Bab 50 : Girl

705 39 12
                                    

"Aaisyah Hani!"

Kayu panjang itu spontan terlepas dari tangan Aaisyah. Perlahan-lahan dia menghadapkan badan memandang pemilik suara tadi.

"Ups.."

"What. Are. You. Doing. Huh?" Aaisyah mengerdipkan mata beberapa kali mendengar soalan maut Amsyar itu.

"Hehe nak makan tuu. Nampak sedap!" jari telunjuknya dihalakan ke arah buah mangga muda di atas pokok itu.

"Haih kenapa tak cakap dekat abang? Kenapa buat sendiri? Degil eh dia ni.." pipi Aaisyah ditarik kuat.

"Ey sakitlah! Awak ni suka cubit pipi orang! Dah kenapa?!" marah Aaisyah.

"Sebab..abang suka tengok pipi awak merah bila kena cubit. Bukan masa tu je, bila awak marah, awak menangis..mesti pipi tu jadi merah hehe comel." jawab Amsyar tersenyum sambil mengait buah tadi.

"Ceh..dia tak tau ke orang sakit dia buat macam tu.."

Dia hanya terdiam mendengar itu. 3 biji buah mangga yang jatuh ke tanah itu dikutipnya.

"Nak makan?" keningnya diangkat sebelah.

"Nak-nak!"

Amsyar dengan rela hati mencuci dan memotongkan buah tadi untuk Aaisyah. Lepas sepotong, sepotong gadis itu ambil dan disumbat di dalam mulutnya.

Wajah Amsyar berkerutan melihat Aaisyah yang hanya bersahaja itu.

"Ey tak masam ke awak makan banyak tu?"

"Tak masam pun. Nah la rasa.." sepotong mangga itu dihulurkan kepada Amsyar dan disambut menggunakan mulutnya.

"Ey noo! Masam!" wajah Amsyar sekali lagi berkerut menahan rasa buah itu. Aaisyah hanya tertawa kecil kerana terhibur dengan riak itu.

"Pelik betul eh selera orang pregnant ni.." Amsyar menggeleng.

Matanya tak lepas memandang Aaisyah yang begitu teruja menikmati mangga tadi.

"Apa pandang-pandang? Tau la orang ni cantik.." sergah Aaisyah.

"Memang cantik pun. Bukan cantik je, cute, lawa seemua ada. Saja nak tengok muka awak lama-lama."

Amsyar meletakkan kedua-dua tapak tangannya di bawah muka sambil terus merenung wajah Aaisyah.

"Eyy gediknyaa mata tuu! Awak puji lebih-lebih ni mesti ada sebab kan? Ha apa dia?" dia dapat membaca apa yang berada di minda Amsyar.

"Pandainya isteri saya ni! Sebenarnya..abang mengidam nak makan something sweet like chocolate maybe. So, jom pergi beli!"

"Alaa malasnya nak jalan..dah la nak carry perut lagi. Kalau awak pergi sorang boleh?" Aaisyah mengerdipkan matanya beberapa kali.

Amsyar mengeluh.

"Okay fine but, dengan syarat awak mesti duduk sini sampai abang balik. Jangan pergi mana-mana pun."

"Baik boss! Hehe." Aaisyah meletakkan tangan di dahi seperti sedang tabik hormat.

"Good girl. Abang pergi sekejap tau.." kepala Aaisyah diusap lembut sebelum dia bergerak keluar.

"Ingatkan isteri je kuat mengidam, rupanya suami laaagi teruk hehe."

🌼🌼🌼🌼🌼

Hanya perlu menunggu masa saja untuk Aaisyah dan Amsyar dapat melihat puteri sulung mereka. Surah dari Al-Quran itu dialunkan memenuhi isi rumah.

Memandangkan Amsyar terpaksa keluar atas urusan penting, terpaksalah Aaisyah bersendirian di rumah itu buat seketika.

"Mama lapar la..tapi nak makan apa eh? Baby girl mama ni nak makan apa?" Aaisyah mengusap perutnya seketika dan terus berdiri untuk mencari makan.

KERNA DIA ♡Onde histórias criam vida. Descubra agora