-Dasuki Pov-
Japan 10:00 a.m
TOKK TOKK..
"come in"
"Tuan Dasuki ada tetamu yang ingin berjumpa dengan, Tuan" kata maidku.
"Tetamu? siapa?" soalku dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya. Siapa pulak yang datang ke rumah aku ni? setahu aku, aku tak ada jemput sesiapa datang kerumah aku.
"Fujima-sama"
Aku hanya mengangguk saja saat mendengar nama itu keluar dari mulut pembantu rumahku.
Fujima-San merupakan bapa saudaraku yang paling dekat dengan aku sejak kecil lagi. Dikecilkan skop, Dia merupakan adik kandung kepada arwah ayah aku, Zuraini. Nak lebih detail, Satu bapa, lain-lain mak.
Sejak kematian Otoosan, Fujima-San lah yang ambil alih tentang organisasi Klan Shingeki-Gumi buat sementara waktu sementara menunggu umur aku genap 18 tahun untuk diangkat menjadi peneraju Shingeki-Gumi yang sebenar.
Kalau diikutkan, jika bapa saudara aku itu memang berhati jahat, boleh saja Fujima-San merampas dan menguasai Klan arwah Abangnya sejak dulu lagi. Hal ini kerana, dia merupakan 'saiko komon' di Shingeki-Gumi, iaitu penasihat kepada otoosanku yang kini telah bertukar kedudukan menjadi penasihatku setelah kematian otoosan. Dalam hal selok belok tentang bisness dan anak-anak buah Shingeki-Gumi, semua dia tahu kerana dia yang menguruskan semua perkara tersebut selama ini.
Sebab tu aku berani kata, kalau bapak saudaraku ini memang jahat dari dulu, sudah lama dia akan rampas Klan Shingeki-Gumi ini dari tangan Abangnya. Tapi aku tau Fujima-San tidak akan sanggup berbuat demikian. Kerana dia memegang prinsip 'keluarga nombor satu'. Jadi disebabkan itu dia tidak akan mengkhianati ahli keluarganya sendiri.
Aku terus bangkit dari tempat dudukku dan keluar dari bilik kerjaku untuk turun ke ruang tamu.
Ada apa Fujima-San nak jumpa aku? Ada hal penting ke? Aku menggelengkan kepalaku seraya mengenyahkan segala pemikiran yang melanda fikiranku saat ini.
.
.Sesampai diruang tamu, aku lihat banyak anak buah Fujima-san yang aku langsung tidak kenal dan tidak pernah jumpa turut berada disini. Aku juga lihat ada beberapa orang seperti orang kenamaan turut berada diruang tamu ini. Dan aku juga tidak tahu siapakah mereka semua tu.
Ada apa ni?
Kemudian mataku beralih pula pada seorang lelaki paruh baya yang memakai spek mata sedang duduk di sofa rumahku. Nampak gaya macam peguam je..
"Dasuki, Obaasan minta maaf kalau kehadiran kami ini mengejutkan Suki" kata Fujima-San seraya memecah keheningan yang melanda di ruang tamu ini.
"Tidak mengapa.. Ada apa datang mengejut ni?" Kataku setelah mengambil tempat duduk disebelahnya.
"Ada benda penting yang Obaasan ingin sampaikan pada Suki" Kata lelaki itu.
"benda apa tu, Obaasan?" soalku ingin tahu.
"Ianya tentang keluarga Suki"
"keluarga Suki? kenapa?" Aku pelik mendengar kata-kata Fujima-San itu. Apasal dengan keluarga aku ni..
"it's about your brother, Dasuki" Kata seorang lelaki yang terdiri dari salah seorang orang kenamaan yang aku katakan tadi.
Aku memandang lelaki itu yang hanya memanggil namaku tanpa menggunakan pangkat dibelakangnya. Siapakah lelaki ini? Dia begitu menarik perhatianku. Aku meneliti dirinya dari atas hingga bawah. Orangnya kacak. Bertubuh tinggi lampai dan memiliki jambang halus di wajahnya. Auranya seperti Daddy-Daddy gittew.. Aku boleh anggarkan umurnya dalam linkungan 30-an. kira muda lah tu kan?
YOU ARE READING
DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️
General FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! Yakuza tidak hanya bersendikan dengan sifat yang kejam dan hina. Selagi yang namanya MANUSIA, mereka juga tidak akan terlepas dari kancah kehidupan tentang 'perasaan dan cinta'. Keputusan dan jalan yang d...