Bab 45 : Jual

611 44 11
                                    

Air yang dipercik pada wajah Aaisyah itu berjaya membangunkan gadis itu. Pergerakannya terbatas apabila tangan dan kakinya diikat kemas.

Lelaki itu merenung wajah Aaisyah dengan disertai riak miangnya membuatkan dia menjadi tidak selesa.

"K..kau siapa?! Apa kau nak hah?! Lepaskan aku!" teriak Aaisyah.

"Wo-wo rileks la. Kau ni badan kecil je, tapi suara bingit la.."

Mata lelaki itu pergi ke arah perut Aaisyah yang sedikit ke depan oleh sebabkan kandungannya.

"Kau mengandung? Kalau ye, macam mana aku nak dapat 'habuan' aku..? Tapi, seronok juga kan..

"Kalau aku..tambah benih dalam perut kau hahaha.." lelaki itu berkata sambil tangan hampir menyentuh wajah Aaisyah.

"Don't touch me rubbish!" dia mengelak sementara air mata sudah banjir membasahi wajahnya.

"Kurang ajar ye mulut kau! Tunggu la nasib kau nanti! Aku akan ajar kau!" rambut Aaisyah digenggam kuat dan ditarik.

Hancur hatinya apabila maruah yang dijaga hanya untuk suami itu menjadi tatapan lelaki lain.

"Lepaskan dia Mie. Kau tu jangan gelabah sangat boleh tak?" Zahra mula muncul dari muka pintu.

"A..Ara..tolong saya Ara. Lepaskan saya.." rayu Aaisyah.

"Heh. Lepaskan kau? Jangan mimpi! Kau tau tak..apa sebab aku buat kau macam ni hah perempuan tak guna?!" kepala gadis itu ditolak kasar oleh Zahra.

Aaisyah hanya mampu menangis tanpa membalas pertanyaan itu.

"Kau mesti tak tau kan apa hubungan aku dengan abang Amsyar? Sebabkan perempuan bodoh macam kau ni, jenis ikut je apa yang cakapkan..heh."

Lama Zahra terdiam sebentar sebelum menyambung kata-katanya.

"Aku kenal dengan abang Amsyar lebih dari kau kenal dia. Ibu dia dengan mummy kawan rapat..saangat rapat. Sampaikan, dia pernah cakap dekat mummy..dia nak kahwinkan anak dia dengan aku..

"Aku dah lama simpan perasaan dengan Amsyar..tapi, bila dekat je masa pertunangan, baru aku tau..anak yang dia maksudkan tu, Amsyar Haqiemi..adik kembar dia. Aku tak nak! Aku tak suka adik dia!"

Zahra merengus kasar. Sakit hatinya mengenangkan kisah lama itu.

"A..apa sebenarnya hubungan awak dengan Amsyar? Kenapa Ara..kenapa Ara aniaya Aaisyah macam ni?!"

"Sebab tu aku cakap kau ni bodoh! Aku ni..adik angkat Amsyar. Hubungan aku jaauh lebih rapat kalau nak dibandingkan dengan kau! Kau tak layak jadi isteri dia!" Zahra menunjal kepalanya dengan kasar.

Aaisyah hanya mampu terus menangis kerana sedih diperbuat begitu.

"Bagi betina ni makan. Aku tak nak dia mati lebih awal..sebelum dia tengok aku bahagia dengan Amsyar.." dia tersenyum lebar lantas keluar dari ruang bilik itu.

'Ya Allah..tolong aku! Awak..selamatkan orang..'

🌼🌼🌼🌼🌼

Beg yang dipegang jatuh tersembam ke bawah. Apa yang di dengar dari mulut Amsyar itu amatlah menyedihkan baginya.

"Along dah tau Ara tu macam mana kan? Kenapa along bagi dia berkawan dengan kak Aaisyah?! Meera takkan maafkan along kalau apa-apa jadi dekat akak!"

"Meera, along tengah serabut tu. Janganlah tambah pressure dia.." Haqiemi menenangkan keadaan.

"Along ingatkan dia..tak macam dulu, dia dah berubah. Tapi, kita tak tau lagi Zahra ada kena mengena ke dalam hal ni..

Balas Amsyar dengan nada lemah. Hatinya tak tenang dan terus berdoa agar isterinya selamat.

KERNA DIA ♡Où les histoires vivent. Découvrez maintenant