Tak Mungkin Hilang

821 17 0
                                    

Kalau yg dah baca Kala Hati Terusik, mesti ingat lagi watak Dani dan Maya. InsyaAllah buku ni dijangka siap awal Mac. Tempahan dah ditutup sebenarnya. Buku dalam proses di kilang. Tetapi bagi mereka yang berminat, blh wasap akak 0129284568. Sebb akak ada beli lebih UTK simpanan sendiri.

Teaser #tmh

“Kenapa baru sekarang awak nak ambil berat tentang saya? Kenapa bukan tiga tahun yang lepas?”

“Kita makan dulu. Depan rezeki, tak baik kita bergaduh.”

“Baik. Lepas saya habiskan makanan ni, boleh awak jelaskan kenapa sekarang awak nak muncul?” Laju Maya menyoal.

Maya sudah tidak mampu bersabar lagi. Sikap Dani semakin aneh. Sebentar tadi, lelaki itu tiba-tiba saja memeluknya dengan erat. Mahu saja dia menampar diri sendiri kerana langsung tidak menghalang perbuatan Dani.

  Mujurlah bunyi loceng bilik yang menyedarkan mereka berdua. Dan sekarang, Dani masih lagi berlagak tenang seolah-olah antara mereka tidak pernah ada sejarah gelap.

“Kalau abang jawab dengan jujur, bolah Maya dan Danish tinggal dengan abang semula?”

Terdiam Maya. Lidahnya menjadi kelu. Terkejut juga dia dengan permintaan Dani.

“Diam tu untuk apa? Setuju atau tidak.”

“Saya tak nak hidup dengan awak lagi, Dani.”

“Kalau macam tu, tak ada gunanya abang jawab soalan Maya.”

“Tak semudah tu untuk saya kembali kepada awak. Tiga tahun! Tiga tahun awak tinggalkan saya hanya kerana sekeping gambar. Dan sekarang, awak muncul hanya nak saya kembali. Pernah tak awak ada rasa bersalah terhadap saya? Sejak kita berjumpa tempoh hari, sampai sekarang, awak tak pernah lafazkan kata maaf. Susah sangat ke untuk awak sebut perkataan tu!”

❤️

Blurb Tak Mungkin Hilang ( spin off Kala Hati Terusik)

Dani Ariq dan Maya Sofea…
Masing-masing pernah ada sejarah hitam. Mereka bersatu demi memenuhi matlamat masing-masing. Siapa sangka, perasaan cinta dan sayang mulai hadir di dalam diri mereka selepas berkahwin. Namun pelangi yang mewarnai rumah tangga mereka tidak kekal bertahan.

Hadirnya Puan Alya dan Fateh, menjadikan rumah tangga mereka retak menanti belah. Kepercayaan yang diberi oleh Dani musnah dalam sekelip mata.

“Kau tak perlu berpura-pura baik depan aku lagi. Topeng yang ada di muka kau tu, aku rasa kau dah boleh tanggalkan.”- Dani Ariq
Hidup Maya hancur ditinggalkan Dani. Terasa dirinya cukup hina disebabkan lelaki itu mengungkit kekurangan dirinya. Munculnya Dani di saat Maya sudah berjaya berdiri di kaki sendiri. Hati Maya lebih parah meliha Dani sudah bahagia di sisi wanita lain.

“Ya, saya mengaku... saya perempuan yang kotor. Tetapi awak lupa, perempuan jahat selalunya bersama dengan lelaki yang jahat. Dan awak tahu siapa lelaki bertopengkan malaikat yang pernah muncul dalam hidup saya sebelum ni.” Maya Sofea

Kemunculan lelaki itu penuh dengan misteri. Peperangan dua hati bermula. Belum sempat peperangan tamat, satu kejadian buruk berlaku. Harapan untuk bersama semakin nipis.

Siapakah yang paling menderita sepanjang mereka berpisah?

Benarkah rasa cinta di antara mereka sudah hilang?

Benarkah rasa cinta di antara mereka sudah hilang?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kala Hati Terusik (Sold Out)Where stories live. Discover now