah. Awak tak ada idea ke nak buat apa harini?"

"Tak ada. Nak buat ...... , kau pula uzur." balasnya bersahaja.

Gadis itu membulatkan matanya seraya mencebik bibir.

"Awak ni tak membantu langsung..merepek je kerja dia. Tolonglah bagi tau apa yang orang boleh buat untuk isi masa cuti hari Ahad ni."

Aaisyah memeluk tubuh sambil membuang pandangan ke arah laman rumah.

"Ha! Apa kata kita masak harini?" cadang Amsyar yang pantas berpaling ke arah isterinya.

"Kita? Masak? Uish memang orang kalah la dengan awak.."

"Ya, kita masak. Aku nak kau masak apa yang aku suka makan. And..aku masak apa yang kau suka makan. How? Takut ke?"

Amsyar mengangkat sebelah keningnya tanda mencabar.

"Orang tak takut la! Erm..macam menarik. Tapi, kita tak beli barang masak lagi. Orang pun tak tau apa yang awak suka makan. Selama ni awak main bedal je hehe.."

"Ceh. Aku bagi kau 5 minit untuk siap lepastu kita pergi beli barang tu. Nanti aku bagitau apa yang kau kena masak.." Amsyar berdiri dan terus keluar dari ruang itu.

"Eh 5 minit?! Mana sempat! Orang nak siap lama laa." bentaknya.

"Times is running Aaisyah!" Amsyar mengetuk jam tangannya beberapa kali.

Gelabah gadis itu dan terus menyarungkan tudung yang ada di situ. Telefon dicapai dan dimasukkan ke dalam poket bajunya.
...

"Tadi suruh orang cepat. Sekarang dia main air dalam pool tu pula.." ujar Aaisyah yang berang melihat lelaki itu di kolam mini sebelah rumah mereka.

Amsyar keluarkan kakinya dari dalam kolam itu dan mendekati Aaisyah. Keningnya bertaut seketika melihat isterinya itu.

"Kau ni kolot betul lah. Kenapa tak cek dulu sebelum keluar tadi? Macam budak-budak..jom cepat."

Dia mendekatkan tangannya pada wajah gadis itu dan memasukkan rambut Aaisyah yang terkeluar dari tudungnya itu dengan cermat.

'Malunya..cuai la kau ni Aaisyah!'

Aaisyah menampar lembut pipinya dan terus bergerak mengikuti Amsyar.

*****

Aaisyah menggeleng kepalanya melihat senarai barangan yang diberikan Amsyar itu. Kad kredit di tangan juga direnung dengan pandangan tak percaya.

"Kenapa banyak sangat ni? Awak nak buat kenduri ke apa? Awak tau kan kita berdua je kat rumah tu?"

"Tu untuk satu hidangan je. Aku nak kau buatkan laksa sebab tu ONE of my favourite food. So, kau pergi beli semua tu and bayar sendiri. Nanti dah siap tunggu kat luar.."

"Ehh kenapa tak jalan sekali je? Awak sengaja kan nak game orang. Tak naklah jalan sorang-sorang.." keluhnya.

"Kau tengok muka aku yang handsome ni.."

Aaisyah melakukan apa yang disuruh itu.

"I don't care and I don't know about it. Pandailah kau nak survive. Bye-bye! Jumpa kat luar!" Amsyar terus meninggalkan isterinya yang terpinga-pinga di situ.

"HWOWKEIDMDODJSKXM sakitnya hati aku! Tunggulah awak Amsyar!" laung Aaisyah sedikit kuat.

Bermulalah sesi membeli belah itu. Amsyar turut mencari barang yang dipinta Aaisyah iaitu untuk masakan nasi ayam. Dari jauh, dia turut memerhatikan isterinya itu untuk pengawasan.

20 minit.

"Tak membazir ke masak banyak-banyak ni? Kalau tak habis macam mana?"

"Kita ada jiran kira kanan, depan belakang. Nanti tak habis hantarlah sana. Dah jangan banyak bunyi..masak cepat."

Mereka berdua mula menyiapkan masakan masing-masing. Sesekali mereka berebut peralatan masakan yang ada di situ memandangkan hanya Aaisyah saja yang selalu berperang di dapur.

Jeritan Aaisyah memarahi Amsyar dan tawa lelaki itu memenuhi ruang dapur.

"You're cheating! Orang dah potong semua tu, janganlah ambil!" marah Aaisyah sambil mencekak pinggang.

"Alaa sikit je. Tu pun nak berkira la kau ni.."

Pumpang Pumpang

"Huh..penatnya..taubat la lepasni tak nak dah masak sedapur dengan awak." Aaisyah melepaskan nafas lega seraya memeluk tubuh.

"Ceh penat konon. Dah nak masuk zohor ni..lepas solatlah baru makan. Kau duduk sini diam-diam, jangan usik aku punya." balas Amsyar.

Aaisyah menjeling lantas hanya mengangguk.

*****

"Cepatlah! Bila nak makannya? Awak tu asyik main phone je.."

"Sekejap lah..ish kau ni. Nanti ada orang nak datang, baik kau pergi pakai elok-elok dulu.." ujar Amsyar.

"Lah? Siapa?"

Belum sempat Amsyar menjawab, loceng rumah berbunyi. Dia pantas menyuruh Aaisyah naik ke atas untuk bersiap.

"Lambat la kau ni buka pintu. Panas tau tak?" Amier tanpa disuruh, merempuh masuk ke dalam rumah itu.

"Eh tak malu betul. Main masuk je rumah orang.."

"Alaa kau ni Am. Dia tu dah la jadi driver, kena pula tunggu Zikri tadi bersiap mengalahkan orang perempuan. Mana tak angin dia.." Nizam mula bersuara.

Zikri langsung tak membalas namun hanya melemparkan pandangan maut padanya.

"Mana Aaisyah? Aku dah kosongkan perut aku ni semata-mata nak makan kat sini.."

"Ada kat atas. Nanti pandai-pandai la dia turun. Jom la duduk sana dulu.." mereka berempat berjalan ke arah meja makan.

Aaisyah turun ke bawah dan sedikit terkejut dengan kehadiran kawan-kawan Amsyar itu. Dia pantas mengambil tempat di sebelah kanan Amsyar.

"Mana adil macam ni..awak ajak kawan-kawan awak je datang. Mestilah diorang sokong awak.." dia menarik telinga Amsyar untuk berbisik.

"Kau ni! Sakitlah! Kan ada banyak ni..nanti membazir. Lagipun kau tu mana ada kawan kalau nak suruh datang sini.."

"Eh suka hati jee. Kalau awak bincang awal-awal, orang boleh je ajak dia datang.." bantahnya.

"Dah terlambat la budak..lupakan jela. Aku nak makan sekarang, jangan kacau."

Aaisyah menjeling suaminya itu. Tiga pasang mata yang sedang merenung mereka itu dipandang penuh kehairanan.

"Korang pahal pandang-pandang? Nak makan penumbuk? Cepat la aku nak makan..Nizam baca doa." bilang Amsyar.

"Fuh macam bapak-bapak arahkan anak je. Hahaha okay boss!"

Doa dibaca dan diaminkan oleh semua yang ada di situ. Mereka mula menjamu selera dan kebanyakkannya memuji makanan yang dimasak oleh Amsyar tanpa mereka tahu lelaki itu yang memasaknya.

Aaisyah hanya pasrah kerana dia sudah tahu dia tidak akan dapat menang dengan suaminya jika melibatkan masakan.

Walaupun begitu, dia tetap seronok dapat mengisi masanya dengan perkara itu bersama Amsyar.

KERNA DIA ♡Where stories live. Discover now