Aku pulang dari sekolah bersama Abang Zuhdi harini. jangan cakap apa yang Aku rasakan sekarang ni. Tentulah gembira. Walaupun terpaksa menunggu dia selama 2 jam tapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk balik bersama dia. Yelah dia tingkatan 6 jadi memang kena balik 2 jam lebih lambat dari budak-budak aliran perdana seperti aku ni (form 1-5).
"Hmm benda apa yang Suki nak bagi kat abang tu?" katanya sambil menuntun basikalnya bersama aku yang berjalan disebelahnya. Aku dah bagitau awal-awal dekat okaasan supaya tidak usah menjemput aku pulang dari sekolah kerana aku balik jalan kaki bersama Abang Zuhdi harini. okaasan yang dah lama kenal Abang Zuhdi melalui aku hanya menyetujui saja kata-kataku.
Aku tidak menjawab pertanyaannya tadi sebaliknya aku tersenyum saja pada dia.
"eh eh tersenyum pulak dia..ni buat abang lemah ni." Aku ketawa saat mendengar kata-katanya itu. Jauh disudut hatiku, aku berasa sangat gembira bila dia cakap begitu. Entah dia benar-benar memaksudkan dengan kata-katanya ataupun tidak, aku pun tak tau.
"we go to my house first ok?"
"pergi rumah suki? ermm.. Abang tak ready lagi lahh.. kenapa? Suki dah ready ke?" Aku menepuk kasar bahunya. ish apa lah dia ni! ada ke patut fikir kearah situ. Aku memasamkan wajahku. Acah-acah merajuk kononnya.
Abang Zuhdi ni kalau fikir ke arah 18+ memang nombor satu. Imaginasi dia sangat tinggi. Aku pun tak tau darimana dia tahu benda-benda macam tu. oh ye aku lupa... Lelaki mana je yang tak pernah tengok porno.. Aku pun macam tu jugak tapi tak ada lah sampai nak terfikir kearah situ dalam situasi seperti ini.
"Alaa tak payah lah masamkan muka tu.. nanti Abang letak gula jangan menyesal.." Aku tepuk sekali lagi bahunya. Tapi kali ni perlahan lah. Dia ni tak abis-abis mengeluarkan kata-kata manis pada aku. Aku 'ngap' betul-betul nanti baru tau.
"ok lah sementara kita nak sampai kat rumah Suki, jom abang cerita sikit pasal apa yang abang lalui harini dekat sekolah tadi.." Abang Zuhdi pun memulakan ceritanya padaku. Aku pula hanya diam saja mendengar segala hal yang diceritakannya itu. Kadang-kadang ada juga aku ketawa bila dengar kelucuan tentang tingkah classmatenya itu.
Memang beginilah hari-hari aku bersama Abang Zuhdi. Dia suka bercerita tentang apa yang ada dalam mindanya manakala aku pula suka mendengar segala ceritanya. Baik yang masuk akal mahupun tidak. Aku ni nak juga share kisah aku pada Abang Zuhdi juga tapi apalah dayaku, tidak terlalu fasih berbahasa Melayu. Aku cuma tau english language dan Japanese language saja. Aku sebenarnya boleh je cerita kisah aku pada Abang Zuhdi dalam bahasa inggeris tapi tak ada feeling lah. Bukan maksud aku Abang Zuhdi tu tak faham bahasa inggeris, tapi kalau cakap dalam bahasa melayu kan lebih bagus..
Selama aku duduk di Jepun dulu, aku kurang bercakap dalam bahasa melayu. hampir 80% keluarga aku menggunakan bahasa Jepun disana. Setelah parentsku bercerai dan berpindah ke Malaysia, Okaasanku berusaha untuk mengukuhkan bahasa melayu dalam diri aku dengan cara Okaasan akan sentiasa cakap bahasa melayu padaku. Dia buat macam ni sebab aku pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ni. Bila SPM, bahasa melayu wajib ambil bukan? Jadi nak tak nak aku harus mempraktikkan bahasa melayu dalam diri aku mulai sekarang. Sebabtu aku akan banyak mendengar bahasa melayu dari mulut-mulut orang disekelilingku dan cuba praktis sebutannya.
Masalah yang aku hadapi sekarang ini adalah.. Aku faham orang di sekililingku bercakap dalam bahasa melayu padaku, tapi aku tidak tahu untuk bercakap dalam bahasa melayu pada mereka. Aku tidak tahu untuk membalas kata-kata mereka menggunakan bahasa melayu. Sebabtu bila ada orang cakap dengan aku dalam bahasa melayu, aku akan balas dalam bahasa inggeris ataupun jepun. Tapi biasanya aku kerap guna bahasa inggerislah.
Pernah satu hari tu aku try cakap full Malay tapi tatabahasa aku memang kelaut semuanya. Abang Zuhdi pun pernah menahan ketawanya bila dengar aku cakap dalam bahasa melayu.
YOU ARE READING
DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️
General FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! Yakuza tidak hanya bersendikan dengan sifat yang kejam dan hina. Selagi yang namanya MANUSIA, mereka juga tidak akan terlepas dari kancah kehidupan tentang 'perasaan dan cinta'. Keputusan dan jalan yang d...