Bab-25

3.7K 180 23
                                    

            PASU bunga antik berwarna biru muda dan dihiasi belang putih itu dihempasnya kuat. Bunyi hempasan pasu seramik tersebut sangat kuat diselangi raungan yang seakan-akan histeria.

        "Engku Dhia Natasha!" jerit seorang wanita tua dari bawah. Kakinya laju melangkah naik ke tangga dimana bilik Dhia berada.

         "Ya Allah, Dhia!" Tangannya terus mencapai lengan Dhia yang sudah penuh dengan darah merah pekat.

         "Kau jangan datang dekat dengan aku!" Dhia merentap lengannya yang dipegang erat sehingga terlepas pegangannya.

         "Dhia... Ni Ibu ni, sayang." Ibunya cuba untuk menarik Dhia ke dalam pelukkannya kerana dia berfikir mungkin dengan cara ini dia boleh menenangkan Dhia dengan berkesan walaupun dia akan disakiti oleh anak gadisnya.

          "Ibu... Hiks, jantan tu dah tinggalkan Dhia, Ibu." Dhia menangis dalam pelukkan Ibunya. Walaupun dia merentap sebanyak yang mungkin untuk Ibunya melepaskannya. Namun Ibunya tetap memegang Dhia dengan erat. Dhia sahaja anaknya yang tinggal. Mana mungkin dia mahu Dhia melakukan tindakan luar kawalan walaupun Dhia mempunyai penyakit mental yang sudah didianogsis sebagai 'Psycho' oleh doktor.

          "Ya, sayang. Dhia bawa bertenang ya? Ramai lagi lelaki yang terbaik untuk Dhia tau?" Ibu menggosok perlahan kepala Dhia dan menyikat lembut rambutnya yang sudah serabai.

         "Ibu tak faham Dhia! Kau tak akan pernah faham aku!" Sekali lagi Dhia merentap kasar Ibunya sehingga wanita tua itu jatuh terduduk di atas lantai. Dhia kembali menangis teresak-esak tanpa memikirkan keadaan Ibunya.

          "Ibu faham Dhia. Ibu faham sangat-sangat perasaan Dhia." Ibu bangun dari duduk dan menjauh sedikit demi sedikit daripada seorang anak gadis tunggalnya yang bernama Engku Dhia Natasha.

         "Tak Ibu, tak. Ibu tak akan pernah faham perasaan Dhia dan apa yang Dhia alami. Malah, Ibu tak pernah langsung mencuba! Yang Ibu tahu hanya tunggu, tunggu, dan tunggu. Ibu nak Dhia tunggu apa lagi? Mati?" balas Dhia dengan sakarstik. Sememangnya jika kita mahu memahami jiwa seseorang yang mempunyai masalah mental dalam hidupnya, kita perlu menyelam di dalam air yang sama seperti dia. Jangan berkata sebarangan dan tidak boleh terlepas cakap. Kelak salah satu jiwa akan disakiti dan menyakiti.

           "Allahuakbar, Dhia..." gumam Ibu perlahan. Dia mengurut dadanya dan memejam matanya. Umurnya sekarang sudah tidak mampu berhadapan dengan peperangan mental sebegini.

         "Sekejap lagi Doktor Fakhrul datang." Ibu terus meninggalkan Dhia berseorangan di dalam bilik selepas menggukapkan lima patah perkataan. Sebenarnya dia sudah letih sangat dengan kedegilan Dhia. Tapi dia masih mahu jadikan Dhia anaknya yang dijaga dengan penuh kasih sayang walaupun sebentar.

Sekarang ini berita perkahwinan Izz Rafiqi Xavier dan Warda Risteena cukup membuatkan hati Engku Dhia Natasha menggelegak. Kenapa Warda harus hadir juga dalam hidup Izz! Itu yang Dhia hanya fikirkan sekarang ini.

"Assalamualaikum, Engku Haliza." Seorang lelaki memasuki rumah dengan memberi salam. Ditangannya terdapat beberapa plastik yang berisi buah-buahan seperti baru sahaja datang dari kedai runcit.

"Waalaikumsalam, Doktor Fakhrul." Lelaki tersebut disambut mesra oleh Ibu Dhia ataupun namanya Engku Haliza.

"Ini saya ada bawa buah sedikit. Ambil lah, Engku." Plastik yang berisikan buah itu dihulur kepada Engku Haliza.

"Susah-susah aje. Terima kasih lah sebab Doktor sanggup datang sampai rumah ini." Engku Haliza menjawab dengan penuh kemesraan. Fakhrul membalas dengan senyuman manis. Dhia Natasha merupakan pesakitnya sejak beberapa tahun yang lepas lagi.

Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now