Teaser Kala Hati Terusik😘
“Kak Sarah mesti pandai masak kan?”
“Eh, tak adalah. Kak Sarah pun masih lagi belajar,” kata Sarah merendah diri.
Raihan tersenyum melihat Sarah dan Zulaikha dapat berbual mesra. Sudah lama dia tidak melihat anak tunggalnya berbual seperti itu sejak mereka kehilangan Nazri.
“Mak teh tengok cara Sarah potong ayam tu pun, mak teh dah boleh tahu Sarah ni cekap di dapur,” kata Raihan pula.
“Betul tu umi. Patutlah Abang Hakim tu makin berisi,” seloroh Zulaikha.
Sarah dan Raihan tergelak lucu. Memang benar Hakim sekarang kelihatan semakin berisi. Baru dua minggu berkahwin, badan Hakim sudah mengembang. Terpaksalah Sarah mengawal pemakanan suaminya selepas ini.
“Lama ke balik sini?” soal Raihan sambil memotong sayur.
“Cadangnya, seminggu kami di sini. Abang Hakim tak dapat nak cuti lama sangat…”
“Hakim tu memang gila kerja. Ibu dia selalu membebel kata Hakim tu kerja kuat sangat sampai nak balik kampung pun susah. Harap-harap lepas dah kahwin ni, Hakim tu kuranglah baran dia…”
Sarah hanya tersenyum. Tidak dinafikan apa yang dikatakan oleh Raihan itu ada benarnya. Jika di rumah, Hakim suka bekerja sehingga lewat malam di bilik kerja. Sikap panas baran Hakim pula hanya akan muncul jika Sarah melakukan kesilapan seperti tempoh hari.
“Assalamualaikum...” Tiba-tiba ada suara garau seorang lelaki dari arah pintu dapur memberi salam.
“Waalaikumussalam, siapa pula tu?”
Raihan pergi ke pintu dapur untuk melihat tetamu yang datang. Mujurlah ketika itu mereka bertiga sudah memakai tudung.
“Eh, Yusof. Cari walid ke? Dia dah ke masjid…”
Sarah memandang ke luar pintu dapur. Ada seorang lelaki yang memakai pakaian formal sedang berbual dengan Raihan. Tiba-tiba sahaja Zulaikha bergegas ingin naik ke atas.“Ika…”
Mati langkah Zulaikha mendengar Raihan memanggilnya. Sarah sekadar memerhati sahaja adegan itu.
“Pergi jumpa Yusof. Ada hal penting dia nak bincang,” arah Raihan dengan suara yang tegas.
“Ika tak nak.” Laju Zulaikha menjawab.
“Kalau Ika tak nak, jangan salahkan abang kalau abang ambil Naz balik ke rumah ibu,” ugut Yusof.
Wajah Zulaikha berubah pucat. Dalam keadaan terpaksa, Zulaikha keluar juga dari rumah itu.
“Siapa tu mak teh?” soal Sarah.
“Itu Yusof. Abang tiri arwah suami Ika,” kata Raihan.
“Kenapa dia marahkan Ika tadi?” Pelik juga dia melihat lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan Zulaikha.
Raihan mengeluh lemah.
“Memang salah Ika. Dia degil sangat. Sepatutnya Ika tu kena ke hospital tapi awal-awal lagi dia nak berhenti terima rawatan.” Wajah Raihan berubah menjadi keruh.
Terasa bersalah pula Sarah bertanyakan soalan yang sensitif itu.
“Errr… mak teh, hari ni biar Sarah yang masak. Sarah nak masak gulai ayam. Boleh?” Sarah cuba mengubah topik perbualan mereka.
“Elok sangat tu. Dah lama kami tak pekena gulai ayam.” Seloroh Raihan.
Sarah tersenyum gembira. Dia segera membasuh ayam di singki. Sempat dia melihat kelibat pasangan itu sedang berbual di pangkin melalui cermin tingkap. Kedua-duanya kelihatan sangat serius.Tidak mahu mencampuri urusan mereka, Sarah segera menyediakan bahan untuk menumis gulai ayam.
😊😊
Berminat utk dapatkan Kisah Sarah dan Hakim, wasap akak 0129284568.
Nk kombo dengan buku terbaru akak pun blh. Kala Hati Terusik ready stok. Jika beli dengan kombo, buku akan dipos pada bulan Julai.Harga Single Kala Hati Terusik
Rm30
Pos laju rm8
Atau flexi rm5Jika beli dalam bentuk kombo, free postage.
YOU ARE READING
Kala Hati Terusik (Sold Out)
No FicciónHakim dan Sarah dua insan yang berbeza dari segi latar belakang hidupnya kedua-dua hanya satu sahaja persamaan pernah ditinggalkan oleh insan yg dicintai saat Hakim ditinggalkan oleh kekasih hatinya, dia pasrah... pilihan keluarga diterima tanpa ra...