Bab 13 : Kembar?

895 48 3
                                    

Sejak bergelar penganggur terhormat, masa Aaisyah banyak dihabiskan di rumah saja. Dari satu perkara ke satu perkara dia lakukan untuk menghilangkan rasa bosan.

Tiba-tiba, petikan loceng rumah kedengaran.

"Hai! Assalamualaikum.."

Aaisyah mengerutkan dahinya apabila melihat susuk tubuh di hadapannya itu.

"Amsyar? Bukan ke awak kat atas?"

"Woi kau dah sampai? Masuklah.." suara yang sangat dikenalinya itu kedengaran dari belakang.

Semakin pelik gadis itu apabila melihat ada dua Amsyar di situ.

"Eh, sekejap. Ni siapa? Kenapa muka dia macam awak?" Aaisyah kebingungan.

"Haih kau ni..ni adik kembar aku, Amsyar Haqiemi." terang Amsyar.

Aaisyah tercengang. Kembar? Wah! Memang sepadan sungguh wajah mereka ni cuma bezanya Amsyar Haqiem ada tahi lalat di sebelah kening kirinya dan Amsyar Haqiemi pula di sebelah kening kanan.

"Kenapa balik Malaysia? Korea dah bosan ke?" Amsyar menyoal adiknya.

"Bukanlah along. Aku saja nak cuti panjang..kerja sana tu dahlah banyak. Ikutkan aku nak balik rumah ibu tapi aku rasa nak singgah sini for a days. Tak salah kan?" jelas Haqiemi.

"Heh..kerja memanglah, sampai bila pun tak habis. Kau jangan lama sangat dekat sini..nanti apa pula ibu cakap? Balik sana jumpa dia.." Amsyar mula bersuara.

Matanya memandang Aaisyah yang hanya diam membisu di situ.

"Kau ni kenapa? Selalu membebel macam tak ada hari esok..ni diam je apahal?"

"Suka hati oranglah..awak ni menyibuk je. Membebel salah, tak membebel salah." Aaisyah menjeling.

Haqiemi hanya tertawa kecil melihat gelagat kakak iparnya itu.

"Oh ha nah kak! Qiemi ada belikan hadiah untuk korang sebagai tanda sorry tak dapat balik masa korang nikah.." Haqiemi menghulurkan beberapa beg kertas kepada Aaisyah.

"Kak? Er..hehe terima kasih.." kelakar baginya kerana umur Haqiemi lebih tua darinya tetapi perlu bahasakan 'kakak'.

"Along, aku nak solat dulu lah. Lagipun penat dalam flight pun tak habis lagi ni.." Haqiemi sudah mula berdiri dan mengambil semua barangnya.

"Ha yela, meh aku tunjuk bilik.."

Malam itu..

"Aku nak cakap sikit." Amsyar menegur Aaisyah yang sedang ralit bermain dengan telefon pintarnya.

"Cakaplah."

"Bukan dekat sini." Amsyar menarik tangan Aaisyah dan terus membawanya ke dalam biliknya.

Amsyar mengunci pintu itu dari dalam. Berderau darah Aaisyah melihat tindakan lelaki itu lalu dia melangkah setapak ke belakang.

"A..awak ni dah kenapa? Kenapa kunci pintu tu?"

Suaminya itu menghadap Aaisyah yang sudah mula cuak sambil tersenyum sinis.

"Otak kau ni kotor juga eh? Aku nak cakap yang..selagi Haqiemi ada dekat sini, kau kena stay kat bilik ni.."Amsyar duduk di kerusi mejanya.

"Lah? Dah kenapa pula orang nak kena tinggal sini? Sebilik dengan awak pula tu. Tak naklah." Aaisyah memeluk tubuh seraya berjalan ke arah pintu.

"Jangan banyak soal boleh tak? Kau nak ke dia tau yang kita tak tidur sebilik? Kalau parents kita tau macam mana?" jelas Amsyar.

KERNA DIA ♡Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang