Teaser💖💖

1.7K 38 5
                                    

Teaser...

Sudah hampir tiga jam dia berjalan tanpa hala tuju. Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Sarah masih enggan pulang ke rumah kerana terlalu marah. Dia sengaja duduk di kawasan tasik untuk menenangkan diri.

Tiba-tiba, terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Melihat nama suaminya yang muncul di skrin telefon itu, Sarah semakin bengang. Mahu saja dia mencampak telefon itu ke dalam tasik.

Dia hanya membiarkan telefon itu berbunyi lama. Tidak lama kemudian, dia menerima kiriman mesej pula. Mesej itu dibuka dengan perasaan bercampur baur.

Sarah pergi mana? Abang dah ada di rumah. Balik sekarang juga! - Hubby

Sarah tergelak sinis. Dia langsung tidak gentar dengan amarah Hakim. Tanpa rasa bersalah, bekal makanan tadi dibuang ke dalam tong sampah. Tiada sebab dia perlu membuat kejutan lagi.

Dia pulang ke rumah dengan menaiki kereta sewa. Sepanjang dalam perjalanan ke rumah, bayangan tubuh Maya memeluk tubuh Hakim masih segar dalam ingatannya. Tangannya dikepal kuat menahan rasa marah. Kepercayaannya terhadap Hakim musnah dalam sekelip mata.

Sebaik sahaja dia sampai di rumah, kereta Hakim sudah berada di luar rumah. Sarah masih berlagak selamba masuk ke dalam rumah. Ketika itu, Hakim sedang duduk di ruang tamu. Dia lekas mendekati Hakim dan bersalam seperti biasa. Saat Sarah ingin menarik tangannya kembali, Hakim enggan melepaskan tangan Sarah.

Tajam mata Hakim merenung wajah Sarah. Hatinya bertambah sakit saat melihat Sarah masuk ke dalam rumah tanpa rasa bersalah.

“Sarah ke mana?” Keras suara Hakim menyoal.

Dia terkejut apabila pulang dari rumah, kelibat isterinya tidak ada. Sarah tidak pernah keluar tanpa izin darinya. Melihat penampilan isterinya yang cantik, semakin membuatkan Hakim bertambah curiga.

“Sarah ambil angin dekat kawasan sini. Maaf, sebab tak bawa telefon...” Bohong Sarah.

Berkerut dahi Hakim mendengar alasan itu.

“Kawasan sini? Kenapa sampai dua jam Sarah keluar?”

Dia yakin, Sarah sedang berbohong. Sudah hampir dua jam dia berada di rumah. Puas dia menghubungi si isteri. Namun, satu panggilan pun tidak dijawab.

“Sarah keluar berbual dengan Amira. Maaf sebab terlupa minta izin dengan abang.” Kali ini Sarah menarik tangannya dengan kuat.

Tersentak Hakim dengan reaksi Sarah. Saat Sarah ingin ke bilik, lengan Sarah disambar sekali lagi.

“Abang tak habis cakap lagi. Sarah ada sembunyikan sesuatu dari abang ke?”

Teringat tentang pengakuan Maya, Hakim cuba mengorek rahsia itu dari Sarah. Jujur, dia agak terkilan kerana Sarah enggan berkongsi perkara yang penting itu bersama dengannya. Bukankah Sarah yang tidak jujur?

Sarah menoleh memandang Hakim. Wajah Hakim dipandang lama. Mahu saja Sarah bertanyakan tentang Maya. Namun, dia mahu melihat sejauh mana Hakim ingin merahsiakan perkara itu.

“Sarah tak ada sembunyikan apa-apa. Abang pula, ada ke sembunyikan sesuatu dari Sarah?” soal Sarah kembali.

Hakim semakin pelik dengan reaksi Sarah. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan isterinya hari ini.

“Tak ada sayang. Abang tak ada rahsiakan apa-apa...” Yakin Hakim berikan jawapan.

Sarah semakin kecewa. Dia berharap agar Hakim bersikap jujur dengannya. Sekurang-kurangnya, Hakim tidak lupa yang  hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan mereka.

“Sarah nak masak untuk makan malam,” kata Sarah sambil cuba melepaskan tangannya dari cengkaman Hakim.

“Tak payah masak. Malam ni, kita makan di luar...”

“Sarah tak nak keluar. Sarah penat,” kata Sarah dengan nada yang dingin.

Hakim agak terasa hati dengan layanan Sarah. Namun dia menganggap perkara ini disebabkan perubahan hormon ibu mengandung. Terpaksalah dia menangguhkan untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka.

“Kalau macam tu, abang belikan makanan di luar.” Akhirnya, Hakim mencadangkan untuk membeli makanan sahaja. Tidak sampai hati pula dia  membiarkan Sarah masak dalam keadaan tubuh yang masih penat.

“Ikut abanglah. Sarah nak berehat dulu...” Lekas Sarah berlalu pergi untuk ke bilik mereka.

Terpinga-pinga Hakim ditinggalkan begitu. Fikirannya semakin keliru dengan perubahan sikap Sarah yang tiba-tiba sahaja bersikap dingin.

💖

Bila kepercayaan diuji, tak tahu nk salahkan siapa...😅
Ready stock..
Berminat wasap 0129284568
Berminat blh dapatkan melalui Penerbitan Brothers

Kala Hati Terusik (Sold Out)Where stories live. Discover now