Dai 14-shō

3.7K 71 25
                                    

*P/s : Nak bagitahu, setiap perkataan yang dicondongkan itu adalah dalam bahasa japanese. Aku malas nak translatekan maksudnya.. Nanti kelaut..

Dasuki sedang termenung memandang tempat duduk kosong dihadapannya sambil menunggu ketibaan seseorang. Sejak dari tadi, mata lelaki itu hanya fokus memandang pemandangan dihadapannya sahaja. Dia langsung tidak menghiraukan apa yang sedang berlaku disekeliling. Lagak lelaki itu persis seperti sebuah patung manusia yang tidak bergerak. Dia masih fokus memandang kerusi kosong yang berada dihadapannya.

Suasana di dalam Restoran Madame Shrimp pada ketika itu agak riuh rendah dek kerana kedatangan para pelanggan yang semakin ramai membanjiri restoran tersebut. Namun, Dasuki tetap Dasuki. Dia langsung tidak ambil peduli tentang semua itu. Dia masih fokus pada tujuan utamannya. Untuk bertemu dengan seseorang disini.

Kentarou dan Yousuke yang ditugaskan untuk menjadi pengawal peribadi lelaki itu hanya memerhatikan lagak Ketua mereka dari jarak yang tidak terlalu jauh dari tempat duduk Bossnya. Hal ini demikian kerana, meja Dasuki terletak agak jauh dari kerumunan orang ramai disitu kerana dia ditempatkan di bahagian VVIP, dimana suasana disekitarnya agak aman dan sunyi.

Tidak sampai beberapa minit menunggu, datang seorang lelaki botak berkot biru tua dalam likungan umur 30-an duduk dihadapan Dasuki yang menempatkan kerusi kosong tadi. Seiring dengan itu, datang seorang pelayan restoran meletakkan segelas air suam dan secawan teh panas Biluochun diatas meja mereka. Setelah itu pelayan tersebut berlalu meninggalkan 2 orang lelaki disitu.

Dasuki memandang kedua minuman dihadapannya lalu menatap anak mata lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dasuki memandang kedua minuman dihadapannya lalu menatap anak mata lelaki itu.

"Aku tak order apa-apa." Ucap Dasuki membuatkan lelaki itu hanya tersenyum.

"Rasanya tak salah jika Aku minta pekerja Aku menghidangkan minuman untuk tetamu istimewa Aku pada harini. Takkan itupun nak jadi isu." Kata lelaki itu bersama sengihan iblisnya.

Dasuki hanya diam. Dia malas mahu berdebat hanya gara-gara masalah kecil. Lagipula tujuan utamannya untuk bertemu dengan lelaki dihadapannya ini adalah untuk menanyakan perihal tentang yakuza yang membuat kekacauan di Malaysia ketika ini. Dia tahu lelaki di hadapannya itu boleh membantunya untuk memberikan sedikit info.

"Aku datang sini bukan nak cari masalah." Balas Dasuki dengan wajah yang masih datar sejak dari tadi.

Dasuki menyerahkan sekeping gambar di tangannya kepada lelaki itu.

"Kau kenal mereka?" Soal Dasuki.

Lelaki itu mengambil foto tersebut lalu melihat gambar berupa lengan seorang lelaki bertattoo bunga aster yang terpampamg dihadapan matanya. Dia hanya tersengih sahaja melihat gambar tersebut.

"Aku tahu kau kenal mereka, Hayato. Jangan berdiam saja." Kata Dasuki saat melihat lelaki yang bernama Hayato itu hanya memberikan sengihan kecil seraya membalas pertanyaannya tadi.

DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️Where stories live. Discover now