Dai 3-shō

6.9K 176 35
                                    

p/s: gambar atas sebagai Rasydan Zuhdi.

-Zuhdi Pov-

Aku termenung jauh memikirkan sesuatu. Hmm.. Hadiah apa yang aku nak bagi untuk hari jadi Dasuki nanti?

Dasuki.

Aku tersenyum mengingat nama itu.

Nama yang sangat indah dalam islam. Yang memberi maksud 'keindahanku' ; 'cahayaku'.

Dia memang indah. Sangat indah saat memandang wajahnya. Aku begitu tertarik dengan keindahan pada wajahnya. Aku tak tau apa yang menariknya tapi cukup mampu menggetarkan jiwaku saat melihat wajahnya.

Dasuki.

Bagi aku dia seorang yang perahsia. Dia jarang menceritakan latar belakang keluarganya pada aku. Dia juga jarang menceritakan bagaimana sifatnya yang sebenar terhadapku. Walaupun begitu, dia tetap menarik dipandangan mataku.

Tapi, ada sesuatu yang aneh pada Dasuki. Kenapa dia marah sangat setiap kali kalau ada orang cuba-cuba nak tengok belakang badannya saat dia menanggalkan pakaiannya? Ada sesuatu yang dia sembunyikan ke?

Satu lagi, kenapa setiap kali kalau aku keluar dengan dia je pasti ada orang aneh yang akan mengekori kami berdua? takkan bodyguard dia kott. Tapi kalau itu adalah bodyguard dia, kenapa dia kata dia tak kenal orang aneh itu? Arghh!! serabut otak aku memikirkan tentang dia. Ok stop fikir pasal Dasuki, Zuhdi. Now focus hadiah apa yang kau nak bagi untuk harijadi dia nanti.

Aku termenung lama memikirkan masalah yang sejak kebelakangan ini mengganggu fikiranku. Patutkah pada hari jadinya nanti aku akan meluahkan saja isi hati aku padanya? Isi hati aku dimana aku mencintai dia sejak incident yang berlaku yang hampir saja meragut nyawanya. Entahlah. Aku rasa aku sangat cintakan dia tapi dia nak ke dengan aku? yelah aku ni miskin. papa kedana. Dia tu pulak kaya. harta melimpah ruah. Walaupun mak ayahnya dah bercerai, harta keluarganya tetap sama juga. RM1500 tu apalah sangat dimatanya.

Aku memejamkan mataku memikirkan sesuatu. Aku tau cinta aku ni salah. Aku tau cinta aku terhadapnya adalah satu dosa besar. Tapi aku tidak mampu melawan kehendak hati untuk memiliki dia.

"heyy Mr. President..kenapa aku tengok muka kau ni macam ada masalah je?" Aku membuka mataku saat ditegur oleh seseorang. Aku lihat Syaza, iaitu classmateku sedang duduk dihadapanku bersama Qayyum.

"A'ah. Sakit mak kau melarat lagi ke?" soal Qayyum dengan wajah yang penuh kerisauan. Aku menggelengkan kepalaku bagi menjawab pertanyaannya.

Qayyum ni orangnya berhati lembut. Bila dengar je mak aku sakit terus dia datang ke rumah aku untuk tengok bagaimana keadaan mak aku. Dia ni nak kata kaya, bolehlah.. Bapak dia pensyarah, maknya pula guru tingkatan 6 yang mengajar subjek Muet.

"Abis asal muka kau nampak macam ada masalah je?" soal syaza pula. hmm.. Memang aku ada masalah pun. Masalah memikirkan hadiah apa yang nak dibagi untuk harijadi Dasuki nanti.

"tak ada apa lah.. Wehh Yum aku nak tanya sikit ni..Kalau harijadi lelaki, sesuai bagi apa ek?"

"lahh kau tanya aku, kau pun bukan lelaki ke?"

"ouhh ha'ah lah aku lelaki rupanya"

"Bongok betol lah Mr. President ni." Kata Syaza yang diakhiri dengan ketawa pada ayat terakhirnya. Alah buat lawak je.

"ok lah guys aku nak tidur kejap.. jangan ganggu aku" kataku sambil meletakkan kepalaku di atas meja yang beralaskan lenganku.

"hmm ini lah melayu..Asal cikgu tak masuk kelas je mulalah nak buang masa.. tidurlah..main handphone lah.." bebel Syaza. Aku hanya buat bodoh saja dengan bebelannya. Aku tak ada mood nak siapkan kerja kursus aku sekarang. Nanti waktu rehat yang kedua jam 1:50 pm baru aku sambung buat kerja kursus Pemgajian Am aku.

DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️Where stories live. Discover now