Dai 6-shō

7.4K 161 22
                                    

Aku terbangun dari tidurku kerana dikejutkan dengan bunyi deringan Handphoneku yang berdering menandakan ada panggilan masuk. Aku terus mencapai handphoneku yang berada tidak jauh dari tempat pembaringanku.

Aku terus mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat gerangan manusia yang menelefon aku itu.

"hello?" sapaku pada seseorang yang berada diseberang telefon dengan suara yang parau. Baru bangkit tidurkan..

"Suki ni okaasan.." kata orang tersebut. ouhh mak aku rupanya.

"ne kaachan.. kenapa call Suki?"

"Okaasan nak bagitau yang okaasan tidak ada dirumah harini. Maybe malam nanti okaasan baru balik. Ada hal sikit kat tempat kerja.. Suki boleh jaga diri kan?"

"ouh boleh-boleh.." kataku dengan nada yang masih mengantuk.

"baguslah kalau macam tu. Kalau Suki rasa bosan ke ajaklah Abang Zuhdi tu temankan Suki kat rumah.. okaasan tak kesah pun.. ok lah byeee~" Panggilan kemudian ditutup sebelum aku sempat membalas kata-kata okaasan tadi. Hmm.. tak menyabar betul lah mak aku ni..

Aku kemudian meletakkan handphoneku di sebelah meja katilku. Kemudian aku bangun dari pembaringanku dan menyandarkan tubuhku dikepala katil. Aku lihat tubuhku yang full naked disebalik selimut yang menutupi tubuhku ini. Aku tersenyum sambil menggigit bibir bawahku apabila melihat bercak-bercak kemerahan yang terdapat di setiap tubuhku. Hasil 'karya' daripada Abang Zuhdi malam tadi.

Cakap pasal lelaki itu, Aku langsung menoleh kesisiku untuk melihatnya.

kosong.

Mana Abang Zuhdi?

Aku mencari-cari kelibat Abang Zuhdi dalam bilik ini.

Pakaian yang dipakainya malam tadi masih ada tapi orangnya kemana?

Tiba-tiba aku terdengar pintu toilet dalam bilikku terbuka. Cepat-cepat aku mengalihkan pandanganku pada bilik air tersebut.

Aku lihat Abang Zuhdi keluar dari bilik air tersebut dengan hanya memakai tuala yang melilit di pinggangnya. Wajahku merona kemerahan saat melihat setiap lekuk tubuh Abang Zuhdi setelah dia habis mandi. Satu kata yang mampu aku gambarkan.

Seksi

Sangat sexy pada pandangan mataku!

Tiba-tiba otak aku kembali teringat tentang adegan aku dan Abang Zuhdi malam tadi.

'Aaarrrghhhh!!! Aku berasa sangat malu!!!🙈🙈🙈' kataku didalam hati

"kenapa Suki pandang Abang macam tu?" Soal Abang Zuhdi secara tiba-tiba.

Aku pula tak tahu nak react apa bila dia tiba-tiba tanya soalan begitu. Takkan nak cakap aku cair tengok keadaan dia yang sekarang ni kot.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menggelengkan saja kepalaku seraya membalas pertanyaan Abang Zuhdi tadi.

"dah lama ke bangun?" soalnya lagi. Kali ni Abang Zuhdi sudah duduk dibirai katil sambil memandang kearahku.

"Baru sahaja." balasku singkat. Mataku tidak dikalihkan kearahnya. Aku rasa segan nak tengok lama-lama tubuh Abang Zuhdi yang half naked itu. Jadi aku tunduk saja memandang selimut yang membaluti sebahagian tubuh aku ini.

Tanpa aku sedari, Abang Zuhdi sudahpun berada di sisiku. Jarak kami sangat dekat. Tangannya mulai memegang kedua belah pipiku dan dihalakan kepada wajahnya. Dengan perasaan yang berdebar-debar dan bercampur malu, aku cuba memberanikan diriku untuk bertentang mata dengan Abang Zuhdi.

"Sayang Abang ni comel kan kalau tengah malu?" kata Abang Zuhdi membuatkan aku menjadi semakin malu dengan kata-katanya. Tengoklah, dah berani panggil Aku 'Sayang-sayang' setelah apa yang terjadi malam tadi. Memang Abang Zuhdi jadikan Aku betul-betul sebagai miliknya.

DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️Where stories live. Discover now