Amsyar meletakkan beg bagasi itu di dalam bonet kereta mereka. Segala kelengkapan itu direnung seketika sebelum pintu ditutup.
"Sayang! Dah siap ke belum tu?" laung Amsyar dari ruang tamu.
"Dah siap. Sekejap orang ambil anak kat atas.." kata Aaisyah sambil menyerahkan beg tangannya kepada Amsyar untuk dipegang oleh lelaki itu.
"No need sis. The boy's with his handsome uncle ngah here."
Haqiemi turun dari tingkat atas bersama anak kembar mereka, Aydan Hilmy dan Ayras Hafiy.
"Amboi-amboi..dah besar pun berdukung lagi. Tak malunya dia tu.." hidung anaknya dicuit Aaisyah.
"Hiks! Uncle ngah said dia sado..lagi sado dari papa. Abang Aydan yang suruh uncle dukung..kan, kan?" anak bongsunya itu cuba meyakinkan Aaisyah.
"Ehh abang pula kena. Awak yang beria nak tadi. Abang follow jee.." Aydan berpaling sambil memeluk tubuh.
"Need to correct that statement, perasan je kau tu sado konon. Along ni sebab tak ada masa je tau nak pergi gim..
"Kalau tak..bukan setakat six pack, 8 pack pun boleh dapat tau." Amsyar menjeling seraya membetulkan rambut anaknya yang sedikit serabut itu.
"Papa jealous la tu..hihi." Haqiemi berbisik-bisik dengan anak buahnya itu.
"Ish! Sembang apa lagi tu?! Uncle ngah, tu aunty Farah dah tunggu dekat luar! Kesian aunty duduk lama-lama kat situ!"
Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun itu muncul dari pintu utama sambil mendakap tubuh.
"Eh dah sampai? Kenapa tak call dulu?" Haqiemi bergegas berjumpa dengan 'Cik Tunangnya' itu.
Hanya perlu menghitung waktu saja untuk Haqiemi pula mendirikan rumah tangga.
Sebelum itu terjadi, Amsyar berhasrat untuk membawa semua keluarga besarnya untuk bercuti di salah satu tempat yang cukup terkenal di Malaysia.
"Ha jom la gerak. Umi dah sampai sana ke?" Amsyar bertanya kepada Aaisyah.
"Tadi abang Aamin call, dia cakap dah sampai villa sana. Dia pesan, sebelum kita sampai nanti belikan air mineral sebab dia terlupa.." balas Aaisyah seraya tersenyum kecil.
"Okay no hal. Nanti abang berhenti dekat mana-mana, abang belikan. Jom 'anak-anak-anak' papa masuk car cepat! Siapa lambat, kena tinggal.."
Amsyar berlari kecil sementara anaknya berkeliaran lari risau ditinggalkan papanya itu.
"B..banyak anak dia. Mana la dia belajar kata ganda macam tu.." Aaisyah menggeleng kepalanya lantas bergerak ke kereta.
Perjalanan selama hampir 1 jam itu diisi dengan gelak tawa dari anak-anak mereka dengan hiburan televisyen mini yang ada di dalam kereta itu.
Kesudahannya, mereka tertidur lena sehinggalah tiba di destinasi.
"Holla Cameron Highlands!"
STAI LEGGENDO
KERNA DIA ♡
Storie d'amoreSesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya... "Apa hal awak ni? Jangan sesuka hati pegang orang boleh tak?" -Aaisyah Hani "Eh suka hati aku la. Kau suami ke aku suami? Jangan la tinggal aku sorang sorang. Nanti jadi macam tadi lagi." -Amsya...