*P/s : Nak bagitahu, setiap perkataan yang dicondongkan itu adalah dalam bahasa japanese. Aku malas nak translatekan maksudnya.. Nanti kelaut..
Pada malam itu, Dasuki sedang leka termenung memandang langit hitam dari arah balkoni biliknya sambil menghirup udara sejuk yang sedang menyelubungi tubuh lelaki itu. Dasuki baru sahaja sembuh dari sakit setelah 2 hari tidak sedarkan diri akibat kecederaan yang berlaku pada bahagian bahunya yang ditembak oleh Fujima-San sewaktu berada di kapal kargo milik Wangzhu kelmarin.
Dasuki memandang bahunya yang dibaluti oleh bandage yang berwarna putih itu. Dia terpaksa berehat di rumah dalam beberapa hari untuk memastikan kesan jahitan dan luka sewaktu melakukan operasi pembedahan mengeluarkan peluru pistol milik Fujima-San dari bahunya sembuh sepenuhnya. Dia juga dilarang daripada melakukan aktiviti-aktiviti seperti mengangkat benda berat atau pergelutan untuk mengelakkan kecederaan yang dialaminya tidak bertambah parah.
Dasuki menghela nafas lelah. Otaknya masih tidak dapat melupakan kejadian yang berlaku sewaktu berhadapan dengan Wangzhu 3 hari yang lalu. Kini baru lelaki itu sedar. Ternyata insan yang dia sangka pembelot dalam Shingeki-Gumi selama ini adalah, insan yang sedang bermati-matian cuba melindungi dirinya dalam diam. Sedangkan insan yang dia sangat percaya selama ini, adalah insan yang memusuhi dirinya dalam diam.
Dasuki berasa sangat malu.
Malu yang teramat kepada Dhani.
Dia tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan Adiknya itu pada hari-hari yang mendatang.
Dasuki mulai overthinking.
Adakah Dhani akan membenci dirinya?
Adakah Dhani kecewa dengan sikapnya?
Adakah Dhani menyangka dirinya seorang yang bodoh dan lembab selama ini?
Dasuki tidak tahu.
Dia berasa sangat menyesal. Menyesal kerana menyangka selama ini Adik kandungnya itu lah pembelot dalam Shingeki-Gumi, yang menyampaikan segala info kepada Wangzhu. Sedangkan itu semua adalah angkara Fujima-San, bapa saudaranya sendiri yang dia sangat percaya.
Tiba-tiba pintu bilik Dasuki diketuk oleh seseorang dan muncul lah wajah Dhani di sebalik pintu tersebut.
"Boleh Dhani masuk?" Soal lelaki itu kepada Abangnya yang masih berdiri memandang dirinya dari arah balkoni tersebut. Dasuki tidak berkata apa. Dia hanya mengangguk perlahan seraya menjawab pertanyaan adiknya itu.
Tanpa melengah masa, Dhani terus masuk kedalam bilik Abangnya setelah mendapat izin dari lelaki itu. Dia berjalan mendekati Dasuki yang masih berdiri di balkoni tersebut.
"Macam mana dengan luka Niisan?" Soal Dhani seraya memecah keheningan yang melanda antara mereka berdua.
"Semakin baik." Jawab Dasuki singkat.
"Baguslah.. Jangan skip ubat. Luka Niisan tu kena sentiasa dicuci. Tapi tak mengapa, Dhani boleh tolong cucikan nanti." Kata Dhani dalam nada penuh prihatin sambil memandang tubuh Abangnya yang hanya di tutupi oleh jubah tidur yang di biarkan lepas tidak berikat. Jelas terlihat dimata lelaki itu bahu Dasuki yang masih berbalut dengan bandage itu masih belum pulih sepenuhnya.
"Dhani.." Panggil Dasuki lembut.
"Iye?"
"Macam mana.. Kau boleh tahu Aku ada di tempat Wangzhu ketika itu? Kenapa kau boleh tiba-tiba datang selamatkan Niisan?" Soal Dasuki dengan penuh tanda tanya. Dia masih tak faham bagaimana Dhani boleh tahu keberadaannya di Pulau Mawan tersebut.
Dhani ketawa kecil saat mendengar persoalan dari Abangnya itu.
"Bukan ke Dhani pernah cakap dekat Niisan sebelum ini.. my goal is to protect you.. Tujuan Dhani ada disini adalah untuk melindungi Niisan.." Dasuki mengerutkan keningnya kebingungan. Dia benar-benar tidak faham dengan ucapan adiknya itu selama ini.
YOU ARE READING
DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️
General FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! Yakuza tidak hanya bersendikan dengan sifat yang kejam dan hina. Selagi yang namanya MANUSIA, mereka juga tidak akan terlepas dari kancah kehidupan tentang 'perasaan dan cinta'. Keputusan dan jalan yang d...