Bab 28 : Zahra?

843 50 5
                                    

Petang itu..

Aaisyah mengenakan baju kurung yang warnanya serona dengan baju kurta Amsyar setelah dipaksa oleh lelaki itu.

"Kau masuklah dulu. Aku nak duduk luar sekejap.." Aaisyah mengangguk dan mula melangkah masuk.

Di dalam, ada sekelompok manusia yang sedang duduk menyediakan persiapan untuk majlis malam ni. Ameera yang baru tiba dari Korea pagi tadi turut membantu.

"Hai kak! Baru sampai? Along mana?" Haqiemi tiba-tiba muncul.

"Er..haah baru sampai. Dia ada dekat luar tu. Qiemi pergilah jumpa dia.."

"Oh, alright."

Aaisyah berjalan terus menuju ke ruang dapur. Keluarga suaminya yang berada di situ memandangnya mesra tetapi tidak pada seseorang iaitu mak ngah.

"Aaisyah, sampai pun kamu. Mari duduk sini.." Mak long memanggil. Aaisyah pun mendekat.

"Assalamualaikum. Ada apa-apa yang Aaisyah boleh tolong?"

"Haa nah kamu tolong kupaskan kentang ni. Harapkan Meera ni, dari kentang sebesar penumbuk terus jadi besar syiling 50 sen hahaha.."

"Mak long! Tak baik tau cakap macam tu..aib Meera la. Herm!" Ameera cemberut.

Aaisyah tertawa kecil seraya mencapai pisau dan mulakan tugas. Dia menjadi tidak selesa apabila ada mata-mata yang memandang sinis itu. Dia tidak kuat untuk membalas pandangan itu jadi dia hanya menunduk.

"Aaisyah macam mana? Sihat? Seronok ke sejak kahwin dengan Amsyar?"

"Alhamdulillah..sihat je. So far, okay je mak long hihi." jawab Aaisyah tersipu malu.

"Baguslah tu. Kamu ni tak payah malu-malu dengan mak long..haa nanti kamu juga yang rugi tau haha."

"Uish, betul tu kak! Mak long ni pandai masak tau! Kalau akak nak apa-apa, akak request je dekat mak long. Sebabtu rugi kalau akak segan.." Ameera menyambung kata-kata itu.

"Hehe okay mak long. Nanti lama-lama, Aaisyah terbiasa la.."

"Dah berapa lama kau nikah dengan Amsyar?"

Seorang gadis yang berada di sebelah mak ngah bertanya..anaknya barang kali. Perlahan-lahan Aaisyah mengangkat kepalanya.

"Er..nak masuk 6 bulan dah."

"6 bulan? Takkan tak ada hasil lagi? Orang lain nikah 4,5 bulan dah mengandung. Kau lambat pula ye.." Mak ngah menyokong.

"Ke..kau tak subur? Kau mandul eh?" pantas saja kepala Aaisyah mengangkat memandang tepat ke arah gadis itu. Dadanya berombak menahan diri dari membidas kata-kata itu.

"Apa kau cakap ni Kyra?! Jangan biadap sangat!" Ameera membela.

"Betul kan apa yang Kyra tu cakap? Kahwin dah lama takkan tak ada langsung usaha nak dapat anak? Ataupun..kau malu? Yela umur muda lagi dah kena jadi mak orang. Heh."

Mak ngah menayang senyuman sinis persis Amsyar. Keturunan rupanya..

"Haa kan mummy! Biasalah kahwin muda, siapa yang nak kalau pergi mana-mana usung budak kecil. Takut jatuh standard kan?"

"Siapa mak ngah nak sibuk hal rumah tangga Am? Suka hati kitorang lah nak ada anak tahun ni ke tahun depan ke. Tak ada kena mengena dengan mak ngah pon."

Aaisyah berpaling ke arah Amsyar yang sudah berada di situ sambil wajahnya berkerutan tanda marah.

"And kau Kyra, jangan nak ikut suka kepala otak kau tu nak tuduh isteri aku mandul! Jaga sikit mulut kau tu!" Amsyar mendekati Aaisyah dan menariknya pergi dari situ.

Aaisyah dibawa naik ke bilik Amsyar dan dia duduk di birai katil untuk menyejukkan hatinya.

"Kenapa kau diam je bila orang kutuk, hina kau macam tu?! Mana pergi otak kau Aaisyah?!" Amsyar memandang tepat ke arah Aaisyah.

"Orang masih ada rasa hormat dekat diorang. Orang tak nak jadi kurang ajar and burukkan nama awak nanti.." balasnya cuba untuk bertenang.

"Hormat? Dalam keadaan macam tu kau masih fikir pasal hormat? Kau sedar tak dia cakap apa tadi?!" Amsyar meraup wajahnya kasar.

Dia mula berdiri dan berhadapan dengan Amsyar.

"Kalau ikut hati orang yang sakit ni, memang orang dah sepak muka dia tu. Dia sentuh bab anak, awak ingat orang tak ada rasa nak ada anak sendiri ke?

"Kalau apa yang dia cakap tu betul macam mana? Maybe orang memang tak dapat nak bagi awak anak.." air mata Aaisyah bergenangan pantas dia melarikan pandangannya.

"Apa kau cakap ni? Jangan merepek boleh tak? Kau tau kan semua benda yang jadi antara kita? Kenapa kau nak dengar cakap perempuan jalang macam tu?!" Amsyar semakin meninggi suara.

"Dahlah..tak payah nak bising-bising pasal ni. Jangan sebabkan orang, hubungan awak dengan keluarga awak berpecah belah. Awak pergilah minta maaf dekat mak ngah dengan Kyra.."

Aaisyah berlalu meninggalkan Amsyar. Dia berlari ke arah laman luar rumah dan menghambur tangisannya. Sesak dadanya menahan perasaan sebak itu.

*****

Bacaan Yaasin dan tahlil dimulakan dan Aaisyah mengambil tempat di sebelah Ameera. Amsyar yang mengiringi bacaan itu direnungnya seketika lantas dia mengeluh perlahan.

Dari tadi mereka tidak berbicara antara satu sama lain.

45 minit.

Semua tetamu dijemput untuk menjamu selera. Aaisyah yang sedang membantu serba sedikit itu tiba-tiba disapa Ameera.

"Kak..akak tak makan lagi kan? Jom kita makan sama..Meera ambilkan nasi untuk akak ye?"

"Tak apa Meera..akak tak lapar lagi. Nanti akak ambil sendiri." tolaknya lembut.

"Alaa..akak jangan macam ni. Jamahlah sikit..petang tadi pun akak tak makan kan? Please.." Ameera mengerdipkan matanya di hadapan Aaisyah.

"Haih yela-yela..akak makan. Mengada ye.." Aaisyah mencubit pipi adik iparnya itu.

Mereka menatang pinggan masing-masing ke lama luar rumah. Sengaja Ameera membawa Aaisyah jauh dari orang yang dengki terhadap gadis itu.

Mereka mula menjamah makanan itu sambil bersembang kosong.

"Eh, akak ada nampak along? Tadi dia ada dekat dalam lepastu terus hil.." Ameera memandang sekeliling dan dia terkedu seketika.

"Meera? Kenapa senyap? Tengok apa tu?" dia turut melihat ke arah yang Ameera tengok dan..

"Zahra.." bibir Ameera menyebut nama itu.

Entah apa perasaan yang timbul ke benak hati Aaisyah. Seorang perempuan yang cantik rupawannya sedang berbual mesra dengan Amsyar.

Dari jauh, Aaisyah dapat rasakan gadis itu mempunyai hubungan yang rapat dengan Amsyar membuatkan hatinya sedikit tidak selesa.

"Akak dah kenyang. Akak masuk dulu tau.." Aaisyah bangkit dan terus masuk ke dalam rumah.

Ameera hanya mengangguk perlahan dan kembali memandangkan Amsyar dan Zahra. Kelihatan lelaki itu sedar akan pemergian Aaisyah dari situ.

*****

Dia melangkah masuk ke dalam biliknya dan mencari kelibat Aaisyah tetapi tidak kelihatan. Matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang sudah berselubung dengan selimut di atas katil.

Amsyar mendekatinya dan mendapati isterinya yang sudah tidur itu lantas merebahkan badannya menghadap ke arah Aaisyah.

"Kau ni..nak jealous pun biarlah bertempat. Bukan nak tanya dulu siapa perempuan tadi. Ni terus blah macam tu je.." ujarnya sendirian.

"I'll trust you because you are my wife. Same goes to you..i need your trusted too."

Amsyar mendekatkan wajahnya dengan Aaisyah dan mengucup lembut dahi isterinya itu.

"Sorry..pasal tadi. Bukan niat aku nak tengking kau. Good night.."

Dia bangkit dan mencapai tuala untuk membersihkan diri.

KERNA DIA ♡Where stories live. Discover now