Teaser comel🙈

2.6K 77 9
                                    

salam jumaat uolssss 😘😘

meh order novel KALA HATI TERUSIK. Sbb 50 % penambahan plot dr versi asal😘

“Sarah, pakaikan tali leher ni,” arah Hakim yang sedang memasang butang di lengan baju.

Tercengang Sarah. Belum pernah lagi dia disuruh untuk memakaikan tali leher.

“Sarah tak pandai, abang.”  Lebih baik Sarah bersikap jujur. Nanti lain pula yang jadinya kalau dia yang mengikat tali leher itu.

“Sini, abang ajar,” arah Hakim.
Perlahan-lahan Sarah mendekati Hakim di hadapan meja solek.

Terkejut Sarah saat tubuhnya di tarik supaya duduk di hadapan Hakim. Tali leher dipakaikan ke leher Sarah. Hakim masih lagi berdiri di belakang tubuhnya.

“Tengok abang pakaikan. Sarah kena belajar dari sekarang. Sekurang-kurangnya nanti Sarah boleh pakaikan untuk abang.”

Meremang bulu roma Sarah saat terasa hembusan nafas Hakim menampar di cuping telinganya. Walaupun mereka sudah lebih seminggu bergelar suami isteri, Sarah masih belum biasa berada dalam keadaan seperti ini.

Sarah cuba memberi perhatian terhadap cara yang ditunjukkan oleh Hakim. Ralit dia memerhati cara Hakim memakaikan tali leher itu. Harap-harap, dia ingatlah segala langkah yang diajar. Kalau tidak, terpaksalah dia melihat di laman youtube nanti.

“Siap. Dapat ingat tak?” Tali leher itu ditanggalkan dari leher Sarah. Tali leher itu disangkut ke lehernya pula.

“Insya-Allah, Sarah cuba ingat…”

Sarah kemudian berpusing menghadap Hakim. Dia mengemaskan tali leher yang diikat oleh Hakim tadi. Terkejut Sarah apabila pinggangnya tiba-tiba dirangkul oleh lengan sasa itu.

😁😍😍

Untuk dapat harga istimewa blh hubungi penerbitan brothers 019-9067097😘😘😘

Kala Hati Terusik (Sold Out)Where stories live. Discover now