Teaser 😍😍

2K 46 4
                                    

Kala Hati Terusik ( Mia Azwari) Ready stok😍

“Kenapa dia muncul sekarang?” Perkara itulah yang merisaukan Hakim. Dia takut jika lelaki itu masih merancang perkara yang tidak baik demi mendapatkan Sarah.

“Saya tak tahu kenapa dia muncul sekarang. Selepas kami berpisah, saya memang tak pernah berhubung dengan dia lagi…”  Bergenang tubir mata Sarah. Sedaya upaya Sarah cuba mengawal perasaannya dari menangis di hadapan Hakim.

Hakim menarik nafas dengan agak berat.

“Kalau awak ditinggalkan tanpa alasan, saya pula ditinggalkan dengan alasan,” kata Hakim dengan senyuman sinis.

Terkebil-kebil mata Sarah memandang Hakim.

“Alasan apa?”

“Saya bukan lelaki idaman dia. Kelakar kan? Hampir tiga tahun kami bercinta, tiba-tiba dia minta putus dengan alasan yang tak masuk akal…”

Tergamam Sarah. Pasti Hakim lebih kecewa kerana bekas kekasihnya sanggup berkata begitu.

“Saya bukan lelaki yang pandai memujuk, romantik dan suka membuat kejutan kepada pasangan saya. Itu bukan diri saya. Kalau awak sanggup hidup dengan saya untuk seumur hidup, awak perlu bersedia…”

Lebih baik dia berterus terang. Bagi Hakim, sekali dia melafazkan akad, biarlah sekali dalam seumur hidupnya. Dia tidak mahu Sarah menyesal memilihnya sebagai suami kelak.

Sarah tersenyum nipis. Ada rasa kagum di hati Sarah kerana Hakim tidak malu untuk menceritakan tentang kelemahan diri sendiri.

“Macam mana awak terima kekurangan diri saya, macam tu jugalah saya akan terima segala kekurangan  pasangan saya. Satu saja yang saya minta dari awak lepas kita berkahwin. Saya harap awak boleh tunaikan,” pinta Sarah.

“Apa dia?”

“Kejujuran... itu yang saya nak dari awak. Andai kata, awak dah tak perlukan saya satu hari nanti, tolong pulangkan saya secara baik kepada keluarga saya...”

Tergamam Hakim. Tubuhnya terus menjadi tegak.

“Awak tak yakin dengan perkahwinan kita ni?” Belum berkahwin lagi, sudah terfikir sejauh itu. Tercabar juga Hakim dengan permintaan Sarah.

Sarah menggeleng perlahan.

“Bukan macam tu maksud saya. Saya percaya kepada jodoh yang diatur untuk saya. Saya cuma harapkan perkahwinan kita ni berlandaskan kejujuran. Itu sangat penting buat saya. Tak salah, kalau awak tunaikan permintaan saya. Saya janji, sepanjang saya bergelar isteri awak, saya akan bersikap jujur dengan awak...”

Hakim menarik nafas lega. Dia sedar perkahwinan yang diatur oleh keluarga mereka, sedikit sebanyak memberi keraguan dalam diri Sarah. Lebih-lebih lagi setelah dia mengaku memilih Sarah kerana ingin melupakan Maya.

“Insya-Allah, saya akan tunaikan. Habiskan makanan tu dulu. Kejap lagi saya nak bawa awak cari cincin dan gelang.”

Bulat mata Sarah memandang Hakim.

“Awak datang ke sini sebab nak cari barang kemas untuk saya?” Laju Sarah menyoal.
Hakim sekadar mengangguk kepala. Sarah mengeluh lemah.

“Kenapa perlu susahkan diri? Saya tak perlukan semua tu…” Ada rasa bersalah kerana telah menyusahkan Hakim untuk datang ke sini semata-mata membelikan dia barang kemas.

“Tak susahnya. Itu tanggungjawab saya. Saya ambil cuti dua hari untuk uruskan semua ni.  Lepas kita beli cincin dan gelang, saya hantar awak balik. Saya pun dah tempah hotel dekat area bandar…”

Sarah terpaksa akur. Hendak dibantah, tidak sampai hati pula. Lagipun, Hakim sudah berada di sini. Namun dia baru teringatkan sesuatu. Baju yang tersarung di tubuhnya ditilik sekilas.

“Baju saya ni kotor. Awak tak malu ke keluar dengan saya dalam keadaan macam ni?”

Hakim memandang pakaian Sarah. Lama dia merenung wajah itu sehingga Sarah menunduk malu. Terasa berbeza betul cara Hakim memandangnya tadi.

“Saya tak kisah. Awak pakai macam ni pun, dah nampak cantik. Habiskan makanan tu cepat. Cepat makan, cepatlah saya hantar awak balik,” gesa Hakim sekali lagi.

Makin berbahang wajah Sarah. Lekas dia menghabiskan makanannya kerana tidak mahu melengahkan masa Hakim. Sesekali, Sarah mencuri pandang wajah lelaki itu.

💓

Berminat blh wasap akak 0129284568😘

Kala Hati Terusik (Sold Out)Where stories live. Discover now