-Author Pov-
Dhani memandang kemesraan 2 orang manusia yang berada dihadapannya itu sambil tersenyum kekok diruang tamu tersebut.
Sebenarnya dia agak terkejut kerana tidak menyangka bahawa Abang kandungnya seorang yang mencintai sesama jenis. Patutlah selama ini apabila anak-anak buahnya menawarkan gadis untuk Dasuki bersuka-ria, lelaki itu seringkali menolak dan memberikan pelbagai alasan. Ternyata ada seseorang yang dia tunggu selama ini.
Namun, setelah mengetahui akan perkara ini, Dhani langsung tidak kesah akan hal tersebut. Cuma dia hanya menginginkan kepastian tentang lelaki yang berada di sebelah Abangnya itu.
"ehem! hahaa.. errmm.. jadi... Lelaki kat sebelah Niisan ni adalah boyfriend Niisan ke?" soal Dhani kepada Dasuki untuk meminta kepastian dari Abang kandungnya itu.
Dasuki hanya tersenyum manis kearah adiknya apabila ditanya soalan begitu. Dia agak malu untuk memperkenalkan Zuhdi kepada adiknya. biasalah tipikal bottom memang macam tu.. malu-malu kucing..😌
"Ehhh?? kenapa Niisan tiba-tiba jadi pemalu ni?" soal Dhani sambil memandang Abangnya dari atas sampai bawah. Pelik juga dia melihat tingkah Abangnya yang tiba-tiba jadi malu-malu kucing itu. Cepat betul sikapnya berubah apabila bertemu dengan kekasih hatinya. Mana kan tidak, selama ini dia melihat Abangnya itu sebagai seorang yang misteri dan dingin.
"Mana ada.. ermm.. Dhani perkenalkan ini adalah Rasydan Zuhdi." Kata Dasuki seraya memperkenalkan adiknya kepada Zuhdi.
Dhani terus menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan lelaki itu. Zuhdi yang terpinga-pinga melihat Dhani yang tiba-tiba menghulurkan tangan kearahnya terus memandang Dasuki dengan perasaan yang aneh. Yelah si Zuhdi ni mana tau apa yang dibualkan oleh 2 beradik itu. mereka pakai bahasa Japanese. Tupp tupp tupp .. Ada orang hulurkan tangan pada dia, mana tak peliknya si Zuhdi ni.
"Adik suki nak salam dengan Abang tu.." Mendengar saja kalimat yang keluar dari mulut kesayangannya tu, barulah Zuhdi dapat menangkap sesuatu.
"Ohhh!! Sorry..sorry.." Zuhdi terus menyambut huluran tangan Dhani tersebut dengan pantas untuk berjabat tangan. Dasuki sudah mulai ketawa melihat tingkah kekasihnya itu yang baginya kelihatan sungguh comel disaat sedang blank.
"Siaplah sayang nanti.. Nakal eh kenakan Abang.." kata Zuhdi yang berbisik pada telinga Dasuki sambil memberikan senyuman nakalnya.
"wellkk tak takut..😛😛 btw Abang kenalkan ni adik Suki.. Nama dia Dhani Reizen" kata Dasuki kepada buah hati tercintanya itu.
"Abang tak tau pulak yang sayang ada adik selama ini.. Abang ingatkan Suki anak tunggal.." Dasuki hanya tersenyum mendengar kata-kata Zuhdi itu.
"sebenarnya panjang ceritanya Abang.. nanti kalau ada masa Suki akan cerita pada Abang ye?"
"Abang tak kesah sayang.." balas Zuhdi sambil mencium sayang rambut Dasuki sehingga menyebabkan pipi lelaki itu merona kemerahan akibat menahan malu.
"Abang ni.. malu lah Dhani tengok." Dasuki menepuk lembut peha Zuhdi kerana berasa malu dengan sikap kekasihnya itu yang terlebih romantik tak kira tempat.
"It's ok.. I like to see you happy, Niisan.." kata Dhani sambil tersenyum kearah Zuhdi. Walaupun dia tidak faham apa yang dibicarakan oleh Dasuki dan kekasih Abangnya itu, namun dia tahu apa yang Dasuki rasakan disaat Zuhdi mencium Abangnya dihadapannya.
"jadi.. macam mana abang boleh ada kat sini? maksud Suki, macam mana abang boleh jejakkan kaki dekat Japan ni? Abang cari Suki ke?" Soal Suki tiba-tiba.
Memang dari tadi dia ingin bertanya kepada Zuhdi bagaimana lelaki itu boleh berada di negara bunga Sakura ini. Adakah disebabkan dirinya? Adakah Zuhdi datang ke negara Jepun untuk mencarinya? Atau ada urusan lain yang hendak dilakukan? Kalau benar, urusan apakah itu? Demikian begitulah persoalan-persoalan yang bermain di dalam minda Dasuki sejak tadi.
YOU ARE READING
DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️
General FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! Yakuza tidak hanya bersendikan dengan sifat yang kejam dan hina. Selagi yang namanya MANUSIA, mereka juga tidak akan terlepas dari kancah kehidupan tentang 'perasaan dan cinta'. Keputusan dan jalan yang d...