Kini, Aaisyah menetap di kediaman kedua ibu bapanya selama dia dalam tempoh berpantang.
Selama beberapa minggu itu, banyak perkara baru yang dipelajari oleh Aaisyah dan Amsyar sejak ada Ayra Hayfa.
Uwaa Uwaa Uwaa
Amsyar terjaga dek kerana terdengar tangisan itu. Aaisyah yang masih lena kerana kepenatan itu dikerling sekilas.
"Yes, my baby. Why ha? Who is disturbing you dear?" dia mengangkat Ayra dari katil bayi itu.
Jam menunjukkan pukul 3.45 pagi. Dia mendendangkan selawat dan zikir untuk meredakan tangisan anaknya itu.
"It's okay sayang..don't cry. Papa is here.." Amsyar cuba memujuk namun Ayra tetap menangis membuatkan dia buntu.
"Are you poo-poo? That's why you uncomfortable right?"
Amsyar memalingkan anaknya itu ke belakang untuk diperiksa. Namun, bukan itu masalahnya.
"I think..Ayra lapar la."
Dia terpaksa menggerakkan Aaisyah dari tidurnya. Isterinya menggosok matanya kerana masih ada sisa mengantuknya.
"Erm..kenapa? Ayra menangis ke?"
"Haah..sorry abang terpaksa kejut awak. Abang dah pujuk dia tapi dia still menangis. Lapar kot.." ujar Amsyar.
"Oh,.meh sini.."
Tangan di hulurkan untuk menyambut anaknya itu. Aaisyah mula menyusukan anaknya dan ternyata memang benar Ayra sedang kelaparan.
Kehadiran Amsyar disitu membuatkan dia sedikit segan.
"Ish awak jangan la tengok!" Aaisyah menutup badannya menggunakan tuala milik Ayra.
"Eh biarlah. Bukannya salah pun kan?" Amsyar mengangkat sebelah keningnya.
"Memang la tak salah..orang malu la.." dia berpaling dari Amsyar.
Lelaki itu hanya tersenyum kecil lantas berdiri.
"Erm..okay fine. Alang-alang dah terjaga ni, abang nak tahajud sekejap tau."
Aaisyah hanya mengangguk dan hanya memerhati Amsyar yang sedang bersiap sedia untuk solat itu.
Setengah jam kemudian..
Amsyar masuk ke bilik semula apabila sudah puas mengambil angin tengah malam itu. Aaisyah yang tertidur setelah selesai menyusukan Ayra itu dipandang penuh kasihan.
Perlahan-lahan dia mengambil Ayra yang turut terlena itu dan diletakkan semula di katil bayi.
"Sleep well okay Ayra? Kesian mama letih sebab berjaga malam ni..esok pagi baru bangun tauu. I'll play with you tomorrow.." Amsyar mengucup pipi Ayra seketika dan terus menuju ke arah katil.
Dia memperbetulkan posisi tidur Aaisyah dan kepala gadis itu di usap perlahan.
"Thank you dear for your sacrifice..i'll never underestimate about this effort for our baby.."
Satu kucupan di hadiahkan di dahi Aaisyah.
*****
"Morning sayang!"
Aaisyah mengeliat kecil setelah terjaga dari tidur itu. Matanya terus memandang ke arah katil bayi yang sudah kosong itu.
"Ayra mana?"
"Ada dengan umi dekat bawah. Umi suruh abang kejut awak makan. So, jom!" tangan Aaisyah di genggam.
"Eh sabarlah dulu. Sakit ni.." dia berpaut pada lengan Amsyar dan mula menapak ke bawah.
CITEȘTI
KERNA DIA ♡
DragosteSesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya... "Apa hal awak ni? Jangan sesuka hati pegang orang boleh tak?" -Aaisyah Hani "Eh suka hati aku la. Kau suami ke aku suami? Jangan la tinggal aku sorang sorang. Nanti jadi macam tadi lagi." -Amsya...