Bab-18

3.9K 223 12
                                    

Bam!

Pintu yang hampir reput di bahagian bawah itu dibuka luas sehingga mengeluarkan bunyi yang bergema kerana kesan dari langgaran pintu ke dinding. Bunyi kuat itu juga pantas menarik perhatian Dhia yang sibuk merenung Warda dengan pandangan yang sangat sukar ditafsirnya.

"Ah... King is here now," tegur Dhia dalam keadaan berbisik dan matanya terus mengerling kearah Izz dengan tajam.

"Apa kau cuba buat ni Dhia." Izz berkata dengan nada keras. Tangannya digenggam kuat sehingga menampakkan segala urat apabila melihat Warda yang tidak bermaya dan hampir kehilangan nyawa itu.

"Apa saya buat? Tidak nampakkah saya sedang menjaga Warda? Oh, sungguh kasihan dengan gadis malang ini..." lirih Dhia sambil menggosok lembut pipi Warda. Mata Warda cuba dibuka namun akhirnya tertutup kembali. Sempat Warda melihat Izz sekilas dan bibirnya bergerak seperti mahu berkata,

'Tolong'.

"Ini bukan Dhia Natasha yang aku kenal. Mana Dhia yang selalu tersenyum? Mana Dhia yang suka ketawa tu?"

Dhia mula menarik senyuman sinis.

"Dia dah mati. Dhia yang dulu dah mati!" jeritan nyaringnya sangat kuat sehingga gelombang dari suaranya membuatkan persekitarannya bergema seakan berada di gua.

"Rafiqi... Kenapa you tinggal I sendiri macam ni..." sambung Dhia yang mula merintih.

Dhia pantas menarik pistol dari poketnya dan muncungnya dihalakan di kepala Warda. Picu ditarik.

"Dhia..." Izz melangkah satu kaki kehadapan.

"Selangkah kau mara, aku tembak perempuan ni!" tengking Dhia kuat lalu tangannya terus mencengkam kuat pipi Warda. Izz melihatnya dengan tidak beriak dan sedikit pun tidak terkesan.

"Tembaklah," kata Izz sepatah. Terus Warda membulatkan matanya yang sudah berair dan merah itu. Dhia ketawa kuat.

"Kau tak sayangkan dia?" tanya Dhia dengan sinis.

"Siapa kata? Kau berani tembak, tembak je lah. Tapi aku tak yakin kau selamat." Izz memandang ke atas dan membuat isyarat kepada Syamir. Pantas Dhia mendongak dan mendengus. Lupa dengan posisi seorang lelaki ini di dalam kumpulan.

"Kau, Fakhrul. Berani kau tunjuk muka kau lagi," ujar Izz dengan tenang. Sungguh tenang sekaan tiada apa yang berlaku di dalam ruang sempit ini.

"Aku..." Jeda Fakhrul. Dapat dilihat Warda merenung Fakhrul dari ekor matanya.

"Menyushkan hidup orang betul," bisik Izz keras.

♚♚♚

"Weh kenapa ramai sangat? Sejak bila Ace dapat anak buah seramai ni?" soal Rizqi kepada Zack yang sudah menarik picu glock. Mereka berhadapan dengan sepuluh orang berbadan sasa yang cukup kuat melunyaikan seketul Amsyar jika dia ada disini.

"Kau tanya aku? Mana aku tahu! Lepas kejadian haritu terus aku tak ambil peduli langsung pasal kumpulan Ace ni," sangkal Zack dengan wajah tidak puas hati. Ingat orang apa nk jaga tepi kain orang? Eh, kain kau terkoyak ke apa?

Bang! Bang! Bang!

Seorang demi seorang tumpas ditembak dengan kejam oleh Zack dan Rizqi. Setelah itu, mereka terus masuk ke dalam dengan arahan Amsyar. Terkejut apabila bertembung lagi dengan berpuluh-puluh orang yang mengelilingi Izz.

Baru sahaja tadi Dhia meninggalkan Izz dan mengarahkan anak buahnya lawan Izz.

Zack dan Rizqi berpandangan beberapa saat sebelum mengeluarkan kembali Glock dari poket.

Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now