"Aku bawa Meera dengan mummy duduk rumah ibu. Kau settlekan la hal kau dengan kak Aaisyah dulu.." ujar Haqiemi yang sedang mengemas barangannya di dalam beg.
Amsyar yang hanya terdiam sambil bersandar di dinding itu direnung lama.
"Haih kau ni asal? Tak happy ke nak jumpa isteri sendiri? Ke..kau fikirkan Ara tu?" pandangan maut pantas di arahkan kepada Haqiemi membuatkan lelaki itu tergumam.
"Waste my time to thinking of her. Aku just..tak tau macam mana nak explain all this kat Aaisyah.."
"Kau ni benda simple pun nak aku ajar. Pergi la beli something yang dia suka then pergi jumpa dia. Slow-slow explain jela.."
Haqiemi sudah mengangkat begnya dan bersedia untuk keluar dari rumah itu.
Amsyar menggaru lehernya kerana masih buntu bagaimana dia mahu menjelaskan segalanya nanti.
"Am..mummy minta maaf bagi pihak Ara. Mummy tau..apa yang Ara buat, tak mudah untuk Am dengan isteri Am maafkan..tapi, mummy merayu ye..maafkan kami."
Dia memandang wajah wanita yang berada di hadapannya itu. Nafas kasar dilepaskan sebelum mula berkata.
"Mummy tinggal dengan Qiemi dulu ya. Amsyar ada hal sekarang..assalamualaikum."
Tanpa membalas pernyataan Puan Hajar, dia berlalu ke arah keretanya dan berlalu pergi.
"Mummy..jom kita pergi rumah ibu dulu. Along tengah panas lagi tu..nanti kita cuba pujuk dia lagi ye?" Ameera mengusap lembut bahu Puan Hajar.
Mereka juga berlalu meninggalkan kediaman Amsyar dan Aaisyah itu.
🌼🌼🌼🌼🌼
Sedang asyik Aaisyah menyusun pinggan di meja untuk makan tengah hari itu, kedengaran bunyi loceng rumah memenuhi ruang dapur itu.
"Huh? Siapa datang?" soal Aaisyah kebingungan.
"I guess..can you please open the door for me?"
Dia mengangguk perlahan. Perut diampu kemas dan dia berjalan ke arah pintu utama itu. Sementara, Puan Lim tersenyum penuh makna di situ.
"Ya, cari siapa?" Aaisyah bertanya kepada seseorang yang berpaling darinya itu.
"Assalamualaikum sayang." Amsyar terus menghadap Aaisyah sambil menghulurkan sejambak bunga.
Aaisyah kaget. Wajahnya kosong melihat orang yang sudah lama di rindui itu berada di hadapannya kini. Tanpa disedari, air mata bergenang di tubir mata.
Dia menangis kerana merajuk dengan Amsyar lalu dia berlalu ke laman rumah Lim. Dia cuba mendapatkan tangan Aaisyah tapi gadis itu pantas menepis.
"Sayang! Okay fine, abang minta maaf datang lambat. Abang buat semua ni bersebab Aaisyah.." ujar Amsyar sambil dibelakangkan gadis itu.
"Kenapa datang? Baik tak payah kalau macam ni. Orang lama tunggu tau tak?!" Aaisyah berkata sambil memeluk tubuhnya. Pandangan dibawa jauh dari Amsyar.
"Sorry kay? Abang nak selesaikan seemuanya hal dulu baru. Dah settle, baru boleh bawa awak dengan anak kita balik. So now, abang datang ni!" Amsyar cuba menceriakan suasana.
Mendengar itu, pantas Aaisyah memandang ke arah Amsyar sambil air mata masih belum kering.
"Awak jahat! Sampai hati awak tak tolong orang awal-awal! Orang sakit semua tu sorang-sorang! Benci awak!" dada Amsyar dipukulnya beberapa kali.
Dia pantas memeluk isterinya itu sambil menenangkan Aaisyah.
"Sorry dear..i'm really sorry. Dah-dah tak mau menangis..abang ada ni.."
VOCÊ ESTÁ LENDO
KERNA DIA ♡
RomanceSesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya... "Apa hal awak ni? Jangan sesuka hati pegang orang boleh tak?" -Aaisyah Hani "Eh suka hati aku la. Kau suami ke aku suami? Jangan la tinggal aku sorang sorang. Nanti jadi macam tadi lagi." -Amsya...