*P/s : Nak bagitahu, setiap perkataan yang dicondongkan itu adalah dalam bahasa japanese. Aku malas nak translatekan maksudnya.. Nanti kelaut..
"Maaf semua, saya kena balik sekarang." Ucap Dasuki dengan langkah yang tergesa-gesa. Dia malas nak duduk lama-lama dalam rumah tersebut. Sesak nafasnya apabila terus berada disitu. Hatinya semakin sakit apabila berhadapan dengan Zuhdi dan Diana di dapur tadi.
"Eh dasuki awak dah nak balik dah? Cepatnya.." Ucap Putri sambil buat wajah sedihnya.
"Maaf Putri. Sebenarnya saya sedang mengejar waktu." Kata Dasuki lembut sambil melihat Hilman sedang sibuk bercakap dengan seseorang di corong telefon. Kelihatan wajah lelaki itu agak serius saat berbicara dengan insan dalam telefon tersebut.
"Oh yeke.. Takpe lah tunggu sekejap saya suruh Hilman hantar awak kat baw-"
"Eh tidak mengapa, Putri! Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Saya pergi dulu." Ucap Dasuki seraya memotong percakapan Putri lalu cepat-cepat keluar dari apartment tersebut tanpa sempat dihalang oleh Gadis itu.
Dasuki berjalan keluar dari apartment itu dalam keadaan tergesa-gesa. Dari kejauhan dia dapat melihat Yousuke dan Kentarou sedang berdiri bersandar di badan kereta menunggu dirinya.
"Maaf saya lambat. Macam mana keadaan dirumah sekarang?" Soal Dasuki kepada Yousuke setelah masuk kedalam kereta.
"Saya mendapat khabar Gaoru masih lagi menunggu Tuan di hadapan pintu pagar rumah Tuan." Balas Yousuke membuatkan Dasuki hanya mengangguk. Bukannya dia tidak tahu maksud tujuan lelaki itu datang kerumahnya. Ini tidak lain dan tidak bukan pasti mengenai kematian Hayato.
"Saykoji, Saya nak awak telefon ejen hartanah kita, Encik Ozawa nanti. Beritahu pada dia, saya nak jual rumah yang berada di Tokyo sekarang." Ucap Dasuki dalam nada dingin sambil mata lelaki itu fokus menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Lelaki itu telahpun bertekad. Dia tidak mahu berjumpa dengan Zuhdi lagi. Sudah cukup pedih luka yang ditinggalkan oleh kekasihnya itu untuk dirinya. Dasuki ingin menjual rumah yang didudukinya sekarang supaya Zuhdi tidak mencarinya nanti.
"Baiklah. Tuan nak saya booking mana-mana hotel ke untuk dijadikan tempat penginapan sementara Tuan? " Soal Saykoji sambil matanya masih fokus pada pemanduannya.
"Tidak perlu. Kita akan bergerak terus ke Mansion saya yang terletak di Kyoto sehabis saja berurusan dengan Gaoru nanti."
"Baiklah." Jawab Saykoji akur.
-Sementara itu-
Prokk prokk prokk ! ! !
Nazmi menepuk kedua belah tangannya sambil keluar daripada pintu bilik air. Lelaki itu melemparkan sengihan yang begitu menjengkelkan kearah Zuhdi.
"Oh begitu rupanya.." Ucap lelaki itu yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik air sambil menyilangkan kedua belah tangannya di dada.
Zuhdi memandang wajah Nazmi dengan agak terkesima seketika apabila dia mendapat tahu ternyata bukan hanya ada dia dan Dasuki sahaja yang berada di dapur tadi. Otaknya mulai berfikir, adakah Nazmi telah mendengar segala perbualan mereka sebentar tadi? Namun, saat melihat reaksi Nazmi dan ucapan dari lelaki itu tadi, jelas menunjukkan bahawa Nazmi telah tahu segala-galanya tentang hubungannya dengan Dasuki.
"Putri, Tuan Rasydan mana? Tuan Zakaria nak bercakap dengan dia ni." Soal Hilman tiba-tiba pada Putri sambil memegang telefon di corong telinganya.
"Oh Ada di dapur kalau tak silap." Hilman langsung bergegas pergi ke dapur setelah mendengar ucapan Putri tadi.
Zuhdi masih diam. Kelihatannya lelaki itu seperti tidak ada niat untuk berkata apa-apa kepada Nazmi. Dia juga langsung tidak menunjukkan tindak balas seperti terkejut atau gelabah kearah anak buahnya yang seorang itu.
YOU ARE READING
DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️
General FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! Yakuza tidak hanya bersendikan dengan sifat yang kejam dan hina. Selagi yang namanya MANUSIA, mereka juga tidak akan terlepas dari kancah kehidupan tentang 'perasaan dan cinta'. Keputusan dan jalan yang d...