Dai 13-shō

6.2K 124 28
                                    

*P/s : Nak bagitahu, setiap perkataan yang dicondongkan itu adalah dalam bahasa japanese. Aku malas nak translatekan maksudnya.. Nanti kelaut..

9:30 p.m

"Suki, Abang kena balik. Nanti Hilman tercari-cari Abang pula.." Kata Zuhdi sambil mengusap rambut Dasuki yang sedang baring di dadanya.

"Sekarang ke?" kata lelaki itu sambil mendongak memandang wajah tampan Zuhdi.

"Ha'ah sekarang" Lelaki itu bingkas bangun daripada pembaringannya lalu menyarung semula pakaiannya sambil diperhatikan oleh Dasuki yang masih berada di atas katil.

"Abang pergi dulu. Besok kita jumpa lagi..Cupp!" Zuhdi mencium bibir Dasuki sekilas sebelum lelaki itu bergegas keluar dari bilik kekasihnya.

"Hati-hati." pesan Dasuki.

"Ok"
.
.

"Assalamualaikum." Zuhdi memasuki apartment yang Dia duduki sambil memberi salam.

"Walaikumsalam, Tuan!" Sahut penghuni didalam apartment tersebut secara serentak.

Zuhdi memandang penghuni yang berada di ruang tamu rumahnya. Tidak berkelip matanya saat melihat bukan Hilman seorang sahaja yang berada di rumah sewa mereka, melainkan 3 lagi anak buahnya turut berada di hadapan matanya yang terdiri daripada 2 perempuan dan seorang lelaki.

"Awal balik? dari mana saja, Bossku Muhammad Rasydan Zuhdi?" sindir anak buah Zuhdi yang bernama Nazmi kepada Tuannya.

"Hah? Aha.. hahaha... takdek kemana. Ada hal tadi. Kamu semua bila sampai? Kenapa tak bagitau saya dari awal? Kalau tak tadi boleh datang jemput kat Airport.." Kata Zuhdi.

"Hmm nak bagitau macam mana.. Chat kita yang sebelum-sebelum ni pun orang tu tak read lagi, inikan nak call bagitau kitaorang sampai kesini.." Kata Diana dalam nada suara acah sedih. Zuhdi hanya tersenyum mendengar ucapan gadis itu sebentar tadi. Mana nak ingat benda lain, sedangkan dalam fikiran hanya memikirkan Dasuki sahaja.

"Kitaorang sampai tadi waktu petang. Hilman yang datang jemput kami dekat Haneda Airport tadi.." Kata Puteri seraya menyampuk perbualan rakan sekerjanya.

"Ha'ah betul tu Tuan. Penat saya call Tuan berulang kali petang tadi, tapi Tuan tak angkat pun. Jadi terpaksa lah saya seorang sahaja yang menyambut kedatangan mereka." Kata Hilman pula.

Zuhdi terus mengeluarkan Handphone dari poket seluarnya dan melihat banyak missed call dari Hilman petang tadi. Ada lah dalam 21 missed call. Lelaki itu menggeleng kepala tanda kesal di atas sikapnya sendiri.

"Maafkan saya. Handphone saya mati tadi sebab battery low." Bohong Zuhdi kepada anak-anak buahnya. Walhal ketika Hilman menghubunginya petang tadi, lelaki itu sedang sibuk beradu asmara bersama Dasuki di atas katil.

"yeye je dia ni tau.." kata Diana.

"Tuan dari mana petang tadi sampai malam baru nak balik?" Soal Hilman.

"Saya berjumpa dengan rakan saya tadi. Katanya dia boleh tolong kita selesaikan masalah tentang keganasan Yakuza dekat Malaysia." Kata Zuhdi yang memaksudkan rakannnya itu adalah Dasuki, kekasihnya.

"Wahh Tuan biar betul? bukan biasa-biasa boss kita ni.. Tak sampai 3 hari duduk kat Jepun dah ada kawan baru yang volunteer nak tolong kita dalam kes ini." Zuhdi hanya tersenyum mendengar kata-kata Nazmi itu.

"Dah, kamu semua pergilah berehat dulu. Tentu penat 5 jam duduk dalam kapal terbang. Besok saya akan kenalkan kamu semua dengan rakan saya yang akan tolong kita tu nanti." kata Zuhdi kepada anak buahnya.

"Okay." balas keempat manusia tersebut.

"Dah semua masuk bilik sekarang" Arah Zuhdi kepada anak buahnya. Dengan penuh disiplin, Hilman, Nazmi, Puteri dan Diana menurut sahaja arahan dari Tuan mereka. Sambil-sambil itu dalam perjalanan mereka hendak menuju ke bilik masing-masing, Zuhdi dapat mendengar perbualan anak buahnya antara satu sama lain.

DASUKI [Boyxboy] (Complete)✔️Where stories live. Discover now