Dai 20-shō [END]

4.1K 78 21
                                    

Malaysia 12:30 p.m

Zuhdi menyiram tanah perkuburan yang tertera nama Noor Diana pada batu nisan di hadapannya setelah habis bacaan yaasin dan doa. Lelaki itu kemudian datang kepada ibu bapa Diana yang berada disebelahnya lalu menyalam kedua belah tangan orang tua tersebut.

"Maafkan Saya, Mak Cik. Pak Cik. Sekali lagi Saya minta maaf sangat-sangat. Saya gagal selamatkan arwah.." Kata Zuhdi yang masih tidak melepaskan tangan Ibu Diana di genggamannya.

"Tak mengapa lah. Nak buat macam mana. Benda dah jadi. Kalau kamu minta maaf berkali-kali pun bukan Diana boleh hidup semula.." Kata Wanita paruh baya itu sambil mengusap belakang Zuhdi lembut bersama tangisan yang masih tersisa.

"Saya minta maaf.. Semua ini salah Saya.."

"Sudah lah, Rasydan.. Benda dah terjadi. Siapa kita nak halang? Pak Cik pun harap kamu tabah dengan pembatalan pernikahan kamu dan Arwah.. Kami balik dulu..." Kata Ayah Diana lalu membawa isterinya pulang ke rumah yang diikuti oleh Adik Diana disebelahnya.

Zuhdi tidak cakap banyak tentang apa yang dikatakan oleh Bapa Diana tadi kepadanya tentang pembatalan pernikahan dengan gadis itu. Dia kemudian berjalan mendahului orang tua Diana untuk menghantar keluarga Gadis itu pergi ke tempat kereta untuk pulang kerumah.

"Kami balik dulu lah. Jaga diri kamu.." Kata Bapa Diana kepada lelaki itu setelah sampai ditempat kereta.

"Baiklah.. Hati-hati." Balas Zuhdi lalu kembali mencium tangan Ibu Bapa Diana sebelum kedua orang tua itu meninggalkan tanah perkuburan tersebut.

Zuhdi memandang kepergian kereta milik keluarga Diana yang telah berlalu dari tempat itu sehingga hilang dari pandangan. Nampak gayanya keluarga Diana menerima kepergian gadis itu dari dunia ini dengan redha dan lapang dada. Namun, bohonglah jika hati kedua orang tuanya tidak menangis dan terluka apabila mendapat tahu bagaimana cara kematian anak gadisnya itu saat mendengar pengakuan dan khabar dari Zuhdi dan Nazmi semalam.

Hampir pengsan dibuatnya saat mendapat tahu Diana mati ditembak oleh anggota Yakuza sewaktu gadis itu dibawa ke Jepun. Walau bagaimana pun, Ibu Bapa Diana tidak menyalahkan Zuhdi 100% dalam hal ini kerana gagal menyelamatkan anak gadis mereka. Adiknya juga dalam bahaya pada ketika itu.

Sedang Zuhdi termenung jauh melihat kereta keluarga Diana yang telah hilang dari pandangannya, Tiba-tiba bahu lelaki itu diusap perlahan-lahan oleh beberapa rakan sekerjanya yang turut berkerja bersama dengan arwah Diana dahulu.

"Sabarlah, Dan. Aku harap kau tabah ye.."

"Sabar bro.. Jangan sedih-sedih. Aku tahu ni berat bagi kau. Kehilangan orang yang dicintai buat selama-lamanya memang perit. Tapi itu tak bermaksud hidup kau akan tamat sampai disini. Bangkit bro."

"Betul cakap Ja'faar tu. Kadang Tuhan menemukan kita dengan seseorang tu bukan bermaksud untuk hidup bersama, tapi mengajar kita sesuatu perkara. Bergantung pada situasi yang dialami oleh seseorang tu."

"Aku harap kau tabah lah, Dan.. Kalau kau perlukan masa untuk hilangkan kesedihan ni, kami semua ada. Bagi je tahu bila, kita lepak kat kedai mamak bersama nanti."

"Betul tu. Kami balik dulu. Dah jangan sedih-sedih.."

Zuhdi masih diam tidak berkata apa-apa saat mendengar nasihat dari rakan sekerjanya itu. Dia hanya memberikan senyuman kelat kepada rakan-rakan sekerjanya seraya memberi respond kepada kata-kata tadi. Kemudian kesemua rakannya itu terus masuk kedalam kereta untuk pulang ke ibu pejabat meninggalkan Nazmi dan dirinya disitu.

"Apa benda diorang semua merepekkan tadi tu? Yang kau ni sampai bila nak bersedih dengan perasaan serba salah yang menggunung kepada Diana? Benda dah jadi.." Kata Nazmi yang baru selesai mengemas tanah perkuburan Diana tadi. Ditangannya memegang segulung tikar dan beberapa keping yasin untuk dibawa masuk kedalam kereta nanti.

DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️Where stories live. Discover now