Teaser...
Teaser secoet💓
“Hakim? Betul kan ni Hakim?”
Hakim dan Sarah menoleh ke arah suara itu. Wajah Sarah berubah pucat. Menggigil tubuhnya melihat lelaki yang sudah berusia itu.
“Uncle...”
Hakim menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Syuib. Sudah hampir setahun juga mereka tidak bertemu selepas dia berpisah dengan Maya. Ada rasa bersalah di hati kerana tidak menjemput Syuib ke majlis bahagianya.
“Dah lama kita tak jumpa. Ini... siapa?” Sengaja Syuib bertanya walaupun dia tahu Hakim sudah berkahwin.
“Err... ini isteri saya, Sarah.”
Sarah lekas menundukkan wajahnya. Dia sebenarnya cuba mengelak dari bertentangan mata dengan lelaki itu.
Wajah Syuib agak berubah saat mendengar nama itu. Lama matanya menjamah wajah Sarah. Sarah semakin tidak selesa apabila Syuib sedang merenung lama ke arahnya. Blh dapatkan dgn
“Abang, Sarah nak ke tandas.” Sarah segera beredar tanpa menunggu balasan Hakim.
Hakim sekadar mengangguk perlahan. Tergamam Syuib saat melihat cara Sarah berjalan. Dadanya semakin berdebar. Tak mungkin…
💓jeng jeng jeng... siapa pula si Syuib ni. Hampa kena baca br tahu apa perkara besar yg Sarah sembunyikan dari Hakim😘 Blh dapatkan dengan pihak Penerbitan Brothers. Satu lagi nk pesan, baca kisah Hakim n Sarah, sedia tisu deh... walaupun happy end tapi realiti kehidupan sebenar, ada terselit dalam novel ni. Moga dijadikan pengajaran😊
Di sini akak tawarkan rm55 utk dua buku di atas termsk pos ke sm. Hanya terhad utk 10 set shj.
Kala single rm30 tak termsk postage
Ktt single rm26 tak termsk postage
Kalau beli dua buku ni, jimat sangat😍Berminat wasap 0129284568. Tempahan hanya dibuka utk 10 set. Tq🤗
YOU ARE READING
Kala Hati Terusik (Sold Out)
SaggisticaHakim dan Sarah dua insan yang berbeza dari segi latar belakang hidupnya kedua-dua hanya satu sahaja persamaan pernah ditinggalkan oleh insan yg dicintai saat Hakim ditinggalkan oleh kekasih hatinya, dia pasrah... pilihan keluarga diterima tanpa ra...