Bab-26

2.5K 155 23
                                    

WARDA tekun melipat baju-bajunya kedalam bagasi yang bersaiz sederhana besar. Cukup muat untuk pakaian dia sahaja. Lagipun dia bukan mahu bawa satu almari pakaian dia pun. Kalau tak cukup nanti dia suruh sahaja Izz beli baharu. Suami dia kan? Suka hati dia la nak kikis banyak mana. Kau ada tak?

"Dah siap ke tu kemas?" Izz yang dari tadi berbaring sambil melihat telephone menukar postur tubuh dan meniarap diatas katil sambil matanya menumpukan perhatian penuh kepada isterinya yang baru beberapa hari diperisterikan. Sudah masuk dua hari mereka bermalam di rumah keluarga Warda.

Abangnya Wafi pun tiga hari lagi sudah mahu berangkat semula ke Jepun kerana kerjanya tergendala. Izz sendiri pun nasib baik sahaja orang kanannya ramai yang boleh diharap.

Warda mendongak sedikit kepalanya memandang Izz. Dia menggeleng beberapa kali.

"Dah siap. Awak nak breakfast tak? Sempat lagi breakfast kalau awak nak." Warda menilik jam di telefonnya dan mendongak melihat Izz kembali. Izz menggeleng.

"Kejap lagi kita makan dekat luar. Syamir dengan Amsyar dah tunggu dekat rumah sana." Warda mengangguk beberapa kali kemudiannya mengerutkan dahi.

"Syamir dengan Amsyar? Mereka berdua tinggal sekali dengan kita ke?" tanya Warda pelik. Izz tinggal dengan orang lain ke? Susahlah nak manja dengan suami nanti kalau ada orang luar.

Izz mengetuk dahi Warda perlahan. "Bukanlah. Entahlah dua beruk tu memang suka lepak dekat situ. Lepasni saya tukar nombor pin kunci rumah."

Warda tersenyum lebar. Ni makin sayang ni.

"Ni je kan?" soal Izz sambil menunjuk kearah bagasi Warda. Gadis itu mengangguk laju. Izz mengangkat bagasinya turun kebawah dan hanya dilihat oleh Warda dari belakang. Dia masih duduk bersila atas lantai. Hari kedua bergelar isteri tidaklah susah sangat.

Tapi hari pertama...

Tidak mahulah dia ingat. Asyik kena buli dengan Wafi je memanjang. Nak aje Warda lawan balik memandangkan abang dia single lagi. Eee geram!

"Ha Rafiqi, dah nak balik ke? Awal nya," tegur Dato' Thaqid sambil menitip air kopi panas bersama majalah bisnes ditangan. Dia mencuri pandangan kearah Izz.

"A'ah, Papa. Tak boleh cuti lama-lama. Kerja banyak tertangguh dekat sana. Nak harapkan Rizqi memang tak bergerak dia." Izz menggosok-gosok belakanh lehernya. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Oh, takpelah kalau macam tu. Kesian Warda tu baru je nak rasa alam perkahwinan. You should spend more time with her."

Izz tersenyum tawar. "I will. Papa jangan risau, Raf akan jadikan dia orang paling bahagia."

"Apa ni abang. Rumah tangga anak jangan lah kacau. Biar diorang merasa macam mana berkeluarga." Datin Faridah mencelah perbualan dua lelaki itu. Dato' Thaqid ketawa kecil kemudian menyambung kembali bacaannya.

Datin Faridah menggeleng beberapa kali. Itulah suaminya yang kacak tu sayang sangat dekat anak gadis tunggal dia. Dimanjakannya Warda tu. Wafi pun apa kurangnya selalu manjakan adik dia. Tak cukup kasih sayang lagi tak tahulah dia.

"Mana Warda? Tak turun lagi? Dia buat apa lama-lama dekat atas?" soal Datin Faridah bertubi-tubi.

Izz menjenguk kearah tangga dan menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Dia meminta diri untuk naik kebilik. "Kejap."

Pintu bilik dibuka dan terpamparlah tubuh kenit Warda yang masih bersila di atas lantai. Dengan telefon masih ditangan akan tetapi matanya dipejam.

Aik, tidur?

Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now