Dai 19-shō

2.4K 76 18
                                    

*P/s : Nak bagitahu, setiap perkataan yang dicondongkan itu adalah dalam bahasa japanese. Aku malas nak translatekan maksudnya.. Nanti kelaut..

Nazmi memandang pelik kearah Zuhdi yang sedang duduk melutut di hadapan pagar rumah sewa mereka bersama telefon bimbit yang masih berada di tangan lelaki itu. Malam itu Nazmi pulang awal dari masjid kerana ada beberapa tugasan yang harus diselesaikan dalam laptopnya untuk di hantar besok pagi.

"Apa hal kau ni tiba-tiba duduk kat depan pagar? Kotor. Tak malu ke orang nampak?" Soal Nazmi dalam nada dingin sambil melihat keadaan disekeliling mereka.

Zuhdi terus bangun dalam keadaan longlai saat Nazmi kata begitu. Jelas terpancar di wajah lelaki itu riak wajahnya kelihatan tidak bermaya dan serabut. Hati Zuhdi tidak henti berdetak tidak keruan apabila memikirkan tentang keadaan Zahirah dan Diana sekarang. Otaknya juga tidak mampu hendak berfikir dengan lebih jauh buat masa sekarang.

"Naz, Aku mungkin tak akan masuk kerja untuk beberapa hari ini. Aku kena pergi Jepun. Ada hal penting yang Aku kena uruskan." Kata Zuhdi tiba-tiba membuatkan Nazmi yang tidak tahu apa-apa itu mengerutkan keningnya tanda kepelikan.

"Dah kenapa pula?" Soalnya. Otak lelaki itu mulai menangkap sesuatu saat mendengar pernyataan Zuhdi yang akan pergi ke Jepun nanti. Pasti ada sesuatu yang berlaku.

"Tak payah ambik tahu lah. Bukan ada kaitan dengan kau pun."

"Kau ingat Aku nak sangat ambik tahu pasal hal kau ke? Kau tak fikir apa alasan Aku nak bagi dekat Tuan Rashidee pasal kau pergi jepun? Buat kerja cuba clean sikit. Jangan nak menyusahkan Aku kalau dah tahu nak minta tolong tu." Balas Nazmi membuatkan Zuhdi terdiam saat mendengar ucapan lelaki itu. Entah lah. Dia pun tidak tahu mahu beri jawapan apa kepada pihak atasan selama dia tiada dalam beberapa hari ini. Otaknya buntu. Dia tidak boleh berfikir dalam keadaan baik saat ini. Apa yang dia tahu hanya ingin selamatkan Adiknya dan Diana sahaja.

"Entah lah. Kau bagi lah apa-apa alasan pun. Aku.. Aku tak boleh nak fikir sekarang. Serabut otak Aku. Malam ni Aku dah nak kena gerak pergi airport." Kata Zuhdi membuatkan Nazmi tidak puas hati dengan pernyataan dari ketuanya itu.

"Kenapa? Apa masalah kau sebenarnya ni? Dari tadi Aku tengok kau macam tak tentu hala dah kenapa? Baik kau jujur sekarang. Kau pergi Jepun mesti ada kaitan dengan Dasuki, kan?" Soal Nazmi membuatkan Zuhdi langsung memandang wajah anak buahnya itu dengan raut wajah seperti hendak marah. Dia tidak suka nama itu disebut dihadapannya. Cukup lah dengan apa yang telah terjadi dalam hubungan mereka selama ini. Zuhdi tidak mahu mengingatnya kembali.

"Apasal kau tiba-tiba sebut nama dia pulak?" Soal Zuhdi tiba-tiba marah.

"Kenapa? Salah ke? Aku main teka je pun. Yang kau nak triggered sangat kenapa?" Balas Nazmi santai

"Aku triggered kau cakap? Aku cuma bertanya Kenapa kau boleh sebut nama dia bila Aku kata Aku nak pergi Jepun. Aku tak faham, Apa yang membuatkan kau boleh tiba-tiba sebut nama dia? Seolah-olah seperti ada sesuatu yang kau tengah fikir dalam kepala otak kau tu." Kata Zuhdi. Dia memang marah apabila nama Dasuki tiba-tiba disebut oleh Nazmi, namun perasaan amarah itu tidak setanding dengan rasa cemburu yang tiba-tiba muncul dalam sanubarinya. Apatah lagi bila teringat kembali bagaimana cara layanan Nazmi terhadap Dasuki agak berbeza dari orang lain selama ini.

"Fikir? Tak ada. Kau je kot yang fikir kearah situ." Balas Nazmi membuatkan Zuhdi tersengih sambil menggeleng kepalanya perlahan.

"Eh dah lah.. Kau ingat Aku tak tau ke selama ni kau suka curi-curi pandang Dasuki waktu kita kat Jepun dulu. Kau jangan ingat Aku tak perhati selama ni. Aku diam bukan bermaksud Aku tak ambik tahu. Kau ada simpan perasaan dekat dia kan?" Soal Zuhdi sambil berjalan beberapa langkah mendekati Nazmi. Matanya tajam menikam anak mata lelaki itu.

DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️Where stories live. Discover now