Garang2 si Hakim, cair juga dia😍 (versi belum edit)
“Lewat abang balik…” Sarah masih lagi memeluk tubuh Hakim.
“Ada kerja sikit. Sayang dah siap kemas baju ke?”
“Belum lagi. Sarah tertidur tadi…”
Hakim makin mengeratkan pelukan mereka. Dia sebenarnya takut jika Maya membuat hal sehingga Sarah salah faham. Dalam keadaan isterinya mengandung sekarang, Hakim tidak mahu emosi Sarah terganggu.
“Abang nak mandi dulu ye. Nanti, abang tolong Sarah kemas baju…” Pelukan dileraikan sedikit. Satu ciuman hangat diberikan di dahi Sarah.
Sarah mengangguk perlahan. Dia membantu Hakim menanggalkan butang baju kemeja sehingga habis. Hakim segera memegang tangan nakal Sarah yang cuba membuka tali pinggangnya.
“Sayang… jangan nak nakal-nakal ye. Nanti lain jadinya…” Hakim cuba memberi amaran.
Makin seronok pula Sarah ingin menyakat Hakim.
“Jadi apa?” Sarah semakin mendekatkan tubuhnya dengan Hakim. Dada Hakim yang terdedah itu dicium sekilas.
Turun naik halkum Hakim dengan reaksi menggoda isterinya. Sah, ini pembawakan budak. Jarang Sarah ingin menggoda dia seperti ini.
“Sarah…” Sekali lagi Hakim cuba memberi amaran.
“Ye, abang…” Sarah meniup perlahan di telinga si suami. Hampir sahaja dia tergelak kerana dapat merasakan tubuh Hakim menjadi keras.
Tiba-tiba Sarah dapat merasakan tubuhnya seperti melayang ke udara. Terjerit kecil Sarah dibuatnya. Nasib baik dia sempat memeluk leher Hakim dengan kemas.
“Sarah yang nakal sangat. Jangan salahkan abang kalau kita lambat keluar hari ni…” Hakim tersenyum senget.
Bulat mata Sarah kerana Hakim sudah mencempungnya sehingga ke bilik air. Sebaik sahaja pintu bilik air ditutup rapat, bibir Sarah turut terdiam saat Hakim mengunci bibirnya.
😘 Blh nampak tak ada perbezaan versi dulu dan br?
YOU ARE READING
Kala Hati Terusik (Sold Out)
Non-FictionHakim dan Sarah dua insan yang berbeza dari segi latar belakang hidupnya kedua-dua hanya satu sahaja persamaan pernah ditinggalkan oleh insan yg dicintai saat Hakim ditinggalkan oleh kekasih hatinya, dia pasrah... pilihan keluarga diterima tanpa ra...