Teaser...
#kht
“Kak Sarah ada masalah ke? Dari jauh lagi kami tengok muka Kak Sarah macam asam kecut. Ada masalah dengan suami ke?” Dayana cuba mengorek.
Sarah tergelak kecil cuba menghilangkan rasa janggal. Sejak mereka berkawan, Sarah tidak pernah merahsiakan tentang statusnya sebagai isteri orang. Namun, dia masih tidak memberitahu siapa suaminya yang sebenar. Bukan niat Sarah untuk berahsia tetapi dia tidak mahu menjadi perhatian.
“Pandailah korang berdua ni. Kak Sarah cuma mengantuk aje.”
“Baguslah kalau Kak Sarah okey. Jangan jadi macam Sir Hakim tu. Pagi-pagi dah mengamuk.”
Tersentak Sarah mendengar nama itu disebut. Pagi tadi, kelas mereka berbeza. Dia yakin, Dayana dan Izati berada di kelas yang diajar oleh Hakim.
“Kenapa dia mengamuk?” Sengaja Sarah bertanya.
Dayana angkat kedua bahunya tanda tidak tahu. Terdengar keluhan panjang daripada bibirnya.
“Stress kami pagi ni. Kami bukannya tak suka masuk kelas dia tapi tak tahan dengan Sir Hakim. Ramai senior kata dia tu memang panas baran mengalahkan singa,” kata Izati.
“Si… singa?” Hampir tak terkeluar perkataan itu dari bibir Sarah.
Terlalu garang ke suaminya sehingga dikatakan seperti singa?
“Ye, betul Kak Sarah. Kami dah serik masuk kelas dia lambat m. Lewat seminit pun, bernanah telinga kami ni dengar bebelan singa tu.” Bukan main lagi Dayana bercerita.
“Betul tu. Kesian kami dengan isteri Sir Hakim. Dengar cerita, Sir Hakim tu baru berkahwin. Ada juga yang nak berkahwin dengan singa tu,” celah Izati dengan wajah berkerut.
Air liur ditelan terasa pahit. Dia yang tinggal serumah dengan lelaki itu sudah mula berasa gerun. Sudahlah tadi dia sengaja tidak menjawab panggilan Hakim. Janganlah di rumah nanti lelaki itu bertukar menjadi singa.
“Eh, itu Sir Hakim.”
Tegak tubuh Sarah ketika ini. Melihat wajah serius Hakim sedang berjalan ke arah mereka, tidak mustahil dia bakal berhadapan dengan masalah.
“Dia datang sinilah,” bisik Izati dengan perlahan.
Sarah lekas menundukkan wajahnya. Cuba menyembunyikan diri. Namun semuanya sudah terlambat apabila Hakim berdiri tegak di hadapan mereka bertiga dengan wajah yang tegang. Sah, suaminya sudah bertukar menjadi singa.
“Errr… kenapa Sir. Sir cari kami ke?” Pelik juga Dayana. Tiba-tiba sahaja pensyarah mereka ini berdiri tegak di hadapan meja yang sedang mereka duduki itu.
“Saya nak jumpa dengan isteri saya. Sarah, ikut abang sekarang.”Agak tegas nada suara Hakim ketika ini.
“Isteri!” Tercengang Dayana dan Izati. Mereka saling berpandangan. Masing-masing sudah berasa gerun kerana tidak menyangka Sarah isteri Hakim.
“Sarah…” Panggil Hakim sekali lagi memandangkan isterinya masih tidak berganjak.
“Sarah nak makan.” Terpaksalah Sarah berbohong. Dia sebenarnya masih tidak bersedia berjumpa dengan Hakim.
Hakim menghela nafasnya dengan panjang. Dengan selamba, beg galas dan buku milik Sarah dicapai. Tangan isterinya ditarik supaya mengikutnya keluar dari kafe itu. Terpinga-pinga Dayana dan Izati dengan adegan itu.
🥰
Pratempahan sehingga hujung bln. Cetakan kedua❤️
Wasap 0129284568
YOU ARE READING
Kala Hati Terusik (Sold Out)
No FicciónHakim dan Sarah dua insan yang berbeza dari segi latar belakang hidupnya kedua-dua hanya satu sahaja persamaan pernah ditinggalkan oleh insan yg dicintai saat Hakim ditinggalkan oleh kekasih hatinya, dia pasrah... pilihan keluarga diterima tanpa ra...