Aku bergambar dengan rakan-rakan Okaasan dan juga anak-anak mereka bersama hadiah yang diberikan oleh mereka kepadaku. Sesekali itu mataku tidak henti-henti memandang kearah pintu rumah dan jam di dinding. Bukan aku nak suruh rakan-rakan okaasanku supaya cepat balik tapi, aku masih lagi sedang menunggu kehadiran seseorang, iaitu Abang Zuhdi!
Aku lihat jam sudah hampir pukul 10 malam tapi kelibat Abang Zuhdi masih lagi tak muncul-muncul. rakan-rakan okaasan pun ada yang dah nak balik. Hmm..nampaknya aku terpaksa berhenti daripada terus berharap terhadap Abang Zuhdi.
"banyak juga hadiah yang dasuki dapat kan? besar-besar pulak tu hadiah yang kawan okaasan bagi ni.." Aku hanya tersenyum saja mendengar kata-kata Okaasan itu.
"of course lah Ju.. Hadiah yang I bagi tu import dari Poland tau.." kata rakan okaasan iaitu Dato' Faridah.
"ouh yeke.. terima kasih banyak-banyaklah Faridah.. I tak tau nak balas apa.."
"tak payah balas.. I ikhlas.. bersyukur lah dengan apa yang kita dapat kan.." okaasan hanya tersenyum dan mengangguk saja mengiyakan kata-kata rakannya itu.
Aku hanya memberikan senyuman tipis sahaja saat mendengar ucapan rakan okaasan tadi.
Aku tidak perlukan semua hadiah tu. Aku tak perlukan hadiah yang mahal-mahal dari korang semua. Aku hanya perlukan satu saja. Abang Zuhdi! Dimanakah dia? Dia dah janji sebelum ni yang dia akan datang. Sekarang majlis dah nak tamat tapi batang hidung dia pun aku tak nampak lagi! Tiba-tiba Aku rasa nak menangis je. Terasa diri ini diberi harapan palsu pula. Atau Aku yang terlalu berharap?
Aku membelakangi tubuhku dari okaasan dan rakan-rakannya. Aku tak nak bagi mereka tengok aku sedang bersedih. Aku cuba menahan air mata daripada jatuh namun gagal. setitis air mataku mulai terjatuh sedikit demi sedikit.
"Assalamualaikum.."
Aku terkejut apabila mendengar suara seseoramg sedang memberi salam.
Aku kenal dengan suara itu!
Itu suara Abang Zuhdi!
Aku mengesat air mataku dan pusing semula tubuhku mengadap tetamu yang masih lagi belum balik. Disitu aku lihat Abang Zuhdi sedang berdiri di hadapan okaasan dan rakan-rakan okaasanku. Dia datang juga akhirnya!
"Walaikumsalam Zuhdi! kenapa lambat betul sampai?" soal Okaasan.
"Maaf aunty saya baru abis kerja tadi. Lepastu balik rumah kejap, mandi, solat dan terus datang kesini." katanya.
"ouhh takpe Aunty faham.. Zuhdi tunggu sini kejap aunty pergi panggil Dasuki." Belum sempat Okaasan hendak memanggil namaku, aku sudah berdiri tercegat dihadapan mereka. Hehehehe😁
"Okaasan baru nak panggil Dasuki tadi" kata okaasan yang terkejut melihat aku tiba-tiba boleh ada dihadapan mereka.
"Ermm.. Awak datang kesini dengan tangan kosong je ke?" soal salah seorang rakan Okaasan yang memandang Abang Zuhdi dengan pandangan remeh.
"ouh ada ni.." Kata Abang Zuhdi sambil mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
Sebuah kotak kecil yang berbalut dengan kertas surat khabar dihulurkan kepadaku.
"Hadiah Abang untuk Suki.. Abang harap Suki suka.."
"Pffftt!! Nak tergelak I tengok balutan hadiah tu.. sungguh unik" sindir salah seorang rakan okaasan.
"lahh kecik je hadiahnya..cuba bukak sikit tengok apa isinya.." kata lagi salah seorang rakan Okaasan membuatkan telinga aku panas bila mendengarnya. Aku lihat raut wajah Abang Zuhdi dah berubah. Mesti dia terasa dengan kata-kata dari rakan Okaasan itu.
YOU ARE READING
DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️
General FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! Yakuza tidak hanya bersendikan dengan sifat yang kejam dan hina. Selagi yang namanya MANUSIA, mereka juga tidak akan terlepas dari kancah kehidupan tentang 'perasaan dan cinta'. Keputusan dan jalan yang d...