Dai 18-shō

1.9K 58 8
                                    

*P/s : Nak bagitahu, setiap perkataan yang dicondongkan itu adalah dalam bahasa japanese. Aku malas nak translatekan maksudnya.. Nanti kelaut..

Zuhdi mengelap air mata yang masih jatuh membasahi pipinya. Dia harus berhenti daripada menangis. Tidak ada gunanya dia hendak menyesal dengan keputusan yang dibuat untuk memutuskan hubungan dengan Dasuki selama-lamanya. Bukankah memanng ini yang diinginkan oleh Dasuki selama ini? Zuhdi hanya menurut. Lagipula, hati lelaki itu benar-benar kecewa dengan sikap Dasuki selama ini. Cukup kecewa sehinggakan dia sudah mati rasa dengan semua perkara ini.

Zuhdi bangun daripada terus duduk di lantai tandas tersebut. Dia membasuh tangan kirinya yang masih berdarah itu bersama mukanya yang sudah tidak terurus kerana banyak menangis tadi. Setelah itu, dia mengambil tisu disebelahnya dalam kuantiti yang sangat banyak untuk mengelap tangan kirinya yang masih mengeluarkan darah itu untuk segera dihentikan.

Setelah darah berhenti, Zuhdi mengelap pula wajahnya yang masih basah itu menggunakan tisu yang masih tersisa tadi. Kemudian dia mengutip tisu-tisu berdarah yang bertaburan di lantai tersebut untuk dibuang kedalam tong sampah, lalu keluar daripada tandas untuk pulang ke tempat penginapannya.

Zuhdi berjalan keluar daripada hotel Aman Tokyo. Di hadapan kaki lima hotel tersebut, dia menahan sebuah teksi yang sedang lalu disebelahnya. Tanpa menunggu waktu yang lama, lelaki itu terus masuk kedalam kereta tersebut sambil mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mesej seseorang.

To: Hilman

Salam Hilman.

Saya terpaksa pulang ke tempat penginapan kita. Saya nak berehat. Penat.

Beritahu kepada Tuan Zakaria dan yang lain saya minta maaf kerana tinggalkan majlis begitu sahaja.

Kata pada mereka saya tidak sedap badan.

Zuhdi terus menutup telefon bimbitnya setelah memberi informasi kepada anak buahnya itu. Dia melemparkan pandangan keluar tingkap kereta sambil memikirkan semula tentang perpisahannya dengan Dasuki. Hatinya kembali dirundum pilu. Hasrat dihati untuk mendirikan rumah tangga dengan Dasuki hancur begitu sahaja disaat dia mulai menyedari bahawa Dasuki tidak mempercayai dirinya selama ini.

Zuhdi mengepal tangannya seraya cuba menahan air mata yang kembali menitis sedikit demi sedikit dari pelupuk mata saat mengingat kembali tentang pertengkarannya dengan Dasuki tadi.

"Sial.. Tak guna.." kata lelaki itu sambil tangan kanannya memicit-micit kelopak matanya yang masih mengeluarkan air mata yang semakin banyak untuk minta dihentikan.

"Susah sangat ke nak percayakan Aku.. sial.. Sakit bodoh.. Sakit tau tak hati ni kau buat macam ni.." Gumam Zuhdi seorang diri. Dia langsung tidak menghiraukan pemandu teksi yang sedang memandu itu memandang dirinya dengan pandangan pelik dari arah cermin hadapan kerana berbicara seorang diri.

Hati Zuhdi benar-benar hancur. Tiada siapa yang mampu memujuk hati lelaki itu saat ini. Bukan kesedihan yang dia tangisi, melainkan sebuah kekecewaan.

Kecewa kerana orang yang amat dicintai tidak mempercayai dirinya..

Kecewa kerana orang yang dicinta lebih mementingkan perasaan sendiri berbanding dirinya..

Kecewa kerana hanya dirinya seorang sahaja yang bermati-matian mempertahankan hubungan mereka selama ini..

Kecewa..

Sangat kecewa!

Mungkin benar..

Perpisahan adalah satu-satunya jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

.
.

Sementara itu.

Nazmi keluar dari tempat persembunyiannya setelah 20 minit berlalu sejak Zuhdi keluar dari bilik tersebut. Dia melihat Dasuki masih lagi menangis tersedu-sedu diatas katil dalam keadaannya yang tidak terurus. Sepertinya lelaki itu tidak perasan akan kehadiran Nazmi disitu kerana masih leka melayan perasaan dan tangisannya.

DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️Where stories live. Discover now