Dai 7-shō

6.3K 150 31
                                    

-Beberapa hari kemudian-

Aku dan Abang Zuhdi berehat di sebuah pondok taman permainan yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahanku setelah kami habis berjogging tadi.

Sejak kebelakangan ini aku banyak mendiamkan diri saja, langsung tidak berkata apa-apa. Kadang-kadang bila Abang Zuhdi tanya sepatah, aku jawab sepatah. Bila dia tanya 10 patah aku jawab sepatah juga. Entahlah. Aku tak ada mood nak bersembang lebih jauh dengan Abang Zuhdi. Fikiran aku sekarang ni hanya memikirkan bagaimana aku hendak menjelaskan kepada Abang Zuhdi tentang Tattoo yang ada pada belakang tubuhku semasa kami melakukan 'hal' itu di rumah aku kelmarin.

Aku menghembuskan nafasku berat.

Aku harap Abang Zuhdi takkan tinggalkan aku apabila dia sudah tahu perkara yang sebenar nanti.

"Suki.." Aku tersedar dari lamunanku saat merasakan tangan Abang Zuhdi yang hangat itu menyentuh bahuku. Aku langsung menoleh memandang wajah tampannya.

"ye?" soalku dengan kedua belah kening yang diangkat.

"Abang tengok Suki sejak kebelakangan ini asyik diam je? kenapa?" soalnya dengan wajah yang penuh kerisauan. Aku dapat rasakan dia seperti khawatir melihat keadaanku yang sekarang ini.

"kenapa? Abang terlalu ganas ke malam tu?" Sambungnya lagi.

"EH! MANA ADA!!" Kataku dalam nada yang tidak sengaja dikuatkan. Mana taknya, malu aku bila Abang Zuhdi tanya soalan begitu. Dah lah muka dia selamba badak je bila tanya soalan begitu. Langsung tidak ada rasa bersalah.

"habistu kenapa diam je? risau Abang tengok awak ni."

"Nothing.. " kataku dalam nada suara yang lemah.

Aku tahu jawapan yang aku berikan itu tidak memuaskan hati Abang Zuhdi. Tapi aku tak kesah pun. Otak aku sekarang ni tengah sibuk memikirkan apa yang bakal terjadi sekiranya aku beritahu perkara sebenar pada Abang Zuhdi nanti.

Aku menunduk lemah memandang kakiku dengan pandangan kosong. Tanpa aku sedari, sebuah ciuman hangat hinggap di pipi kananku. Aku terus memandang wajah Abang Zuhdi. Aku lihat tangan kirinya mulai mengusap rambutku dengan lembut sambil dia melemparkan sebuah senyuman yang mampu mencairkan hatiku.

"kalau Suki tak bersedia lagi nak beritahu pasal Tattoo tu, takpe.. Abang faham.. Dan Abang tak pernah paksa pun untuk Suki beritahu pasal benda tu." katanya dengan nada suara yang dilembutkan.

Aku terpana seketika.

Dia tahu ke apa yang sedang bermain dalam fikiran aku sekarang ini? Dia tahu ke sebab apa aku badmood selama ni?

Dengan suara yang agak lemah aku memanggilnya.

"Abang.."

"yee.."

"Janji dengan Suki jangan tinggalkan Suki?" Aku lihat Abang Zuhdi sudah mulai mempamerkan wajah peliknya apabila aku tanya soalan begitu.

"heyy, apa yang Suki cakap ni?" Soal Abang Zuhdi sambil tangannya masih mengusap lembut rambutku. aku pula hanya diam tidak menjawab pertanyaannya itu.

Aku rasa sudah tiba masanya untuk Abang Zuhdi tahu perkara yang sebenar. Lagipun sampai bila aku nak berahsia dengan dia dalam status hubungan kami seperti ini. Walaupun Abang Zuhdi ada kata bahawa dia tidak memaksa aku untuk beritahu pasal tatu itu, tapi aku tahu jauh disudut hatinya dia benar-benar ingin tahu.

Manakan tidak, tidakkah berasa pelik jika budak berusia 17 tahun sudah memiliki tatu? Apatah lagi kalau di Jepun semua orang sudah sedia maklum kalau tatu mendapat stigma yang buruk kerana kaitannya dengan dunia jenayah seperti Yakuza. Sebab itu rakyat mereka dilarang untuk memakai tatu, melainkan mereka ada kaitan dengan dunia penjenayah. Aku tahu Abang Zuhdi tidak sebodoh itu untuk Aku cuba menipunya

DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️Where stories live. Discover now