Bab 54 : Kejutan

712 37 12
                                    

Aaisyah tersenyum kecil melihat wajah ceria anaknya itu. Seronok bermain tanpa perlu menanggung rasa di dalam hati.

Satu keluhan dilepaskan perlahan-lahan. Dia berdiri dan berjalan sekitar taska miliknya itu.

"Mama! Let's play it together!"

Dia memandang anaknya seraya mengangguk. Permainan susunan abjad itu bermula dengan syarat siapa yang siap susun terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.

"Yeay! Mama, I'm the winner! I want this for the reward!" Ayra meletakkan jari telunjuk di pipi gebunya.

Aaisyah tersentak. Satu persatu klip bermain di minda.

"Abang menang! So, this is the reward."

"Hahaha sayang! Abang sampai dulu! Awak kalah..so, pleasee.."

"Here the winner hahaha! Sayang.."

"Ey papa that's not good!"

"That's okay for mama do it only to me. It's a sign for we love each other. Don't try it to someone okay?"

"Salah awak la ni. Buat benda bukan-bukan kat depan anak."

"Mama! Dengar tak Ayra cakap ni!?"

Aaisyah kembali ke alam nyata. Mata dipejam lama bagi menggelakkan diri dari menangis.

"Ye sayang? Sorry mama tak dengar tadi.." kepala Ayra diusap.

"Ayra cakap, Ayra rindu la kat papa..papa dah tak balik ke? Kenapa papa pergi lama-lama?" sayu suaranya.

Dia terdiam lagi.

'Sabar Aaisyah..sabar..'

"Mama pun rindu papa. Don't worry, satu hari nanti kita mesti boleh jumpa papa.."

"Kenapa papa pergi sorang-sorang? Kalau apa-apa jadi kat papa macam mana?" kanak-kanak itu semakin mendesak.

"N..no sayang, don't say that. Dah-dah, jom kita balik, dah lewat ni.." dia mendukung Ayra dan dibawa ke kereta.

Setelah memastikan semua pintu telah dikunci, Aaisyah memulakan perjalanannya untuk pulang. Ayra menjadi tantrum apabila tidak mendapat jawapan yang jelas dari Aaisyah.

Tidak lama itu, dia tertidur kerana kepenatan.

'Maafkan mama..'

Aaisyah memandu cermat untuk pulang ke rumah. Hatinya yang tidak senang dari tadi merunsingkan pemikirannya. Dia beristighfar sebanyak mungkin agar hatinya menjadi tenang.

"Baik aku buka pintu siap-siap. Tak sampai hati pula nak kejut Ayra.." dia meletakkan kereta di garaj itu dan bergerak ke muka pintu.

Tiba-tiba, dia mendapati pintu rumah itu tidak berkunci. Matanya membulat secara automatik kerana kecuaiannya. Tanpa berlengah, dia membuka pintu rumah itu dengan pantas dan..

"SURPRISE!!"

Aaisyah tercengang. Suara itu..

"Happy birthday sayang!" Amsyar mendekati dirinya dan mendakap tubuh isterinya yang masih terpaku dengan situasi itu.

'Birthday? Harini berapa hari bulan? Ha sudah birthday sendiri pun aku lupa..' getus hatinya.

"W..what is this Amsyar?! Bila awak balik? Kenapa tak bagitau?!" dia menolak badan Amsyar lantas lengan lelaki itu dipukul kuat.

"Sakitlah sayang! Hehe nama pun suprise kan? Mana boleh bagitau.." hidung Aaisyah dicuitnya.

"And, i'm soo surprise sekarang ni! Sampai hati awak balik senyap-senyap!" telinga Amsyar ditariknya.

KERNA DIA ♡Место, где живут истории. Откройте их для себя