Bab 39 : Anniversary

858 48 7
                                    

"Sedar tak sedar, hampir setahun juga aku hidup dengan Amsyar. Erin pula tunggu masa je nak bersalin..bakal dapat anak lelaki! Mesti comel! Insya Allah one day aku pun dapat macam tu.."

Walaupun kata-kata positif yang diungkapkan. Namun, jauh di sudut hati dia terkilan kerana masih belum dapat berikan zuriat kepada suaminya.

"Agak-agak dia ingat tak esok our first anniversary? Haha aku ni mana penting untuk dia. Berangan jela kau Aaisyah.." dia berdiri dan mula menapak ke tingkat atas.

*****

"Kau gila ke nak suruh aku buat macam tu?! Memang tak lah!"

"Why not? Bukannya aku suruh kau buat dekat ane mamak tu. Buat dekat isteri kau.." Amier membalas.

"Ha betul tu Am. Kau ni cuba jadi sweet sikit..tau nak baran je kerjanya. Okay apa Amier tu suruh kau buat.." Zikri menyokong kata-kata Amier tadi.

"Ey korang ni memang tak betul. Korang sendiri tau dia tu macam mana. Aku ni lagi..buat malu je nanti.." Amsyar berpaling ke arah luar restoran itu.

"Malu? Kau nak malu apa? Amsyar, perempuan ni sukakan suprise tau. Kau minta cadangan kitorang lepastu tak nak terima.." Nizam menjeling seraya memeluk tubuh.

Amsyar tergelak kecil melihat sahabat-sahabatnya itu. Terlintas satu idea di ruang benaknya.

"Aku rasa, aku tau nak buat apa.."

🌼🌼🌼🌼🌼

Aaisyah memberi salam dan menembusi pintu utama itu. Amsyar yang sedang ralit menonton televisyen itu di pandangnya. Harini, ya harini!

"Amsyar."

"Hmm.."

"Awak tau tak harini hari apa?" soalnya dengan nada teruja.

"Selasa.." balas Amsyar malas.

Aaisyah mendecit perlahan. Dia membetulkan kedudukan menghadap suaminya yang sangat fokus pada skrin televisyen itu.

"Bukan tu! Lain-lain..awak lupa ke?"

"Then? Betul lah harini Selasa? Apa yang bukan? Birthday kau kan lambat lagi. Why ni?" Amsyar mengangkat sebelah keningnya.

Raut wajahnya berubah.

"Oh. Haah betul la..harini Selasa. Awak mana pernah salah..erm..orang nak naik dulu la."

Amsyar menghantar pemergian Aaisyah dengan ekor mata. Setelah dia hilang dari pandangan, senyuman kecil terukir di bibirnya.

Malam itu.

Setelah doa diaminkan, Aaisyah bertafakur seketika di atas sejadahnya setelah selesai solat Isyak. Tekak yang terasa payau itu dibasahi dengan air yang dia telah siap isi di dalam botol.

"Mesti dia lupa kan? Dah cakap dah..kau ni berangan je lebih Aaisyah. Sikit pun kau tak bermakna dalam hidup dia.." katanya perlahan.

Beberapa saat kemudian..

"tsk..tsk..kalau..aku dapat bagi dia anak, mesti aku..penting bagi dia..tsk..tsk.." perutnya diusap perlahan.

Dalam masa yang sama, situasi yang berbeza..

"Okay relax Amsyar. Jangan nervous, jangan gelabah. Just chill. Huh..huh.." katanya di hadapan cermin itu.

Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan-lahan.

"Eish kau ni apahal?! Don't Amsyar, jangan fikir negatif." tangan naik menampar muka sendiri.

'Ketuk pintu, ajak dia makan. Then, settle. Simple.' tangan diangkat untuk mengetuk pintu.

KERNA DIA ♡Where stories live. Discover now