"Cak!!"
Amsyar merenung wajah Zikri di sebalik pintu seketika lantas menjeling. Dia sambung kerjanya tanpa melayan karenah sahabatnya itu.
"Kau ni apasal emo pagi-pagi lagi? Baru minggu lepas balik KL..tak puas lagi bercuti ke?"
"Kau boleh tanya kenapa aku emo? Memang tak lah aku nak ambil cuti panjang lagi. Kerja bertimbun macam ni..serabut kepala aku."
Amsyar mengusutkan rambutnya yang sememangnya kusut itu.
"Minta la tolong Aaisyah. Dia kan tau kerja-kerja ni.."
"Tak nak lah. Aku punya kerja nak susahkan dia pula. Eh jap, cakap pasal Aaisyah, mana dia eh?"
Dia menjenguk ke luar tingkap untuk mencari Aaisyah di biliknya tetapi tiada orang di situ.
"Tadi dia pergi taska tak silap. Katanya dah nak siap taska tu..happy semacam je muka dia tadi."
"Dah siap? Bukan ke..lama lagi?"
"Aku tak tau lebih-lebih. Nanti kau tanya la dia sendiri. Aaisyah tu isteri kau, bukannya isteri aku. Okay la bye aku nak sambung buat kerja aku! Ta-ta baby!"
"Ey apa benda la sampuk dia ni. Baby bagai..geli aku. Kalau bini aku yang panggil macam tu tak apa lagi.." bebel dia sendirian.
*****
"Yeay!!! 30% more! Tak sabarnyaaa. Nak celebrate apa eh? Erm..nak ajak Erin keluar, nanti dia uwerk-uwerk susah aku. Aha! Aku ada idea! Nak makan sorang-sorang lah."
Dia membebel sambil kunci kereta dimasukkan ke tempat sepatutnya dan dia sedia untuk memulakan perjalanan.
Tiba-tiba, telefonnya berdering minta diangkat dan nama Amsyar tertulis di atas skrinnya itu.
"Apalah pakcik ni nak kat aku..? Alhamdulillah mood aku tengah cantik ni.."
"Assalamualaikum. Nak apa?"
'Kau kat mana?'
"Nak pergi makan. Orang lapar."
'Makan? Nak juga. Tapi, aku banyak kerja la..'
"Apa susah? Nanti awak pergilah makan lepas habis kerja. Orang nak date sorang-sorang."
'Sorang? Dah tak ada kawan ke? Jangan pergi sorang.'
"Ehh kenapa pula? Tak kira, nak juga!" Aaisyah mula protes.
'Jangan degil boleh tak? Kau tak payah mengada nak pergi sorang-sorang. Kenapa tak bagitau aku tadi yang kau nak pergi taska? Zikri ke aku, suami kau?'
Aaisyah terdiam sejenak. Suara Amsyar yang mengeras itu menyentakkan dirinya.
"Er..s..sorry. Tadi, orang terlupa nak bagitau awak. Lepastu, orang terserempak dengan Zikri..dia tanya orang nak pergi mana, orang cakaplah nak pergi taska."
'Adaa je alasan kau kan? Cuba sekali je kau mengalah then minta maaf kat aku. Susah sangat ke?'
'Eh pakcik ni aku patahkan juga leher dia nanti..habis selama aku kahwin dengan dia pernah ke dia mengalah dengan aku?! Ergh!' balasnya cukup dalam hati saja.
"Haih..yela-yela. Salah orang..sikit je. Sorry.."
'Entah ikhlas ke tak tu..datang sini ambil aku. Aku nak makan juga.'
Dia menayangkan riak tidak senang. Baru saja dia mahu 'me time' tapi diganggu oleh Amsyar.
'Kau dengar tak ni?!'
"Iye dengarlah..tak payahlah jerit macam tu. Lagi 10 minit orang sampai. Lambat, tinggal!" Aaisyah terus mematikan talian itu dan dicampak telefon ke kerusi sebelah.
"Ey kalau bukan dia ni syurga aku, memang takkk la aku nak ikut cakap dia ni!"
Kereta dipandu cermat untuk ke pejabat semula.
Malam itu..
Pintu utama rumah yang dibuka dari luar itu mengejutkan Aaisyah yang sedang asyik menonton televisyen. Amsyar yang kelihatan sangat letih itu terus berjalan mendekatinya.
"Lambatnya awak balik. Kerja sampai pukul 9 lebih..ni dah solat Isyak belum?"
"Aku siapkan seeemua kerja yang tertangguh..aku dah solat kat office tadi. Buatkan air please..chocolate ice." Amsyar berkata sambil melonggarkan tali lehernya dan bersandar di sofa.
Tanpa banyak kata, Aaisyah terus ke dapur untuk siapkan air untuk Amsyar. Tidak lama kemudian, dua cawan ditatang kembali ke ruang tamu.
"Kenapa tak cakap ada kerja banyak? Boleh orang tolong sikit-sikit..tak ada lah serabut macam ni. Habis comot muka tu.." Aaisyah menyapu wajah Amsyar dengan tangannya sekilas.
Dia meneguk air itu hingga habis dan tak cukup dengan itu, air Aaisyah juga ditelannya. Gadis itu hanya mampu menjeling tanpa berkata apa-apa. Malas bertengkar..
"Aku tak nak nanti kau bebel tengok kerja aku ni tak kena, tu tak kena. Bising je nanti.."
"Amboi-amboi mulut memang tak ada insurans betul! Orang bukan bebel kosong tau. Kalau semuanya okay, membazir air liur je nak cakap banyak-banyak. Awak tu yang suka buat kerja cincai.."
"See? Cakap sikit je kau balas berdas-das. Pot pet pot pet macam mak nenek.."
"Awak ni main kasar bet--
Kata-katanya terhenti apabila kepala Amsyar mendarat di pehanya secara tiba-tiba.
"Aku nak tidur sekejap..nanti pukul 10.30 kejutkan aku. Sakit pula kepala ni.."
"Perlu ke tidur sini? Sofa ni luas kan?" katanya perlahan tetapi tiada balasan dari Amsyar.
Aaisyah menjenguk wajah lelaki itu dan dia dapati Amsyar sudah tertidur.
"Penat sangat kot. Kesiannn suami orang ni letih kerja. Nasib sayang.." Aaisyah bermain dengan rambut suaminya sambil menonton semula televisyen itu.
Sementara, lelaki itu tersenyum sorok yang terselit seribu makna di situ.
🌼🌼🌼🌼🌼
"Jaga diri kat sana. Dah sampai teks i ya?"
Gadis bertudung putih itu hanya mengangguk lemah.
"Babe, don't be like this please..you're pretty! Ramai lagi lelaki yang layak untuk you.." Azlin cuba memujuk hati rakannya itu.
"I'm okay..i just nak tenangkan fikiran dekat Cameron tu..nanti i dah okay, i balik rumah you, boleh?"
"Of course babe! Pintu rumah tu sentiasa terbuka untuk you. I ada if you need someone..take care." mereka berpelukan sebelum Zahra berlepas ke destinasi yang ingin ditujunya.
'Aku okay..aku okay..'
Air mata mula bertakung di kelopak mata. Perlahan-lahan ia mengalir membasahi pipi.
'No, you not! Sabar Ara..ya Allah..tolong aku..'
Telefonnya dibuka untuk mengelakkan minda terus memikirkan akan kesedihannya. Baru dia sedar betapa sakitnya, cinta bertepuk sebelah tangan..
"Er..miss, are you alright? I saw you cried just now."
Seorang lelaki tampan wajahnya menegur. Melihat pada pakaiannya, dia adalah seorang pramugara dengan pantas tangan Zahra menyeka air matanya.
"I'm fine. Just leave me..nothing bad happen to me, don't worry." balas Zahra dengan suara yang mula berubah.
"Alright. It's okay to cry because that's can make you more relax and throw away all the burdens. Take a deep breath and you will be fine. If you need anything, just call me okay? My name is Khairul."
Lelaki itu tersenyum manis ke arahnya. Zahra tidak membalas namun hanya mengangguk perlahan. Nafas ditarik panjang mengikut nasihat lelaki tadi dan hatinya sedikit-sebanyak terasa lapang.
YOU ARE READING
KERNA DIA ♡
RomanceSesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya... "Apa hal awak ni? Jangan sesuka hati pegang orang boleh tak?" -Aaisyah Hani "Eh suka hati aku la. Kau suami ke aku suami? Jangan la tinggal aku sorang sorang. Nanti jadi macam tadi lagi." -Amsya...