p/s: Gambar atas sebagai Dasuki
"saya pergi dulu"
"ok hati-hati..belajar rajin-rajin"
"hmm.." Aku melangkahkan kakiku keluar dari kereta sehabis saja membalas kata-kata dari okaasanku(mak).
Aku masuk ke kelas seperti biasa setelah habis saja waktu perhimpunan. Aku mengeluarkan buku latihan prinsip akaun dan alatan tulisku untuk menyiapkan kerja rumah yang tidak tersiap lagi sejak 2 hari yang lepas. Sekarang ni waktu prinsip akaun so aku harus siapkan latihan yang cikgu bagi sebelum dia masuk ke kelas ni. dah lah cikgu tu garang gila.. seram jugak kalau dia sedang marah..
Belum sempat aku nak on kan kalkulator aku, cikgu Zuraya iaitu guru prinsip akaun aku telah pun masuk ke kelas kami. Tak guna. Awal sangat lah dia ni masuk.
Kami semua bangun dan mengucapkan selamat pagi kepada Cikgu Zuraya. Kemudian kami dipersilakan duduk olehnya. Dikala ini hati aku dah rasa tak tenteram. kerana latihan dia satu hapah pun aku tak buat langsung.
"so class.. 2 hari lepas saya ada tinggalkan kamu kerja rumah right?" jantung Aku dah berdebar-debar bila Cikgu Zuraya tanya pasal kerja rumahnya.
"eh ada ke cikgu?" soal salah seorang pelajar dalam kelasku.
"eh eh eh jangan buat-buat lupa pulak. Mana latihan pasal belanjawan tunai yang saya suruh kamu practice buat kat rumah tu? keluarkan sekarang dan hantar ke hadapan" kata cikguku.
Sial! kenapa masa-masa macam ni dia suruh hantar. Aku tak siap apa-apa pun!!
Aku lihat semua kawan-kawanku mulai mengeluarkan latihan mereka dari beg sekolah masing-masing. Lahh ramai jugak yang dah siap rupanya. hmm ini tak lain dan tak bukan mesti meniru semua.
"Dasuki mana buku latihan kau? cepat hantar" kata seorang rakanku yang duduk disebelahku.
"Im not finish yet" kataku dalam nada selamba badak
"hah? kau tak siap? habislah kau Suki" aku hanya diam saja apabila kawanku kata begitu. Biarlah. Biarlah aku kena denda sekalipun. Aku dah penat dengan semua ni. Ikutkan aku rasa nak mati saja sekarang ni.
"hanya 23 je yang hantar? kelas kamu semua ada 25 kan? lagi 2 sape tak hantar?" Cikgu Zuraya sudah mula mempamerkan wajah garangnya. hmm ni mesti tak lama lagi gunung berapi akan meletus.
Tapi, dia ada cakap 2 orang lagi tak hantar kan? bermaksud mesti aku dan seorang lagi kawan aku tak hantar? Yes! aku selamat. Ada juga teman bila kena denda nanti.
"ermm Zulaikha tak datang cikgu" Aku mengalihkan pandanganku pada ketua kelasku. Apa dia cakap tadi? Zulaikha tak datang? bermaksud..
Arghhh!! Fuck gilaaaa!!!
"ouhh Zulaikha tak datang. ok pasal tu tolak ketepi. so now bermaksud dekat sini ada seorang saja lagi yang belum hantar latihan yang saya bagi. Boleh berdiri yang tak hantar tu? saya nak tengok sikit" Aku hanya diam tidak berkutik. Jantungku semakin laju berdetak. Bila-bila masa saja rasanya boleh gugur jantung aku ni.
"bangun cepat yang tak hantar tu. tak nak mengaku? nak saya sebut satu persatu nama yang dah hantar kat saya ni?"
"wehh Suki bangun je lah.. kau ni dah ganggu pdp kita tau tak.. lagipun kau dah tak boleh lari kemana-mana lagi. mengaku je lah.." kata rakanku yang duduk disebelahku.
Hmm..dia betul. Tak ada gunanya aku nak bersembunyi lagi.. Aku dah tak boleh lari kemana-mana. Nak tak nak aku kena berserah diri saja. Aku tak nak lah pula disebabkan aku, semua orang tak dapat belajar harini.
Dengan berat hati aku bangun dan memandang wajah Cikgu Zuraya. Pada ketika ini semua rakan sekelasku memandang kearahku.
"Sorry teacher..I'm not done yet"
YOU ARE READING
DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️
General FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! Yakuza tidak hanya bersendikan dengan sifat yang kejam dan hina. Selagi yang namanya MANUSIA, mereka juga tidak akan terlepas dari kancah kehidupan tentang 'perasaan dan cinta'. Keputusan dan jalan yang d...